Friday, March 8, 2013

PERANG DI LAHAD DATU


‘PERANG’ DI LAHAD DATU

Walaupun bukan seperti Perang Dunia Pertama atau Perang Dunia Kedua, namun pada hakikatnya peperangan telah berlaku di Lahad Datu, Sabah. Tak terfikir pula aku akan sebegini jadinya nasib orang di kawasan ini, Lahad Datu, Semporna dan beberapa kampung lain di kawasan itu. Pastinya mereka ( orang kampung yang miskin) dalam kesusahan disebabkan peprangan berlaku di kampung mereka. Disamping memikirkan tentang bagaimana nak mencari sesuap pagi dan sesuap petang, yang paling penting ialah bagaimana mereka nak memelihara nyawa mereka, anak-anak mereka.
‘Perang’ di Lahad Datu tidak akan tamat dalam masa terdekat. Itu pandangan aku yang tidak pernah pergi berperang dan tidak tahu langsung tentang selok belok peperangan. Tidak lah pula aku nak mengulas tentang beberapa faktor yang membolehkan perang ini berpanjangan. Itu pun aku tak pandai juga.
Aku rasa perang di Lahad datu ni berpanjangan berasaskan beberapa kenyatan yang dibuat oleh pembesar negara kita. Mengikut akhbar The Star bertarikh 5 Mac 2013, DS Najib ada dipetik sebagai berkata,
“……the government has taken the necessary action to defend honour and sovereignty of the country as demanded by the rakyat.Najib said Malaysia was an Islamic country that loved peace and that sought to always to resolve conflict through diplomacy.But our effort to avoid bloodshed has failed,''.
Maknanya DS Najib tak akan undur. Akan terus mempertahankan negara sampai ke titisan darah yang terakhir. ‘ To defend honour and sovereignity of the country’. Maknanya akan mengerahkan seluruh tenaga tentera memerangi pengganas dari Sulu yang datang menceroboh negara kita. Maknanya perang le. Apa lagi….
Sebagai Perdana Menteri Malaysia sepatutnya DS Najib bertegas begitu. Sabah adalah kepunyaan kita. Hak kita. Kita punya. Walaupun ada yang mengatakan yang Sabah tu dema ( mereka) punya, itu kita tak peduli sebab Sabah menjadi sebahagian daripada Malaysia adalah berdasarkan keputusan yang dibuat oleh badan dunia. Bukan kita ambil begitu juga. Bukan kita rampas dari tangan dema ( mereka).
Terpaksa juga le aku ulang cerita macam mana Sabah jadi sebahagian dari Malaysia. Ringkasnya begini,
·      Memang betul Sabah tu dulu adalah kepunyaan Sultan Sulu. Sultan Brunei yang beri pada dia kerana dia menolong Sultan Brunei menyelesaikan satu kebangkitan di Borneo. Sebagai mengenang jasa Sultan Sulu menolong baginda Sultan Brunei, Sabah diserahkan kepada Sultan Sulu.
·      Apabila timbul ura-ura tentang penubuhan Malaysia pada awal 1960an, Sabah dan Sarawak akan diberikan kemerdekaan sekiranya menyertai Malaysia. Maknanya kemerdekaan melalui Malaysia, seperti juga Singapura yang mendapat kemerdekaan dengan menyertai Malaysia.
·      Tentu ada yang menyoal. Orang Sabah setuju ke?. Untuk mengetahui pandangan orang Sabah dan Sarawak, kerajaan British menghantar satu rombongan peninjau pendapat rakyat dikawasan ini, Suruhanjaya Cobbold. Didapati sememangnya rakyat Sabah bersetuju menyertai Malaysia. Tak puas lagi dengan keputusan itu, Bangsa-Bangsa Bersatu juga menghantar rombongan peninjau pendapat ke Sabah. Begitu juga hasilnya. Orang Sabah bersetuju menyertai Malaysia.
Dengan sebab itulah DS Najib bertegas mengatakan Sabah mesti dipertahankan. Aku setuju benar. Yang aku kurang setuju ialah apabila DS Najib mengatakan perlu dipertahankan dengan kekerasan. Dia kata, “Malaysia was an Islamic country that loved peace and that sought to always to resolve conflict through diplomacy.But our effort to avoid bloodshed has failed,''.
Aku cadangkan ( kadang-kadang aku terfikir juga siapalah aku nak buat cadangan ! ) kepada Perdana Menteri  agar pintu rundingan jangan tutup. Walaupun penceroboh ini musuh kita ( dari segi politik ) tetapi mereka masih lagi ‘adik-beradik’ kita. Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya. Bagi aku perbalahan yang berlaku di Lahad Datu ini adalah merupakan perbalahan ‘ carik-carik bulu ayam’. Yang sudah tu sudahlah. Mari kita cari jalan penyelesaian.
Tentu ramai yang tidak sependapat dengan aku. Tak apa. Aku bimbang kalau-kalau konflik ini tidak akan jumpa tarikh tamatnya. Masing-masing tidak mahu mengalah. Memang betulah Malaysia di pihak yang benar. Sah dari segi undang-undang. Tetapi bagi rakyat Sulu yang dalam kemarahan, mereka tidak peduli ke sah atau tak sah. Yang penting mereka rasa, mereka berjuang untuk bangsa dan negara dan agama.
BBC News bertarikh April 6 2005, melaporkan bahawa pernah berlaku kekacauan di wilayah  Mindanao-Sulu yang mengambil masa  tiga dekad dan mengorbankan seramai 120,000 orang. Isu yang mereka perjuangkan ialah berhubung kait dengan soal kemerdekaan dan agama. Pada suatu ketika dulu, kawasan Mindanao-Sulu sememangnya mempunyai otonomi yang tersendiri ( merdeka) dan  hanya pada tahun 1940 diletakkan dibawah pentadbiran Filipina.

