tag:blogger.com,1999:blog-6006631486646447906.post7476521526247887424..comments2023-10-16T20:53:07.446+08:00Comments on Abu Hassan Adam: Abu Hasan Adamhttp://www.blogger.com/profile/07870084135483205267noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-6006631486646447906.post-25357401147982603382014-07-18T15:50:47.253+08:002014-07-18T15:50:47.253+08:00Bahagian berikutnya:
Ya, selalunya orang Cina dik...Bahagian berikutnya:

Ya, selalunya orang Cina dikira sebagai musuh (kononnya mereka mengawasi ekonomi negara) Tapi bisnes yang "sedap-sedap" dalam tangan siapa sekarang? Ya, apa yang disebut oleh Perkasa memang benar (pandai jugak mereka buat kajian!) iaitu orang Melayu sentiasa kalah kepada orang Cina dlm dunia bisnes kerana orang Melayu tidak dapat menerokai bisnes "haram" , oleh itu orang Cina mendapat "advantage" , dan orang Melayu sememang baik hati bagi orang Cina mencari makan dalam bisnes "haram". Dan mereka mendakwa orang Cina harus berterima kasih kepada orang Melayu sebab mereka tidak diganggu dan boleh buat apa saja bisnes yang mereka suka (jual henfon, urut, pelacuran, ceti haram, loteri haram, apa lagi yang ada?) Stesen minyak? Bas ekpres? Pengutip tol? Kontraktor kerajaan? Oleh sebab itulah orang Cina kena berlembut, jangan menjadi pendesak, dan tahu lah kedudukan mereka di negara ini...jangan pandai meminta!! spt isu sekolah Cina (sumbangan mualaf Ridhuan Tee), jangan menentang pelaksanaan hukum Hudud (Isma) dll.

Saya nampak sangat perasaan terancam di kalangan Melayu (jika ada!) adalah berpunca daripada "pysche" mereka. Mereka merasakan mereka kaum terpilih a.k.a warganegara kelas pertama vs orang lain (walaupun orang lain ada memegang kad pengenalan biru) . Status superior mungkin menjadikan mereka merasakan semua yang ada di negara ini hak mereka, dan secara nyata asyik merujuk kepada Artikel 153, dan bukankah ini meletakkan mereka pada landasan yang istimewa? Dan apabila kaum lain terpaksa bekerja keras (sangat-sangat keras) dan dalam proses itu berjaya (dan banyak terkecundang, dan disimbah cat merah oleh Along), orang Melayu merasakan ancaman itu berkekalan kerana kaum lain yang berstatus warganegara kelas dua sudah mengorak langkah dan akan mengatasi mereka. Sindrom "inferiority complex" yang dicampuradukkan dengan “superiority complex” cukup mengkonfiuskan mereka!
Sepat ronggenghttps://www.blogger.com/profile/15771587918172866506noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-6006631486646447906.post-22876101969323781222014-07-18T15:45:01.654+08:002014-07-18T15:45:01.654+08:00Good day, Pak Abu, berhenti kali ini saya mengguna...Good day, Pak Abu, berhenti kali ini saya menggunakan gelaran Tuan Abu Hassan (bunyi terlalu formal! ). Lagi pun seronok bagi saya ingat kembali (nostalgic) gelaran "Pak" kerana saya pernah digelar "Pak" (hampir 20 tahun di tempat kerja sehingga saya bersara). Haha! dan bagi seorang bukan Melayu agak istimewa baginya mendapat gelaran "Pak"....... Kebelakangan ini saya sering mendengar gelaran "Uncle" diguna bagi orang bukan Melayu, dan saya tertanya-tanya apakah "Pakcik" hanya untuk orang Melayu? Ada orang kata "Uncle" sudah lama digunakan sejak zaman British lagi. Betul? Saya kurang pasti. Saya merasa penggunaan perkataan tersebut adalah dikaitkan dengan penggunaan bahasa.......jika orang itu British (macam Mr Bean) okaylah kalau kita guna "Uncle", sebab dia orang putih dan "Uncle itu bahasa orang putih. Tetapi apabila kita bertutur dalam bahasa Melayu/Malaysia, penggunaan "Uncle" tidaklah kena. Lagi pun adakah kita panggil/merujuk kepada seorang bukan Melayu "Mr." atau "Encik" dalam situasi rasmi (dlm sebutan dan penulisan?) Mungkin tidak disedari, saya nampak ada unsur diskriminasi kaum!! Ini merupakn isu baharu hari ini, Pak Abu. Kesian malapetaka yang menggemparkan negara kali kedua dalam 4 bulan.. MAS MH17!
Sedikit komen saya yang lebih fokus terhadap penulisan Pak Abu kali ini. Tentang orang Melayu yang sentiasa merasakan bahawa mereka tergugat......Ada? sememangnya tidak ada! Nama negara ini, iaitu Tanah Melayu, sudah memberi jaminan kepada orang Melayu bahawa negara ini hak mereka. Ya, dengan kehadiran ramai kaum bukan Melayu sebagai rakyat, orang Melayu merasa terancam. Tapi sejauhmanakah realitinya ancaman daripada kaum lain sehingga membuatkan orang Melayu betul-betul terancam? Kan semua ancaman yang kita sering terdengar merupakan persepsi semata-mata? Dimainkan oleh NGO2, Utusan Melayu (bukan Malaysia!) Cuba kaji... bidang manakah orang Melayu belum dominan di negara ini? Politik? Birokrasi? Siapa buat dasar, ubah dasar, dan melaksanakan dasar? Ya. ada saya melihat di Youtube hari itu di mana ada seorang ahli kanan NGO (yang memakai cermin mata gelap dengan topi ‘cap’ di kepala) yang menyebut negara ini sebagai tanah Melayu (haha...bilakah nenek moyang orang Melayu membeli tanah di sini? atau nenek moyang orang Melayu sampai di sini lebih awal drpd pendatang-pendatang lain?) Dan dia bagi nasihat kepada kaum “asing” (Cina, India dll) bahawa orang Melayu sememangnya abang dan kaum-kaum lain ialah adik.

Disambung.....Sepat ronggenghttps://www.blogger.com/profile/15771587918172866506noreply@blogger.com