Saturday, February 15, 2025

 ‘SPEAKERS CORNER‘ HARUS BERNAFAS SEMULA

Zaman era baru Malaysia telah mula kedengaran tentang debat dan ‘Speaker Corner’ sesuatu yang begitu asing dalam zaman era pemerintahan terdahulu. Agak malanglah pelajar-pelajar yang ‘terdahulu’ yang tidak dapat ‘menikmati’ sesuatu yang sepatutnya dinikmati oleh para pelajar ia itu kebebasan bersuara. Dan apabila disebut sahaja kebebasan bersuara bermakna amat berkait rapat dengan debat, forum, wacana, ‘speakers corner’.

Agak keterlaluan jikalau dikatakan semacam tidak belajar di universitylah seseorang itu sekiranya tidak melalui detik-detik yang menyeronokan seperti keterlibatan dalam perdebatan ataupun tidak terlibat dalam sebarang tunjuk perasaan yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan university. Peristiwa yang sedemikianlah yang menjadi kenangan manis bagi mahasiswa-mahasiswa yang meniti zaman awal 1970an. Dan tentulah sedih mengenangkan yang anak-anak muda zaman ini tidak dapat melalui detik-detik manis sepertimana yang dilalui oleh mahasiswa ‘warga emas’ zaman awal 1970an.

Aku terpanggil untuk menulis mengenai Speakers Corner yang pernah wujud di University Malaya pada suatu ketika dahulu. Para mahasiswa University Malaya kini mungkin hanya mendengar tentang Speakers Corner tapi tidak tahu apa dia Speakers Corner tu dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Speakers Corner dah tidak ada lagi. Hanya yang tinggal ialah kesan-kesanya sahaja. Ia terletak di sebelah kiri pintu masuk ke perpustakaan yang pada ketika itu dipayungi oleh pohon-pohon Ketapang yang memberikan teduhan bagi ‘penonton’ yang mengikuti ‘ceramah’ di situ.

Speakers Corner di University Malaya itu bagi aku sama pentingnya dengan institusi University Malaya itu sendiri. Apa tidaknya. Kebanyakan pemimpin negara kini hampir semuanya mengasah bakat berpidato mereka di Speakers Corner itu lah.  Sebut saja. Pasti mereka tidak akan melupakan ‘ jasa’ Speakers Corner.Di situlah mereka berdebat, berbahas tentang isu-isu semasa. Merka belajar melalui pengalaman tentang berhujah dan berdebat dengan menggunakan akal dan fikiran. Tidak pernah ada perbalahan yang menghasilkan pertarungan fizikal. Dalam erti kata ‘ berlengan’. Tidak ada. Sihat. Mereka ‘bergaduh’ hanya dengan menggunakan akal dan fikiran Kini dah tidak ada lagi. Pasti juga para mahasiswa kini ‘meratapi’ tentang ketiadaan Speakers Corner. Namun sekiranya meratapi dengan mengeluarkan air mata darah sekalipun, Speakers Corner memang dah tidak ada lagi.

Speakers Corner merupakan tangga batu yang bertingkat yang dibuat khas sebagai pentas untuk para mahsiswa berpidato. Di perkarangan Speakers Corner itu ditanam pokok-pokok yang boleh memberikan perlindungan kepada para ‘pendengar’ yang ingin mendengar ucapan pemidato-pemidato.. Amat sesuai untuk bersantai setelah berpenat lelah mentelaah di dalam perpustakaan. Amat selesa. Seorang demi seorang akan menaiki pentas ceramah mendebatkan isu-isu semasa. Sekiranya bernas hujah seseorang mengenai sesuatu isu, beliau akan mendapat tepukan. Sekira sebaliknya akan mendapat ‘boooo….’ Seronok betul mengenangkan peristiwa-peristiwa demikian.

Kini Speakers Corner sudah tidak ada lagi. ‘Hilang’ selepas tahun 1975. Sudah hilanglah suatu tempat yang amat berharga bagi para mahasiswa muda, ‘ the angry young men‘ untuk mengasah bakat mereka berpidato. Ramai tokoh dan pemimpin negara yang dihasilkan oleh Speakers Corner Univeristy Malaya. Tetapi yang paling menyerlah dan yang tidak akan dipertikaikan oleh sesiapa pun tentulah Saudara Anwar Ibrahim.

Aku pun hairan mengapalah pihak berwajib pada ketika itu  ‘dengki’ benar dengan Speakers Corner. Bagi aku itulah saluran yang amat penting bagi para mahasiswa untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sesuatu. Di Speakers Corner lah mereka dapat melepaskan segala kemarahan mereka samada terhadap kerajaan ataupun terhadap pentadbiran university  atau pun terhadap mana-mana pihak yang mereka tidak puas hati. Mereka lahirkan dengan cara yang beradab.

