Sunday, March 12, 2023

 

TAK AKAN LAH RAKYAT MALAYISA NI BODOH BENAR!!

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Maknanya beliau mahu bukanlah dia sorang yang kena. Samalah seperti mana anggapan yang dikatakan oleh Pak Pandir dalam cerita jenaka zaman dulu apabila beliau mengatakan, ' bukan anak aku sorang yang kena'.

Melihat kepada keadaan sehari dua ini, mengenai pertuduhan terhadap pemimpin Bersatu ini seolah-olah rakyat sedang meraikan satu peristiwa 'kemenangan'. Dan yang hairannya juga adalah yang kena tuduh diberikan publisiti yang meluas seolah-olah semacam tidak ada perkara luar biasa berlaku kepada yang dituduh. Ini pastinya membuat anak-anak atau orang muda hairan melihat keadaan begini berlaku. Semacam tidak nampak perasaan malu terpancar di muka pemimpin yang terlibat dengan rasuah itu.

Betulah bahawa mereka belum boleh dihukum bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah. Tetapi jikalau mengikut 'falsafah' orang tua-tua (Melayu) 'takkan lah bergoyang pokok jikalau tidak ada angin'. Jelas. Padat, kata-kata datuk nenek kita. Dan takkanlah tak terasa malu apabila sudah dihadapkan ke mahkamah dengan berbagai tuduhan. Dan 'sebodoh-bodoh' aku dapat aku fikirkan tentang 'kehebatan' yang tertuduh sanggup menyediakan wang jamin sejumlah dua juta ringgit. Dari mana datangnya wang sebanyak itu, diukur dari pendapatan seorang bekas Perdana Menteri. Mungkin aku silap. Itu belum lagi jumlah wang yang begitu banyak terlibat dalam perbicaraan ini.

Walaubagaimana pun rakyat tidak seharusnya terikut-ikut dengan sikap sebilangan kecil rakyat yang cuba mendewa-dewakan 'wira' mereka dan sentiasa meletakkan kesalahn kepada pemerintah, khususnya Perdana Menteri pimpinan DS Saudara Anwar Ibrahim. Aku faham benar bahawa DS Anwar Ibrahim tidak akan bertolak ansur dengan penglibatan 'najis rasuah'.Menurutnya, beliau bersama Jemaah Menteri dan agensinya serius untuk membendung isu ketirisan wang negara. 

Seterusnya beliau menambah,“Tidak boleh kita izinkan dana negara, dana negeri, dana bandar raya diambil secara haram untuk memperkayakan segelintir. Tidak mungkin kita izinkan sesiapa tanpa kecuali untuk merasa bebas untuk gondol hak rakyat dana rakyat dan merasa boleh terlepas' Katanya lagi, '“Saya nak pastikan hal ini tidak berlaku dan berilah kita kesempatan dalam kerajaan perpaduan ini untuk melaksanakan program kita bersihkan negara daripada segala keterlanjuran ‘perompak-perompak besar’ dan kita tumpu sepenuhnya dalam memelihara kepentingan rakyat...Saya tak peduli apa yang disebut, ditohmahkan di luar ataupun dianggap ini satu tindakan politik, tidak.

Anak-anak muda khususnya dan rakyat Malaysia umumnya cuba menung dan teliti kenyataan ini bahawa, "Semalam, Muhyiddin Yassin yang juga bekas perdana menteri didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas enam pertuduhan, membabitkan empat dakwaan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta' Apakah itu bukan satu kesalahan besar yang amat memalukan walaupun belum terbukti bersalah. Namun pengikutnya tetap 'meraikan' dengan rasa tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Tuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menambahkan lagi sokongan rakyat terhadap gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Betulkah begitu. Apakah rakyat Malaysia sudah hilang pertimbangan dan sudah tidak boleh berfikir dengan waras dan tidak dapat membezakan yang 'baik' dengan yang 'buruk'. Malang sekali sekiranya sebahagian besar rakyat Malaysia berfikiran sedemikian.

Setiausaha Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, situasi yang berlaku ketika ini sama sebagaimana reformasi semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan pada 1998 lalu. Betulkah begitu? Aku rasa keadaan yang berlaku semalam jika dibandingkan dengan peristiwa gerakan reformasi DS Anwar Ibrahim ibarat 'jauh panggang dari api' seperti membezakan antara malam dengan siang. Sehingga kini aku merasakan tidak ada tolak bandingnya antara gerakan Reformasi Anwar Ibrahim dengan gerakan selepas itu. Aku berada di situ melihat 'gerakan Reformasi' berjalan - tahun 1998.

Tak payahlah agaknya bermimpi disiang hari.


abuhassanadam

13 Mac 2023



4 comments:

  1. Pak Abu , sudah banyak tahun saya tidak baca tulisan Pak Abu. Sorry, I have forgotten about you. You are one Malay that I truly respect. From your writings (the last that I read was many years ago, maybe ten years already!) I concluded that you must be the same Malay gentleman whom I treasured and regarded as a true Malaysian whose qualities are on the same level as our first Prime Minister. Today I read that a DAP MP (Mr Rayer of Penang) suggested that the late Tok Guru Nik Aziz of Kelantan be made an ICON of Malaysian unity.... He mentions of Tok Guru's special qualities that deserve to be emulated by the younger generations. But, Pak Abu, though I have forgotten about you and so left your blog for so long and have not read what you wrote, I am sure you have not written anything that would make me doubt you about the super qualities that you possess that made me call you a true Malay gentleman, particularly someone devoid of racist tendencies! To conclude, I remember you once called yourself a Malay Totok... when some Malaysians started to question the origins of the ethnic Malays. Pak Abu, saya nak tulis dlm BM tapi kurang fasih... You must be about 80 years now... I am 70 only, ha ha... from Alor Setar, an ex teacher like you... I will slowly turn back and read your writings of the past years. Bye!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, lama sudah tak bertemu dengan pak Abu, semoga pak Abu kekal sihat, gembira dan bahagia selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mirai berbahgia mendengar 'suara' Mirai. Ada juga berhubung dengan Asri, Fauzan. Hingga kita berjumpa.

      Delete
    2. Saudara Sepat Ronggeng. Maaf kerana lewat membalas tulisan saudara. Sememangnya saya hampir berhenti menulis namun atas desakan rakan-rakan dan 'peminat' (kononnya) saya terpaksa mengabdikan diri dalam lapangan penulisan ini. Hampir seluruhnya merasakan saya harus memberikan jasa bakti dalam lapangan ini. Lantas saya bertekad untuk meneruskan sehinggalah menghembuskan nafas terakhir. Saya amat sayangkan bangsa Malaysia terutama anak-anak yang masih bersekolah kini. Mari kita lakukan bersama Saudara Sepat sebagai guru atau bekas guru.

      Delete