Tuesday, February 18, 2020

PAS DAN KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN


PAS DAN KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN

            Agak terkejut juga membaca kenyataan YB Takiyuddin Hassan yang mengatakan penyerahan kuasa daripada Tun Mahathir kepada DS Anwar Ibrahim kelak melanggar kuasa Yang Dipertuan Agung. Seterusnya beliau menyatakan, ‘the appointment of the prime minister was at the sole discretion of the Agong, as stipulated under Article 40 (2) and 43 (2)(a) of the Federal Constitution. This meant that the Agong's right to choose a prime minister was absolute. (Malaysiakini 16 February 2020).
            Agak sukar juga untuk menafikan kenyataan Yang Berhormat dari PAS ini apatah lagi beliau merupakan Setiausaha Agung PAS. Tentulah ada asas-asasnya mengapa beliau berkata demikian. Dan tentu juga ramai dari pengikutnya yang bersetuju dengan kenyataan beliau. Cuma yang merupakan satu pertanyaan dalam kepala ramai orang ialah apakah sudah berubah bentuk dan dasar pemerintahan di negara ini dari pemerintahan Raja Berperlembagaan kepada Raja berkuasa mutlak sepertimana yang diamalkan oleh Raja Louis XVI di Perancis pada tahun 1789 dahulu.
            Rasanya pemerintahan di negara Malaysia masih mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang telah kita amalkan semenjak tercapainya pemerintahan negara kita pada 1957. Dan cara pemerintahan sedemikian seolah-olah kita warisi turun temurun sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan Magna Carta pada tahun 1215 di England yang menjadi garis panduan perlembagaan negara ini. Dari segi sejarahnya bermula dari saat itulah Raja England King John telah menanda-tangani Magna Carta yang menjelaskan bahawa Raja England tidak boleh mengatasi undang-undang negara dan Magna Carta juga berfungsi untuk melindungi hak-hak rakyat Britain.
            Agak anih juga sikap yang ditunjukkan oleh Setiausaha Agung PAS berkenaan yang bersikap ‘berjalan undur ke belakang’, seolah-olah masih tidak sedar bahawa corak pemerintahan di negara ini adalah berdasarkan kepada Sistem Raja Berperlembagaan sebagaimana yang terkandung dalam Bill of Rights yang diperkenalkan di Britain pada tahun 1689. Ia merupakan undang-undang yang ditanda-tangani oleh King William III dan Queen MaII yang menjadi pemerintah di England selepas King James II digulingkan. Melalui Bill of Rights inilah yang telah memberi kuasa kepada Parlimen sepertimana parlimen Malaysia pada hari ini.
            Berdasarkan kepada kenyataannya nampak jelas bahawa kepimpinan PAS berhasrat dan berharap benar agar Tun Mahathir meneruskan pemerintahannya sehingga tamat penggal berdasarkan kenyataan setiusaha agungnya yang menyatakan, ‘the appointment of the prime minister was at the sole discretion of the Agong, as stipulated under Article 40 (2) and 43 (2)(a) of the Federal Constitution. According to Takiyuddin, this meant that the Agong's right to choose a prime minister was absolute’
            Bersungguh-sungguh benar nampaknya PAS memberikan sokongan kepada Tun Mahathir yang menunjukkan sikap yang amat berbeza berbanding dengan keadaan yang ditunjukkan sebelum ini. Dan lebih bersungguh lagi ialah sikap PAS yang berusaha benar untuk menyekat kemaraan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke 8. Kita tidak dapat menduga percaturan politik seterusnya. Sama-sama lah kita tunggu dan lihat. 

abuhassanadam
18 Februari 2020


1 comment:

  1. Do this hack to drop 2lb of fat in 8 hours

    Over 160 000 women and men are utilizing a easy and SECRET "water hack" to drop 2lbs each and every night in their sleep.

    It is painless and it works every time.

    Here's how to do it yourself:

    1) Grab a drinking glass and fill it up half full

    2) And then do this weight loss HACK

    and be 2lbs thinner in the morning!

    ReplyDelete