Saturday, May 11, 2013

KABINET DS NAJIB - ASASNYA BERUNDING


KABINET DS NAJIB – ASASNYA BERUNDING

Ak tak dapat nak fikir bagaimanalah agaknya DS Najib hendak memecahkan masalah pelantikan ahli kabinetnya. Bukan kecil masalah yang dihadapinya. Kekurangan MP yang berkaliber dari kalangan UMNO adalah antara ‘constrain’ yang dihadapinya. Kebanyakannya pada pemerhatian aku hanya ‘ jaguh kampung’.  Sebelum ini ada juga tokoh seperti Saifuddin Abdullah. Sudah tidak terpilih pulak. Cuma yang boleh diharap yang tinggal ialah Khairi Jamaluddin dan Abdul Rahman Dahlan. Orang muda yang boleh diharap. Yang lain-lain tu boleh juga. Boleh la…………..

Jadi DS Najib pasti menghadapi satu masalah berat untuk melantik anggota kabinetnya. Harapkan MCA sudah tinggal berapat ‘kerat’ saja yang tinggal. Begitu juga Gerakan. Harapkan MIC takut ‘condong bawa rebah’ pulak. Aku tak dapat hendak membayangkan ‘kesusahan’ yang dihadapi oleh DS Najib. Cuma yang aku boleh fikirkan ialah DS Najib kena berunding dengan pihak pembangkang. Kena ‘duduk bersila atas tikar mengkuang’ ( macam orang kampung yang selalu buat ) dengan DS Anwar, DS Haji Hadi, Saudara Lim Kit Siang dan berbincang dari hati ke hati bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang rumit ini.

Ramai orang tak sedar bahawa rundingan adalah pasak dan sendi kejayaan negara kita. Negara kita maju dan berjaya sampai kini sedikit sebanyak disebabkan rakyat kita mengamalkan rundingan, bertolak ansur dan berpakat. Orang sekarang kata bermusyuarat. Meeting. Tetapi aku lebih suka menggunakan perkataan berunding daripada bermusyarat. Bagi aku ‘berunding’ adalah perkataan yang agak rapat dengan budaya orang Malaysia. Bagi aku juga apabila disebut berunding, menampakkan satu suasana yang agak tidak formal tetapi hasilnya amat berkesan.

Orang Melayu zaman dahulu banyak menyelesaikan masalahnya secara berunding. Apatah lagi pada ketika itu tidak ada undang-undang untuk dirujuk. Tidak ada pula mahkamah untuk mengadilkan sesuatu kes. Tidak ada pula balai polis tempat mengadu. Dan tidak ada peguam yang boleh menolong untuk memenangi sesuatu kes. Senjata yang ada untuk menyelesaikan sesuatu masalah ialah dengan berunding dan berpakat.

Seekor kerbau telah memasuki sawah padi dan merosakkan tanaman padi. Orang Melayu tradisional mempunyai dua cara menyelesaikan masalah berkenaan. Cara yang pertama ialah dengan cara tuan punya sawah pergi ‘menyerang’ tuan kunya kerbau dengan membawa parang atau pun cara yang kedua ialah dengan cara berunding. Kebiasaanya, cara yang pertama amat jarang digunakan. Yang selalu dipakai ialah dengan cara berunding. Berpakat. Tolak ansur. Menggunakan ‘orang tengah’ yang biasanya orang yang dihormati di kampung berkenaan. Tok Penghulu, atau pun pawang.

AMOK atau RUNNING AMOK adalah perkataan Melayu yang digunakan oleh Oxford Dictionary yang menggambarkan suasana seperti satu pergaduhan, kekacauan. Orang Melayu akan mengamuk apabila proses rundingan telah mencapai jalan buntu. Sudah tidak boleh berpakat. Orang Melayu mengamuk apabila mereka sudah hilang akal. ‘Come what may’. Apa nak jadi-jadi lah……Itu sikap orang Melayu apabila mengamuk.

Namun orang Melayu banyak berunding dan berpakat untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sejarah telah menunjukkan bahawa orang Melayu sentiasa di pihak yang rugi apabila di meja perundingan. Banyak negeri-negeri Melayu terlepas ke tangan British berpunca daripada rundingan yang berat sebelah. Perasaan tolak ansur orang Melayu terlalu tinggi yang menyebabkan pihak lain sentiasa mengambil kesempatan. Sebaliknya jika sesuatu perkara dipaksakan kepada mereka, maka akan buruklah padanya.