Pernah juga anak-anak muda era selepas 1970an bertanyakan tentang kehebatan Speaker Corner. Apabila aku menceritakan tentang kegemilangan University Malaya terutama mengenai Speakers Cornernya kepada anak-anak muda mahasiswa sekarang, ternampak perasaan kehampaan di wajah mereka. ‘‘ Kami tak merasa semua tu’ merupakan jawapan yang sentiasa diberikan. Mereka mengharapkan sangat agar suasana university sebagaimana yang aku ceritakan itu muncul semula. Aku ceritakan kepada mereka bahawa mahasiswa pada zaman itu sebenarnya ‘ mengkaji’ di university bukan ‘ belajar’.

Mahasiswa sebelum pengenalan Akta University belajar menerusi berbagai sudut dan lapangan. Yang pentingnya mereka mencuba dan terlibat dalam hal-hal kemasyarakatan. Mahasiswa dulu belajar melalui ceramah-ceramah yang disampaikan oleh para bijak pandai yang sentiasa dijemput untuk menyampaikan ceramah-ceramah di University Malaya.

The Great Economic Debate misalnya diadakan hampir setiap tahun. Di situlah para mahasiswa dapat mendengar pandangan-pandangan dari tokoh-tokoh ekonomi dan politik membicarakan keadaan ekonomi semasa. Mereka boleh membicarakan semua perkara dan sebarang isu negara dan antarabangsa tanpa ada sekatan dan larangan. Dengan demikian dapat membuka minda para mahasiswa, supaya menjadi seorang mahasiswa yang peka dengan keadaan sekelilingnya.

Pada ketika itu tidak ada larangan bagi sesiapa pun untuk datang ke University Malaya untuk menyampaikan ceramah mereka. Malah seingat aku kebanyakan majlis-majlis ceramah dianjurkan oleh persatuan mahsiswa sendiri. Persatuan mahasiswa lah yang merancang dan yang menentukan penceramah mana yang hendak dijemput. Terlalu sedikit penglibatan dari pihak pentadbiran university.

Budaya Speakers Corner di University Malaya, mungkin mengikuti budaya yang dijalankan di Hyde Park di London. Tentu ramai yang pernah berada di Hyde Park London dan pernah melihat sendiri tentang aktiviti hari Ahad yang dijalankan di sana. Demokrasi dalam erti kata sebenar-benarnya. Setiap individu bebas menyuarakan pandangan masing-masing dalam apa isu sekalipun.

Kadang-kadang aku termenung mengenangkan sesuatu. Kadang-kadang aku terfikir, sekiranyalah Speakers Corner yang ada di University Malaya  itu masih wujud sampai ke hari ini dan berfungsi sebagaimana yang sepatutnya, aku tidak dapat bayangkan kualiti mahasiswa yang dapat kita lahirkan di negara ini.

Aku tidak menafikan tentang peranan  university hari ini yang telah melahirkan ramai graduan yang hebat-hebat dari segi pencapaian akademiknya. Namun demikian sekiranyalah mereka diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan ( secara sihat tentunya ) melalui saluran-saluran tertentu seperti di Speakers Corner, aku tidak dapat bayangkan kualiti para mahsiswa yang dapat dilahirkan. Aku tidak dapat bayangkan……….


abuhassanadam

15 Februari 2025




















Aku merasa bertuah dan amat gembira sekali sebagai anak Perak ‘bersultankan’ Sultan Raja Nazrin Shah. Rakyat Malaysia juga pastinya amat gembira mendengar titah ucapan Tuanku yang bertitah, ‘“Do not tell me tales to send me into dreamland when the reality on the ground is something entirely different from what has been related to me…..Hopefully, the members of the Dewan Negara will help me with all sincerity and honesty so that I can discharge my responsibility fairly and equitably,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Dewan Negara Perak yang dipetik oleh Malaysiakini bertarikh 20 Jun 2014. Pastinya ucapan itu dalam Bahasa Melayu. Aku petik dari sumber Malaysiakini, berbahasa orang putih.


Maknanya Tuanku mahu rakyat, terutamanya pemimpin peringkat pusat dan negeri di Malaysia sentiasa bercakap benar. Jangan tipu-tipu. Jangan belit-belit. Jangan terlampau banyak main politik. Bela rakyat dengan ikhlas. Aku yakin bahawa baginda Sultan bercakap benar dan ikhlas apa yang dititahnya itu. Latar belakang pendidikannya sudah cukup memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa negeri Perak pastinya amat bertuah mempunyai ketua negeri yang menepati erti kata yang sebenarnya.



