PADA ANAK MUDA AKU SANDARKAN HARAPAN
Di suatu majlis ceramah, pada suatu ketika dahulu aku berkesempatan berbual dengan beberapa orang anak muda.. Tentulah di majlis ceramah Pakatan Rakyat – PKR. Aku bukanlah penyokong kuat parti berkenaan. Jikalau nak dengar penerangan dari pihak BN-UMNO, tak payah pergi ke majlis ceramah. Duduk saja di rumah. Tengok TV. Tak kiralah TV manapun. Semuanya kempen untuk BN-UMNO. Kadang-kadang a ku perhatikan 60% berita di TV, mengenai kempen BN-UMNO. Jadi tak payahlah dengar penerangan BN-UMNO di majlis-majlis sebegini. Lagipun jikalau nak menghadiri majlis ceramah Pakatan Rakyat, terpaksalah datang sendiri dan tidak ada jamuan makan disediakan sebagaimana majlis ceramah UMNO-BN. Keadaan zaman dulu begitulah. Semua cukup. Bas disediakan dan makanan juga diberi. Duit poket pun dapat. Itu dulu. Sekarang pun begitu juga agaknya.
Sebagaimana biasa ada dua tujuan aku pergi ke majlis sedemikian. Pertama untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perkembangan politik negara ( yang tidak dihebahkan melalui TV dan akhbar kerajaan ) maksud aku rahsia -penting yang tidak mah dihebahkan oleh radio atau TV. Dan yang keduanya untuk menikmati makanan yang dijual disitu. Sup ekor biasanya untuk aku. Tentang perkembangan politik terkini pula ada dua sumber yang boleh diperolehi. Pertama daripada penceramah-penceramah jemputan dan yang kedua daripada ‘penceramah-penceramah’ yang tidak dijemput tetapi ‘terjumpa’ di tempat-tempat ketika kita menjamu selera. Ini yang 'hebatnya' penceramah sedemikian.
Meja tempat aku menikmati sup ekor pada malam itu, dikongsi oleh beberapa orang anak muda. Mereka juga menikmati makanan yang sama. Berselera nampaknya mereka. Empat orang. Pelajar university agaknya. Cara perwatakan mereka tu macam budak univeristy ler. Pandai menghormati orang tua-tua sepeti aku. Mereka menjemput aku makan. Mereka datang awal daripada aku. Jadi mereka dapat dulu ler makanan yang dipesan.Nampak baik perangai budak-budak tu.
‘ Anak-anak ni belajar di mana?” kataku membuka perbualan.
“ Dekat sini je Pak Cik…” Seorang menjawab.
“ Jadi datang ke sini ni nak mendengar ceramah ler yer?…” aku menduga jawapan yang sesuai.
Mereka semuanya senyum. Senyum yang mengandungi banyak makna. Maklumlah budak cerdik dan pandai. Budak Universiti ler katakan. Sentiasa berwaspada nak menjawab soalan aku tu. Maklumlah sekarang ni gerak- geri mereka sentiasa di awasi oleh pihak-pihak tertentu. Walaupun dihebahkan yang pelajar-pelajar boleh berpolitik, namun sentiasa di awasi. Mereka boleh meceburkan diri dalam politik, tetapi politik macam mana. Jikalau politik yang bertentangan dengan aspirasi kerajaan, maka tentunya tidak dibenarkan.
Kadang-kadang kuliah di tempat ceramah, lebih bermakna berbanding dnegan yang disampaikan oleh professor di bilik kuliah….” kata seorang yang berbadan tegap. Aku terdiam. 'Malas aku nak 'campur'. Sah pelajar.Macam aku dulu masa belajar dulu.
Aku tak memberikan apa-apa ''response. Hanya tersenyum. Susah aku nak berbual dengan orang muda. Takut tersilap cakap. Atau tersilap nasihat…
“ University sekarang terlalu mengongkong pelajar…” Kata seorang lagi.
“ Mengongkong macam mana tu?” tanya aku.
“ Semuanya tak boleh Pak Cik…. Itu tak boleh…ini tak boleh….Dah jadi biul kami dibuatnya…Itu sebab kami datang mendengar ceramah ni..sekurang-kurangnya terbuka juga minda kami…..” Tak mahu aku nak mengia atau menidakkan kata-kata mereka. Maklumlah orang muda. Pelajar university pulak tu. Tentulah cerdik.
Aku masih tersenyum.
