Friday, May 2, 2014

KENYATAAN PRESIDEN CUEPACS MEMALUKAN….

Aku rasa bukan sahaja rakyat terbanyak yang agak ‘terkilan’ dengan sikap En Azih Muda (Presiden Cuepacs) tetapi pihak kerajaan juga agak ‘malu’ dengan sikap yang dipamerkan apabila menganggap sebagai ‘pengkhianat’, peserta yang terlibat dalam demonstrasi GST yang diadakan pada hari pekerja 1 Mei 2014 yang lalu. “Civil servants who participate in the anti-Goods and Services Tax (GST) protest will be considered as traitors who are unfit to hold government positions” katanya. Tempelaknya kepada ahli-ahli pertubuhannya. (Malaysiakini 1 May 2014)

Sebagai seorang pemimpin sebuah pertubuhan peringkat kebangsaan, seharusnya beliau tahu dan faham apa yang sebenarnya diperkatakannya. Seharusnnya beliau rasional dalam memperkatakan sesuatu isu sebelum membuat sebarang kenyataan. Beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan tergopoh-gopoh menyokong ‘membuta tuli’ yang seolah-olah kelihatan sebagai seorang ‘pemimpin’ yang sentiasa ‘cari makan’.

Bagaimanakah agaknya perasaan pemimpin CUEPACS ini apabila melihatkan bahawa SUHAKAM pun memberikan pujian kepada penyelenggaraan perhimpunan GST itu. “Suruhanjaya melihat perkara ini sebagai satu hasil positif daripada kerjasama baik di kalangan penganjur perhimpunan, peserta dan pihak berkuasa,” ujar Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam kenyataannya kepada Harakahdaily. (1 Mei 2014)

Katanya lagi, “Suruhanjaya juga berbesar hati dengan pembaharuan positif dalam profesionalisme pihak polis dan pihak berkuasa yang lain dalam mengendalikan perhimpunan awam seperti yang ditunjukkan menerusi KL112 dan perhimpunan anti-kenaikan harga serta perhimpunan hari ini,”

Sepatutnya kenyataan seorang presiden sebuah pertubuhan yang agak besar di negara ini seharusnya rasional dan ‘balanced’ dan bukan kenyataan yang bersikap ‘mengampu’ yang ‘membuta tuli’. Beliau seharusnya faham bahawa setiap rakyat di negara ini  termasuklah juga kakitangan kerajaan mempunyai hak demokratik sebagai rakyat yang tinggal dalam sebuah negara. Dan antara hak yang ada pada seseorang rakyat ialah hak bersuara dan kebebasan untuk terlibat dalam sebarang perhimpunan. Apatah lagi perhimpunan seperti menentang pelaksanaan GST ini yang pelaksanaannya nanti akan ‘terkena’ juga ke ‘batang hidung’ mereka.

Lagi satu perkara yang perlu disedari oleh Presiden Cuepacs ini ialah tentang tugas dan peranan beliau. Apakah beliau sedar tentang golongan yang diwakili oleh beliau. Bukankah beliau sepatutnya mewakili para pekerja dan 1 Mei adalah merupakan hari pekerja. Dan kehadiran para pekerja untuk menyatakan sesuatu isu yang melibatkan kehidupan mereka adalah hak yang diberikan. ‘Halal’ dan bukan ‘haram’. Dan penglahiran dan kritikan mereka itu adah disuarakan melalui saluran yang demokratik yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

Mengikut fahaman aku, akujanji atau ikrar perhidmatan awam itu ialah berkaitan dengan tugas dan bukan melibatkan hak seseorang pekerja yang boleh ‘tergadai’ hak demokrastiknya sebagai rakyat Malaysia. Apakah sebagai presiden sebuah pertubuhan beliau tidak faham dan tidak tahu kewujudan prinsip itu. Justeru saudara Aziz Muda boleh dilihat sebagai ‘pengkhianat’ kepada ahli yang diwakilinya dan yang tidak bertanggungajwab untuk menjaga kesejahteraan para ahli dan pengikutnya.

Ada terdapat juga kenyataan Encik Azih Muda uang agak keras juga. Misalnya, ‘"Sekiranya mereka tidak berpuas hati dan ingin menyertai perhimpunan, mereka boleh keluar daripada menjadi penjawat awam. Kita berhasrat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju tetapi sekiranya perkara seperti ini berlaku ia boleh membantutkan perjalanan yang telah dirancang," katanya. Aku nampak kenyataan yang sebegini mirip dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh setengah pemimpin pertubuhan di negara ini yang sewenang-wenangnya menyuruh kaum Cina dan India meninggalkan negara ini sekiranya mereka tidak secocok dan sesuai tinggal di negara ini.

Kenyataan yang sebegini bukan seharusnya ‘terpancut’ keluar dari mulut seorang pemimpin. Seolah-olah pemimpin yang bersikap demikian sudah kehilangan ‘modal’ untuk berhujah. Dan dalam budaya Melayu boleh dianggap sudah tidak beradab dalam ertikata sudah tidak lagi boleh menjaga ‘hati dan perasaan’ orang lain. Dan para ahli Cuepacs sudah sampai masanya untuk memikirkan pengganti yang boleh menggantikan kepimpinan yang ada sekarang yang sudah agak menyimpang jauh dari tujuan asal penubuhan Cuepacs itu. Mungkin….

abuhassanadam
2 Mei 2014


No comments:

Post a Comment