Tuesday, May 9, 2017

MENGHARAPKAN AGAR SAUDARA ANWAR DIBEBASKAN

Walaupun Saudara Anwar Ibrahim disabitkan kesalahannya oleh mahkamah atas tuduhan yang dilimparkan terhadapnya namun persepsi rakyat pada umumnya mengatakan bahawa beliau sebenarnya adalah tahanan politik. Sepatutnya sudah lama  beliau dibebaskan. Namun disebabkan ketakutan dan kebimbangan  pihak-pihak tertentu terhadap pengaruhnya, maka beliau terus menerus ditahan. Dan kita tidak tahu selama mana beliau akan meringkuk lagi di penjara berkenaan.

Kini telah ada usaha untuk mendapatkan pengampunan beliau dari DYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung. pastinya rakyat akan mendoakan agar Sri Paduka Baginda akan memperkenankan harapan rakyat yang tertindas ini.

Sudah berpuluh-puluh NGO samada dari dalam atau dari luar negara mengatakan bahawa penahanan Saudara Anwar adalah merupakan tahanan politik, namun kenyataan sedemikian tidak dipedulikan juga.

Pada 8 Februari 2016 misalnya Phil Robertson selaku Timbalan Pengarah Human Rights Watch Asia ada menyatakan, ‘“Malaysia’s conviction of Anwar Ibrahim was politically motivated, and he’s already suffered through a year in prison from this travesty of justice.. Every day that Anwar is behind bars, confidence in the Malaysian justice system further erodes. The government should release Anwar and repeal the country’s abusive and archaic sodomy laws.” (Malaysia: End Anwar Ibrahim Incarceration bertarikh 8 Februari 2016.

Walau apa pun komen yang diterima daripada luar menampakkan bahawa pihak yang bertanggungjawab semacam memekakkan telinga. Ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mereka tidak mempedulikan apa orang lain kata. Dan walaupun ada yang mengatkan  bahawa ‘“Every day that Anwar is behind bars, confidence in the Malaysian justice system further erodes” pihak kerajaan semacam tidak memandang serious tentang kesan yang akan diterima oleh kerajaan Malaysia.

Masyarakat Malaysia yang siuman merasakan bahawa Saudara Anwar sudah terainaya beberapa kali. Dan pada 16 Julai 2008, sekali lagi beliau ditangkap atas tududhan yang dirasakan amat tidak berasas. Walau bagaimana pun pada 9 Januari 2012, selepas beberapa lama dibicarakan Anwar dibebaskan. Pada 7 Mac 2014, pihak kerajaan merayu dan Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepadanya. Yang agak meragukan rakyat Malaysia pada ketika itu ialah mengenai penundaan tarikh perbicaraan di mahkamah rayuan.  Sepatutnya diadakan pada bulan April 2014 tetapi telah dipercepatkan kepada suatu tarikh yang lebih awal ia itu 6 Mac 2014. Lebih menghairankan rakyat Malaysia lagi ialah tentang verdict yang dijatuhkan pada hari yang sama juga.

Berbagai andaian telah timbul tentang mengapa pihak tertentu begitu tergesa-gesa untuk menjatuhkan hukuman terhadap Saudara Anwar. Dan yang banyak juga dipersoalkanketika itu ialah mengapa ditimbulkan kes yang sudah selesai. Maknanya pihak mahkamah tinggi telah menetapkan yang Saudara Anwar tidak bersalah tetapi pihak tertentu terus ‘mengorek’ semula kes berkenaan agar Anwar dapat ‘direhatkan’

Ada juga yang berpendapat bahawa sekiranya tidak berlakunya pilihanraya kecil di Kajang Selangor pada 23 Mac 2014 maka besar kemungkinannya juga Anwar tidak diperlakukan sedemikian. Itu hanya persepsi rakyat terbanyak. Mungkin ada betulnya juga anggapan sedemikian, memandangkan bahawa manusia yang bernama ‘Anwar Ibrahim’ amat ditakuti oleh pihak-pihak tertentu yang boleh menggugat ‘keamanan’ dan ‘kesejahteraan’ mereka walaupun sebahagian besar rakyat Malaysia berada dibelakangnya.

“Anwar’s conviction and imprisonment removed a major political threat to the government of Prime Minister Najib Razak,…The conviction effectively removed a charismatic opposition leader, already in his late sixties, from politics for a minimum of ten years.” kata Phil Robertson lagi mengulas tentang pemenjaraan Saudara Anwar Ibrahim itu.

Semalam 8 Mai 2017 rombongan penyokong Saudara Anwar Ibrahim telah mengemukakan rayuan kepada Seri Paduka Baginda YDP Agung agar beliau dapat diampunkan untuk membolehkan beliau mengambil bahagian dalam PRU 14 yang akan diadakan pada bila-bila masa saja. Walaupun usaha ini merupakan ‘uphill battle’ namun dengan keizianan Allah, mungkin akan ‘terbuka’ hati dan perasaan pihak YDP Agung baru yang terkenal dengan sifat pemurah dan penyayangnya kepada rakyat. Semoga usaha para penyokong setia yang terus setia semenjak tahun 1999 lagi akan diberkati Allah juga.

Semoga berjaya demi kepentingan negara.

abuhassanadam
9 Mei 2017



No comments:

Post a Comment