Friday, April 21, 2017

ASALKAN BERSERBAN, ASALKAN BERJANGGUT PANJANG…
Semenjak zaman berzaman orang Melayu Islam sering saja ditipu oleh para pendakwah songsang. Malah sehingga hari ini pun masih ramai lagi orang Melayu Islam yang terus menerus ditipu oleh pendakwah Islam songsang yang sentiasa ‘menyamar’ sebagai pendakwah Islam yang hebat, yang authentic (kononnya) dan yang mempunyai authority (kononnya) dalam hal selok belok agama Islam.

Orang Melayu bukan sahaja mudah lupa ( meminjam kenyataan Tun Mahathir) tetapi mudah percaya. Mungkin agaknya disebabkan kejahilan dan kebodohan orang Melayu itu sendiri yang menyebabkan golongan orang Melayu sedemikian mudah tertipu dan terpedaya. Dan yang malangnya pula ialah golongan yang menipu itu adalah golongan bukan golongan orang Melayu tetapi menyamar sebagai pendakwah Islam yang hebat.

Semenjak zaman berzaman orang Melayu Islam telah merelakan dirinya untuk ditipu oleh golongan sedemikain. Semenjak zaman Sheikh Al Hadi, ia itu awal Kurun ke 20, sering kita baca kisah para pendakwah Islam dari negara Timur Tengah yang datang ke Tanah Melayu dan menghawini gadis-gadis Melayu semata-mata untuk mendapat ‘berkat’ berkahwin dengan ‘sheikh-sheikh’ dari Timur Tengah.

Asalkan berserban, asalkan berjanggut panjang, asalkan berjubah, asalkan tahu sepatah dua berbahasa Arab, asalkan pandai ‘berlagu’ Quraan maka orang Melayu pada ketika itu akan terpikat dan bersedia untuk ‘menyerahkan’ anak dara mereka untuk dikahwini oleh ‘Pak Sheikh’ dari negara Arab itu. Dengan sebab itulah seolah-olah para pendakwah sedemikian ‘berpesta’ menGhawini anak-anak dara Melayu pada ketika itu.

Kedudukan para pendakwah songsang ini (tidaklah semuanya begitu) amat dihormati dalam masyarakat Melayu. Ajaran agama yang disampaikan pasti didengar dan dipatuhi walaupun banyak terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Orang Melayu pada ketika itu langsung tidak mempersoalkan betul tidaknya isi pelajaran yang disampaikan sehingga pernah tersebar kenyataan tuan guru sedemikian yang menyatakan, ‘ guru jangan disoal…berdosa!’

Sehingga hari ini penghormatan yang ‘membuta tuli’ terhadap para pendakwah luar masih diamalkan oleh sebahagian besar orang Melayu. Asalkan berjanggut dan berjambang, berjubah, pandai berbahasa Arab, tahu sedikit sebanyak hal yang berkaitan dengan agama Islam pasti akan mendapat tempat di hati orang Melayu.

Mungkin agaknya disebabkan kebodohan orang Melayu itu sendiri agaknya yang menyebabkan orang Melayu memandang terlalu tinggi kepada pendakwah asing yang cuba menyampaikan dakwahnya di sini. Ataupun mungkin juga sikap dan perangai orang Melayu yang terlalu memandang tinggi melangit kepada orang asing sehingga kadang-kadang lupa akan kebolehan bangsa sendiri.

Orang Melayu akan ‘cair’ apabila yanng menyampaikan sesuatu ceramah di masjid dan surau itu terdiri dari golongan yang didatangkan dari Timur Tengah walaupun isi ceramah yang disampaikan tidak sehebat mana. Keadaan sebigini masih berlaku sehingga hari ini. Akan dapat dilihat apabila menjelangnya bulan Ramdan nanti, maka akan berduyun-duyunlah golongan yang ‘mencari makan’ ini datang ke negara kita.

Malah ada terdapat masijid-masjid di Malaysia yang sanggup menggunakan khidmat imam Terawikh dari negara Timur Tengah dan semacam ‘mengenepikan’ kemampuan imam-imam muda anak bangsa sendiri. Ada pegawai-pegawai masjid yang lebih mementingkan golongan dari Timur Tengah demi untuk menyemarakkan masjid. Seolah-olah imam-imam anak bangsa sendir tidak boleh dan mampu menyemarakkan masjid.

Sampai bilalah agaknya orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia dapat diperbodohkan oleh pendakwah songsang ini…

Alahai bangsa ku…

abuhassanadam
21 April 2017



No comments:

Post a Comment