Wednesday, October 2, 2013

MANUSIA TAK BERHATI PERUT

MANUSIA TAK BERHATI PERUT

Apabila orang kampung aku menggambarkan tentang seseorang yang zalim, tidak bertimbang rasa, ‘busuk perut’. suka menipu, mengkhianati kawan, dan lain-lain, maka mereka melabelkan seseorang itu sebagai ‘manusia yang tak berhati perut.. Justeru apabila berlaku penyelewengan yang berleluasa ekoran daripada pendedahan yang dilakukan oleh Ketua Odit Negara itu, maka hampir semua orang kampung aku mengatakakan bahawa manusia yang berperangan sedemikian rupa sebagai ‘manusia yang tidak berhati perut’.

Tahun lepas telah didedahkan oleh Ketua Odit Negara tentang kisah ‘manusia’ yang mendapat pinjaman kerajaan yang berjumlah ratusan juta ringgit untuk membuka ladang lembu. Dan didapati wang sebegitu banyak telah digunakan dengan sewenang-wenangnya. Rakyat begitu marah sekali dengan kegiatan sedemikian. Namun yang peliknya ada pula golongan tertentu yang masih mempertahankan kegiatan yang sedemikian. Ramai juga yang berpendapat mengatakan bahawa ‘ dunia sudah terbalik’ disebabkan ada dikalangan rakyat yang mengiakan perbuatan yang difikirkan ‘salah’ oleh sebahagian besar rakyat.

Tahun ini muncul lagi ‘ manusia yang tak berhati perut’. Menggunakan wang rakyat untuk tujuan menipu. Dan yang menyedihkan kita ialah bahawa kebanyakan yang ‘menipu’ dan ‘ manusia yang tak berhati perut’ itu adalah terdiri dari ‘manusia’ yang pandai-pandai, cerdik, berkelulusan tinggi dari universiti ternama dari luar negara dan dalam negara.

Apakah golongan ini tidak merasa ‘sedih’ atau ‘malu’ atau pun mempunyai perasaan belas kasihan terhadap orang miskin dari kampung yang membayar cukai untuk membiayai segala ‘penyelewengan’ mereka itu. Apaka tidak ada langsung perasaan sedemikian yang terselit di hati dan perasaan mereka. Apakah mereka sudah ‘dibutakan’ oleh Tuhan hati dan perasaan mereka sehingga sanggup melakukan perkara yang terkutuk itu. Apakah mereka sudah tidak mempedulikan ajaran ibu bapa mereka semenjak dari kecil dulu yang selalu memantakkan di telinga mereka bahawa menggunakan wang haram atau wang tipu tidak diberkati oleh Allah. Apakah mereka telah melupakan itu semua.

Aku yakin juga bahawa ada juga diantara yang sanggup melakukan penyelewengan ini terdiri dari mereka yang mendapat gelaran-gelaran daripada pembesar-pembesar negara. Apakah mereka tidak merasa malu menerima gelaran ‘Tan Sri’ atau ‘Dato’ Seri’ atau ‘Dato’ itu seorang pembesar negara sedangkan ‘perangai’ mereka adalah seperti ‘perompak’ dan ‘lanun’ yang bersedia untuk melakukan apa saja demi kepentingan ‘perut’ mereka.

Apakah mereka tidak merasa malu apabila berhadapan dengan ahli masyarakat lain yang tahu akan perbuatan terkutuk mereka itu. Apakah jelas ‘conscience’ mereka apabila mereka berada di tengah-tengah masyarakat yang menganggap mereka sebagai seorang yang dihormati sedangkan mereka adalah merupakan ‘manusia yang tida berhati perut’.

Apakah ‘manusia yang tak berhati perut’ ini tidak merasa kasihan kepada anak-anak dan kaum keluarga yang terpaksa menanggung malu disebabkan oleh perbuatan mereka. Pastinya anak mereka merasa begitu malu ketika berada dikalangan kawan-kawan yang tahu perihal ayah mereka yang merupakan ‘manusia yang tak berhati perut’. Pastinya jiwa anak-anak mereka tersiksa. Namun apakan daya. Disebabkan perangan bapa yang ‘tak berhati perut’ menyebabkan anak yang tersiksa.

Apakah golongan ‘manusia yang tak berhati perut’ ini boleh lena tidurnya apabila mengenangkan wang haram yang selalu disonglapnya. Soalan yang sebegini selalu aku bertanya kepada kawan-kawan ku.

Jawab kawan aku – ‘JIKALAU ANJING SUDAH BIASA MAKAN TAHI, KALAU TIDAK DIMAKAN DICIUMNYA JUGA’.

HINANYA MANUSIA YANG SEBEGINI…


abuhassanadam
2 Oktober 2013


2 comments:

  1. di malaysia ini kalau dilahirkan jadi anak anak menteri sunguh bertuah, seumur hidup tak payah kerja susah susah macam rakyat biasa. boleh terus jadi CEO/GM/Pengarah GLC, gaji besar pulak tu. umur tak sampai 30 tahun dah ada harta berjuta juta.

    ReplyDelete
  2. Semua komentar abu hassan membuatkan aku terkedu dengan bangsaku pemimpin besar melayu ( tidak semua ) sudah hilang peradapan dan aku cuma melihat dan melihat .... sehingga tidak tahu hendak berkata apa apa ..kadang kadang terfikirlah dan termenung apa lah nasib orang melayu kebanyakan dengan kata-kata pemimpin yang angkuh kurangkan makan gula,,..belajarlah diluar negara,...tidak suka tinggalkan malaysia,.....itulah kata-kata pemimpin pada rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan yang menekan isu-isu subsidi, kenaikan minyak dan berbagai-bagai lagi....mana pemikiran melayu ....diperbodohkan..???, aku tak tahu nak kata apa apa....ohh orang melayu

    ReplyDelete