Sehubungan dengan apa yang dititahkan oleh Sultan Raja Nazrin itu yang mahukan rakyat bercakap benar tentang isu-isu yang berkaitan dengan negara, terdapat pula berita-berita yang memperlihatkan bahawa seolah-olah setengah pihak di Malaysia yang melarang rakyat mendengar berita sahih dan benar, terutama yang melibatkan para pelajar kita samada di pusat pengajian dalam negara atau di luar negara. Semacam bercanggah pula kenyataan Tuanku itu dengan apa yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam negara.


Aku hampir menangis apabila Speakers Corner University Malaya ‘dirobohkan’. Aku tidak tahu siapa yang mengarahkan supaya dirobohkan. Cuma yang aku ingat bahawa Speakers Corner (SC)  yang terletak berhampiran perpustakaan itu sudah tidak berfungsi lagi ketika aku singgah sebentar seketika pada tahun 1975. ‘Pentas’ tempat menyampaikan ucapan masih ada tetapi pokok-pokok yang kebiasaanya menaungi para pendengar sudah ditebang habis. Licin. Lantas sememangnya tujuannya ialah untuk mengelakkan supaya SC tidak berperanan dalam memberikan peluang para pelajar untk mendengar ucapan-ucapan daripada pemidato. Supaya para pelajar terus jadi ‘bangang’ dan ‘tolol’ kerana tidak berpeluang mendengar pendapat yang bertentangan denga hasrat pihak tertentu.


Di Speakers Corner ( Sudut Pidato) inilah para pelajar tahun-tahun 1960an dan awal 70an mengasah bakat mereka untuk berpidato dan menyampaikan pandangan dan fikiran mereka secara bebas sebelum berkuatkuasanya Akta University dan Kolej. Di sinilah lahirnya tokoh-tokoh pemimpin seperti Saudara Anwar Ibrahim dan beberapa orang pemimpin lain. Di pentas inilah mereka mengasah bakat berpidato, menyampaikan hujah tanpa rasa segan dan silu, disamping mempunyai kebebasan bersuara yang sebebasnya.


Aku terbaca satu artikel berjodol, On Freedom of Expression and Campus Speech Codes” yng dipetik dari  majalah  Academe July-August 1992  yang menyatakan, “Freedom of thought and expression is essential to any institution of higher learning. Universities and colleges exist not only to transmit existing knowledge. Equally, they interpret, explore, and expand that knowledge by testing the old and proposing the new…..This mission guides learning outside the classroom quite as much as in class, and often inspires vigorous debate on those social, economic, and political issues that arouse the strongest passions. In the process, views will be expressed that may seem to many wrong, distasteful, or offensive. Such is the nature of freedom to sift and winnow ideas”


Lantas teringat aku mengenai pengalaman aku ketika menuntut di Stanford University, Palo Alto, California tidak berapa lama dulu, yang dikatakan sebagai salah sebuah university terkemuka di dunia. Aku masih teringat bahawa kebanyakan pelajaran dan pengajaran yang aku dapati disana adalah hasil daripada interaksi aku dengan para professor di luar bilik darjah. Dan perbincangan yang diadakan adalah dalam suasana bebas dan sebebasnya. Para pelajar diberikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat tanpa takut-takut. Tidak ada undang-undang yang mengawal tajuk isu yang diperbincangkan. Dan aku berkeyakinan benar bahawa itulah satu ‘ramuan’ yang disediakn di Stanford atau pun di Harvard yang membolehkan para pelajar yang dilahirkannya begitu cemerlang. Aku berbangga dan merasa bertuah ‘menikmati’ suasana pembelajaran yang sebegitu.


Malaysia seharusnya melihat dan mencontohi apa yang dilakukan oleh university-university terkemuka dunia supaya keadaan di pusat pengajian tinggi kita dapat diperbaiki. Ramai rakyat Malaysia yang berasa sedih dan pilu mendapat berita yang mengatakan bahawa univeristy-university dan kolej kita tidak tergolong dalam ‘top 100’. Ini merupakan berita sedih dan memilukan. Apakah lagi yang ada pada kita untuk dibanggakan sekiranya tidak dalam lapangan pelajaran.


Lagi menyedihkan ialah apabila univeristy-univeristy di negara-negara jiran kita seperti di Singapore sedang melonjak kemasyhurannya sedang kita semacam ‘tiong’ yang berjalan undur ke belakang. Tentulah amat menyedihakn. Apakah para professor di pusat pengajian tinggi tanah air tidak merasa sedih dengan keadaan sebegini. Apakah tidak ada usaha dari saudara-saudara  professor untuk membetulkan keadaan sedemikian. Ataupun mungkinkah saudara-saudara juga ‘bersetju’ dengan keadaan sedemikian.


Aku terus mengingati kenyataan Edmund Burke yang berbunyi,"All that is necessary for the triumph of evil is that good men do nothing."


No comments:

Post a Comment