Thursday, September 1, 2016

PEMIMPIN YANG BERMUKA TEBAL

            Samada pemimpin yang tebal muka atau pemimpin yang bermuka tebal sebenarnya sama sahaja. Kedua-dua tidak merasa malu. Kedua-duanya memiliki sifat jelek, hodoh. Dan dalam masyarakat Melayu lama misalnya, menjaga ‘air muka’ merupakan sesuatu yang sangat-sangat dipelihara dan amat tidak molek sekiranya seseorang itu bersifat ‘muka tebal’.

            Nampaknya dalam masyarakat kini, masyarakat Melayu khususnya sudah tidak begitu dipelihara hal yang sebegini. Kebanyakan pemimpin di Malaysia bersifat ‘muka tebal’. Mereka tak peduli apa orang lain kata.

Mereka tidak malu sekiranya mereka dikatakan pemimpin yang rasuah. Mereka tak malu langsung. Tebal muka.

Mereka tebal muka sekiranya mereka dikatakan mereka jenis makan ‘dedak’. Mereka tak peduli. Mereka buat ‘dek’ sahaja.

Mereka tak malu dan bersifat tebal muka sekiranya mereka dikutuk kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap bodoh dan tolol. Malah mereka cuba mempertahankan kenyataan yang dibuat. Kesannya semakin ketara kebodohan yang ditunjukkan. Mereka tak malu. Mereka bermuka tebal.

Mereka tebal muka apabila mereka tidak tahu bahawa masyarakat kini bukannya bodoh seperti pemimpin mereka. Lantas mereka menganggap masyarakat itu bodoh dan tongong seperti mereka. Mereka bermuka tebal.

Mereka tak malu menyampaikan ucapan yang ‘berapi-api’ sedangkan apa yang diperkatakan oleh mereka itu adalah seperti ‘cakap tak serupa bikin’. Mereka tak malu kerana mereka ‘tebal muka’.

Aku percaya bahawa ibu bapa mereka amat mementingkan nilai ‘air muka’ atau ‘tebal muka’ ini. Namun anak-anak mereka yang bergelar pemimpin buat nohin tentang ‘pegangan’ dan prinsip yang dipegang oleh orang tua mereka.

Mereka bermuak tebal.

abuhassanadam
1 September 2016



No comments:

Post a Comment