Monday, September 12, 2016

UMNO SUDAH MENYIMPANG JAUH….

            Begitu ramai ahli UMNO kini yang hanya menunggu masa yang sesuai untuk meninggalkan parti itu. Hanya pemimpin-pemimpin yang menikmati ‘dedak’ sahaja yang masih merasakan bahwa parti UMNO masih relevan. Dan golongan inilah yang masih mempertahankan UMNO yang sudah ‘condong’ dan menunggu masa untuk ‘rebah’. Dan golongan ini amat bimbang sekiranya UMNO ‘’tumbang’ maka mereka juga akan ‘tumbang’ dan akan bermula saat sengsara bagi mereka dan keluarga mereka. Dan pada ketika itulah akan kelihatan ‘balasan’ dari Tuhan.

            Bersempena dengan perayaan Hari Raya Korban ini, memang sudah kelihatan semangat yang meluap-luap dari kalangan ahli UMNO yang hanya menunggu masa dan waktu untuk meninggalkan parti keramat ini. Mereka bukan marahkan UMNO tetapi amat marah kepada pemimpin yang semacam sudah amat jauh menyimpang dari perjuangan UMNO yang sebenar.

            Amat bertentangan dengan persepsi pemimpin UMNO yang mengatakan orang Melayu berlumba-lumba untuk menjadi ahli UMNO. Itu hanya merupakan mimpi di siang hari. Pada realitinya orang Melayu memang mahu menjauhkan diri dari UMNO dan mereka di kampung-kampung tahu sebab mengapa masih ada lagi saki baki yang menyokong UMNO. Mengapa masih ada lagi yang hadir di perhimpunan UMNO. Mereka tahu sebab-sebabnya. Hal sedemikian bukannya rahsia lagi.

            Ketika ‘dedak’ masih melimpah ruah, maka tentulah mudah untuk mengekang segala ketidakpuasan ahli yang wujud, tetapi apabila ‘dedak’ sudah berkurangan maka akan kedengaranlah suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa UMNO bukan lagi UMNO yang memperjuangkan orang Melayu dan agama Islam.

            Kenyataan yang mengatakan bahawa UMNO tidak lagi memperjuangankan matlamat asal penubuhannya telah lama disuarakan oleh golongan bijak pandai dalam UMNO dan golongan yang tengin dan bodoh sahaja yang masih ‘berpaut’ kepada pemimpin yang korup dan rasuah. Tetapi dengan penyebaran maklumat yang bertubi-tubi oleh golongan yang sedar telah menyebabkan golongan UMNO peringkat bawahan sudah mula menyedari hakikat tentang bahawa sebenarnya mereka telah tertipu. Lantas golongan ini akan bangun dan menunjukkan ‘taring’ mereka bahawa sebenarnya mereka bukan bangsa yang mudah tertipu.

            Hanya masa yang akan menentukan apabila kita melibat ahli-ahli UMNO berbondong-bondong meninggalkan UMNO. Mungkin tidak lama lagi…

abuhassanadam

12 September 2016

No comments:

Post a Comment