Penubuhan The Moro Nationalist Movement adalah ekoran daripada beberapa peristiwa yang berlaku pada tahun-tahun enam puluhan. Pada tahun 1968, 14 orang Islam telah ditembak kerana keengganan mereka untuk menyertai satu misi tentera (Jabida Massacre). Kesannya ialah satu demonstrasi besar-besaran oleh penganut Islam. Sebagai tindak balasnya pula, puak Kristian melancarkan serangan terhadap orang Muslim yang menyebabkan 17 orang Islam terbunuh dalam sebuah masjid.

Pendek kata orang Moro adalah orang perjuangan yang sentiasa tidak takut berjuang demi bangsa dan negara. Mereka begitu yakin dengan perjuangan mereka. Ini belum lagi disorot perjuangan mereka sebagai anak cucu ‘Orang Laut ‘ yang mengawal perairan dirantau ini.

Satu lagi faktor yang membolehkan perang di Lahad Datu berlarutan ialah adanya bekalan senjata yang mencukupi dan memadai. Lumpe dalam bukunya, Encyclopedia of Modern WorldwideExtremists and Extremist Groups “ 1999  ada mengtakan  bahawa Filipina adalah antara kerajaan yang banyak menerima bekalan senjata dari jabatan pertahanan Amerika pada tahun-tahun 1950an. MNLF pula mendapat bekalan senjata dari Libya. Kegiatan MNLF inilah yang telah banyak menimbulkan kekacaun menentang kerajaan Filipina yang akhirnya menyebabkan Marcos mengisytiharkan undang-undang tentera terhadap tentera MNLF.

Jikalau begitulah keadaannya, aku rasa kekerasan dan ketenteraan bukan jawabnya. Mungkin untuk sementara waktu. Tetapi aku yakin pintu rundingan tidak tertutup rapat, apatah lagi apabila ramai pemimpin negara kita mengenali dengan rapat pemimpin-pemimpin dari Sulu.


Abuhassanadam
9 Mac 2013

No comments:

Post a Comment

Post a Comment