Thursday, October 19, 2023

 

ANTARA AHLI PARLIMEN DAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH:

GOLONGAN MANA YANG PATUT DICONTOHI?

Mungkin senang jawapan yang perlu diberikan sekiranya ketidakpedulian kita dalam hal ini diketepikan. Sekiranya rakyat Malaysia memandang enteng terhadap hal sebegini. Sekiranya kita merasakan bahawa keadaan atau isu sebegini tidak perlu diperbesarkan.

Bagi aku tidak begitu. Mungkin aku yang silap mengenengahkan perkara kecil (bagi setengah pihak) dan tentulah banyak isu-isu lain yang perlu difikir dan di perdebatkan. Sebenarnya sudah lama aku perhatikan hal sebegini berlaku dan tidak ada langsung yang cuba mempertikaikan keadaan yang wujud. Ada disentuh tentang keadaan ahli parlimen yang tidak sepatutnya bersikap sedemikian dan sepatutnya dan lebih bersopan ketika berada di dewan yang maha mulia itu.

Sebagai seorang guru (aku masih merasakan bahawa aku masih lagi seorang guru walaupun sudah dua puluh tahun bertaraf guru pencen) aku merasakan tidak begitu senang jika dibandingkan sikap seorang wakil rakyat di parlimen dengan pelajar di sekolah menengah yang terlibat dalam upacara perbahasan. Masih aku ingat lagi tentang suasana disekolah ( bukan di university dan kolej) ketika mana para pelajar bersiap siaga untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. 

Para guru tentunya mempersiapkan anak muridnya dengan fakta-fakta penting sebelum muridnya terlibat dalam perbahasan yang dianggap sangat penting bagi mereka apatah lagi sekiranya perbahasan itu diadakan di peringkat nasional yang mana yang mengambil bahagian terdiri dari pelajar-pelajar sekolah berasrama penuh. Tentulah lebih hebat lagi persiapan.

Jikalau dibandingkan dengan perbahasan di parlimen oleh wakil rakyat dengan persembahan pelajar-pelajar sekolah menengah tentulah seperti 'jauh panggang dari api. Tidak akan kelihatan para pelajar yang terlibat dalam perbahasan terpekik dan terlolong sepertimana yang dapat diperhatikan dalam perbahasan di parlimen. Para wakil rakyat ( tidak semua ) seolah-olah mahu menunjukkan kejaguhan dalam menyampaikan hujjah agar dapat diperhatikan oleh rakyat Malaysia untuk menunjukkan yang mereka sedang 'bertugas' di parlimen.

Bandingkan sajalahn'tingkah laku' seorang wakil rakyat yang datang ke parlimen hanya sekadar untuk memanaskan kerusi parlimen yang diwakilinya.Rakyat faham bahawa kebanyakan mereka tidak melakukan 'persiapan' yang sepatutnya ketika hadir di parlimen. Dengan sebab itulah mereka sering 'mempamerkan' yang mereka sedang buat 'kerja' dengan menunjukkan kebolehan mereka dengan cara terjerit dan terlolong.

Yang anihnya anak murid di sekolah menengah tidak bersikap sedemikian rupa ketika terlibat dalam perbahasan. Penuh sopan dan sentiasa diawasi oleh para guru.Dan tentulah timbul persoalan yang bermain di kepala kita ia itu mengapa begitu sikap yang perlu ditunjukkan oleh para wakil rakyat kita di parlimen. Apakah para pemimpin kita tidak merasa malu walau sedikitpun kepada pelajar-pelajara di sekolah mennegah yang memerhatikan gelagat mereka.

Persoalannya: Golongan mana yang patut dicontohi: pelajar sekolah menengah atau wakil rakyat di parlimen?

abuhassanadam

20 Oktober 2023

No comments:

Post a Comment