Banyak perkara-perkara rumit yang boleh dirujuk yang boleh diselesaikan melalui rundingan dan bukan secara paksaan.

·      James W.W. Birsh dibunuh oleh rakyat negeri Perak kerana cuba memaksakan undang-undang British ke atas rakyat negeri itu tanpa melalui  rundingan dan berpakat. Berbanding dengan Hugh Low kemudiannya yang menjalankan pentadbirannya secara lembut dan berdiplomasi dan mementingkan rundingan dan berpakat.
·      Orang Melayu menentang habis-habisan Malayan Union pada tahun 1946 kerana, pengenalannya tidak melalui rundingan. Tidak berpakat. Sir Harold Mac Micahel bertindak secara samseng mengugut Raja Melayu supaya menyetujui Malayan Union. Mac Michael tidak tahu ‘penangan’ orang Melayu sehinggalah dia sendiri belajar dari pengalaman itu. Barulah beliau faham agaknya bahawa rundingan dan berpakat adalah sesuatu yang mesti untuk mencari penyelesaian apabila berhadapan dengan orang Melayu.
·      Masalah Jus Soli yang berkaitan dengan kerakyatan adalah merupakan perkara yang cukup rumit. Orang Melayu menentang secara habis-habisan pengenalan Jus soli ia itu memberi kerakyatan secara longgar kepada orang bukan Melayu ( terutamanya Cina dan India). Tidak mudah memujuk orang Melayu supaya menerima kaum Cina dan India ( khususnya) menjadi rakyat Tanah Melayu. Tidak mudah. Namun begitu disebabkan adanya rundingan antara pihak-pihak yang terlibat maka telah dapat diselesaikan dengan jayanya. Raja-raja Melayu telah enerima kerakyatan jus soli dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istemewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Aku terfikir sejenak. Aku bayangkan sedangkan keadaan masalah kerakyatan jus soli yang begitu rumit pun dapat diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, apakah isu yang berada di hadapan kita sekarang terlalu sukar untuk diselesaikan? Cuma aku rasa ia memerlukan keikhlasan, pengorbanan, ‘empathy’, dan bersedia menganjakan paradigma.Kedua-dua pihak. BN-UMNO dan Pakatan Rakyat. Perlu berpakat dan berunding.

Mungkin sudah berlaku pun rundingan antara DS Najib dengan DS Anwar Ibrahim, Haji Hadi, Lim Kit Siang, secara senyap-senyap. Secara rahsia. Kita rakyat biasa yang tidak tahu mengenai rundingan-rundingan yang telah mereka jalankan. Tentunya mereka lebih peka daripada kita tentang keadaan negara kini. Cuma yang diharapkan segala keputusan yang dicapai dapat memuaskan hati majoriti rakyat Malaysia. Tentunya agak mustahil untuk memuaskan hati semua orang.

Keputusan PRU 13 seharusnya dijadikan panduan ia itu tentang undi popular rakyat Malaysia yang memihak pada Pakatan Rakyat walaupun dari segi pembahagian kerusi memihak kepada BN-UMNO.

Abuhassanadam
11 Mei 2013

1 comment:

  1. Berikut adalah pandangan saya berkenaan Joint Government yang saya utarakan dalam ruangan komen di Yahoo. Harap dapat beri input/komen terhadap pandangan itu (nota: alamat email saya hanafiahbaharuddin@yahoo.com):

    I am not agree if DAP joins BN but i do agree if BN and PR co-operate to form the future government. This is because after GE13, BN has a difficulty to form the solid government since they lack of Chinese support. So, the best way is to form the Join Government between BN and PR to serve the RAKYAT for another 5 years. This means some ministers will be handled by BN and some will be handled by PR. For example, Dato' Najib will be a PM, Muyhiddin will be TPM1 and Anwar will be TMP2. Same goes to minister i.e. Minister A will be handled by BN, minister B will be handled by PR and so on. By this way, there is no firm opposition in the parliament but all of them can still discuss and debate for every fact/item/pgm that they want to implement for RAKYAT. I believe this Join Government will resolve a lot of problems such as balancing news in the electronic media/newspaper, no protest rally on GE13 results, no pressure for Dato’ Najib to resign, no corruption since PR will monitor BN and BN will monitor PR, all states will be developed simultaneously, RAKYAT will be more co-operate between BN and PR (live in harmony country), etc. As for the manifesto, both BN and PR need to discuss and come out the solid manifesto for RAKYAT. Those that good for RAKYAT can count- in but those that less benefit to RAKYAT can temporary hold them.

    ReplyDelete