“ Zaman Pakcik di Universitu dulu macam mana? “Soalan ini ditujukan kepada aku. Yang aku hairan mana dia tahu aku pernah ke university. Aku rasa budak ini hanya pakai serkap jarang saja. Aku tak jawab pun. Lebih baiklah aku dengar saja hujah mereka. Budak cerdiklah katakan.
‘ Ayah saya kata zaman dia belajar di university dulu seronok…..awal 1970an…..hampir setiap minggu ada demonstrasi….ada ceramah oleh penceramah jemputan, orang politik, professor dari luar negara….”
Dengan sendiri dapat aku bayangkan bahawa para pelajar pada ketika itu sememangnya dahagakan ilmu pengetahuan yang luar daripada bahan pelajaran yang dikhususnkan untuk mereka. Mereka mahu mendengar buah fikran yang bernas yang diimport dari laur. Mereka seolah-olah sudah bosan mendengar ‘ leteran’ professor yang mereka anggap sebagai ‘burung kakak Tua’ yang hanya pandai menyampaikan apa yang disampikan oleh pihak kerajaan. Berbeza dengan zaman kini dibawah 'pentadbiran' DS Anwar Ibrahim.
Apabila aku ceritakan tentang Minggu Orientasi Pelajar yang dipenuhi dengan forum-forum dan ceramah-ceramah oleh penceramah luar dan dalam university, mereka terhenti seketika menikmati makanan yang terhidang. Pada ketika itu,( kataku ) penceramah bebas mengeluarkan pandangan mereka samada pro atau menentang pemerintah. Dan para pelajar pula boleh menyuarakan pandangan mereka sebebas-bebasnya.
Para pelajar pula boleh meluahkan perasaan di Speakers Corner yang terletak di hadapan Perpusatakaan University Malaya. Tidak ada siapa yang melarang sekiranya pelajar nak menyampaikan ceramahnya. Bebas sebebasnya. Kadang-kadang para professor sendiri hadhir mendengar ucapan pelajar. Ramai professor pada ketika itu yang hadhir di Speakers Corner mendengar ucapan Anwar Ibrahim. Dengan sebab itulah agaknya ramai para pemimpin yang berkualiti yang telah dilahirkan oleh sistem yang sedemikian. Boleh dilihat kini tentang kesan yang telah dilahirkan oleh budaya Speakers Corner itu.
Berbanding dengan keadaan sekarang, para pelajar telah dikongkong. Seolah-olah tidak ada kebebasan langsung yang diberikan kepada pelajar untuk menguruskan hal ehwal mereka. Kedengaran juga bahawa pihak pentadbiran university ‘sebok’ juga mencampuri hal ehwal pelajar memilih calon mereka untuk mewakili mereka dalam majlis perwakilan. Dalam hal ini pun pihak pentadbiran campurtangan. Apakah pihak pentadbiran univeristy sudah lupa bahawa university adalah lain daripada pengurusan sekolah menengah. Tentu mereka faham tentang hal itu, namun mereka terus menerus campurtanagan dalam hal sebgitu. Kata orang begitu ler. Mungkin tidak…..
Aku percaya dan berdoa pada ketika itu, sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya nanti dan berjaya memerintah negara ini maka aku amat-amat mengharapkan agar para pelajar kita diberikan kebebasan sebebasnya untuk menimba seberapa banyak ilmu tanpa gangguan daripada pihak kerajaan. Yang paling penting dan utama para pelajar kita di pusat pengajian tinggi awam dan swasta diberikan hak kebebasan bersuara seluas-luasnya. Bebaskanlah pelajar kita yang telah begitu lama sengsara dan derita yang telah mereka deritai.
Kami sama-sama bangun untuk pergi mendengar ceramah seterusnya. Anwar Ibrahim (belum jadi Perdana Menteri ketika itu) dah sampai. Mereka mengeluarkan wang nak membayar makanan. Termasuk Sup Ekor yang aku punya. Aku tak benarkan. Tidak sepatutnya aku membiarkan mereka yang bayar. Mereka itu seperti anak-anak aku juga.
“ Biar Pakcik yang bayar……….ini kira ‘hutang’…..’hutang’ ini mesti dibayar apabila awak semua menjadi manusia yang berguna kepada negara pada suatu hari nanti…” kataku berjenaka.
Dengan mengucapkan terima kasih, anak-anak muda harapan negara itu beredar…
Abuhassanadam
5 Januari 2026
No comments:
Post a Comment