Sunday, December 1, 2013


SITI AISHAH ABDUL WAHAB - LONDON

Secara kebetulan aku masih berada di London ketika kisah Siti Aishah diperkatakan. Bercuti. Dalam masa dua minggu kebelakangan ini, kisah ‘penahanan’ tiga wanita (termasuk Siti Aishah) saban hari diperkatakan samada melalui berita TV atupun akhbar. Disibarkan secara meluas.

Dan diberitakan juga tentang kisah kakah Siti Aishah yang datang ke London untuk bertemu dengannya dan memujuk agar adiknya itu pulang bersama-samanya ke Malaysia. Dan daripada sumber-sumber berita yang aku baca, jelas menunjukkan bahawa Siti Aishah tidak mahu pulang ke Malaysia buat masa kini dan akan pulang pada suatu ketika nanti.

Banyak yang ‘memeningkan’ kepala aku apabila berita ini disiarkrkan melalui BBC London. Maksudnya banyak perkara yang ‘pelik-pelik’ yang menerjah benak kepala aku. Mula-mula diberitakan bahawa tiga wanita ini ‘dikurung’ dalam sebuah rumah selama tiga puluh tahun. Bukan satu jangka masa yang singkat. Tiga puluh tahun!.. Dan dikatakan bahawa rumah tempat mereka ‘dikurung’ itu adalah di kawasan perumahan.

Persoalannya ialah apakah jiran-jiran yang berada disekitar tidak tahu menahu langsung tentang adanya sebuah ‘penjara’ disekitar kawasana perumahan mereka yang ‘beropersi’ sudah sekian lama. Mungkin juga agaknya, memandangkan bahawa masyarakat di Britain ini sememangnya tidak mahu ‘menjaga tepi kain orang lain’. Namun begitu diberitakan juga bahawa mereka bertiga (‘banduan’) sentiasa kelihatan pergi ke ‘laundery’. Tertanya juga fikiran aku. Sekiranya mereka ‘dikurung’ dan ‘disiksa’ maka apakah mereka tidak berusaha untuk mencari jalan keluar dari siksaan itu?

Terlalu banyak persoalan yang menerpa di kepala aku.

Akhbar “ London Evening Standard’ bertarikh 27 November 2013 ada menjelaskan sedikit sebanyak kekeliruan yang aku alami beberpa hari sebelum ini. Akhbar berkenaan telah memetik kata-kata Dudley Heslop yang pernah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Balakrishnan’s Mao Zedong Memorial Centre di Brixton dalam tahun-tahun 1970an dahulu.  Katanya,

·      Balakrishnan tried to convince recruits he was like Jesus Christ and he collective was disciplined and run on military lines.
·      Members were cut off from their families and the outside world.
·      Followers were convinced to work full-time and hand over their wages for the revolutionary cause.

Dan banyak lagi perkara yang dibentangkan oleh akhbar ini yang berkaitan dengan kisah Siti Aishah dan rakan-rakannya yang sanggup merelakan diri mereka ‘di kurung’ atas dasar perjuangan dan menegakkan satu idealisme.

Yang anihnya golongan ‘bijak pandai’ ini sanggup dan merelakan diri mereka ditipiu oleh ‘Comrade Bala’ yang mengakui dirinya seperti Nabi Isa dan mereka juga sanggup ‘membuang emak buang saudara’ demi untuk bersama ‘kekasih’ yang tercinta. Bukan itu saja mereka juga sanggup menyerahkan sebahagian daripada gaji dan pendapatan mereka untuk menyara perjuangan yang ‘suci’ itu.

Aku amat simpati dengan keluarga Siti Aishah terutamanya kakaknya yang sanggup ‘bergadai-bergolok’ ke London untuk bertemu dan mengharapkan agar Siti Aishah mengikutinya pulang bersamanya ke Malaysia. Harapannya hampa sekali. Siti Aishah masih tetap dengan pendiriannya untuk terus berada di London. Jauh dari adik beradik dan sanak saudara. Begitu kukuh sekali pegangannga terhadap perjuangannya sebagaimana yang telah ‘diasuh’ oleh ‘Comrade Bala’.

Membaca kisah Siti Aisaha aku teringat juga satu kisah lain yang agak ‘menyayat hati’ juga yang berkaitan dengan kisah ‘terlanjur’ pelajar-pelajar Malaysia yang berada di London. Pada tahun 1997 London telah dikejutkan dengan kisah seorang kanak-kanak pintar dari Malaysia ( Melayu ) yang begitu cemerlang  belajar di Oxford University ketika berumur lebih kurang 12 tahun. ( Namanya aku rahsiakan). Aku masih terbayang lagi muka dan wajah kanak-kanak berkenaan ketika dibawa oleh ibu bapa mereka berjumpa dengan aku di MSD London pada tahun berkenaan. Comel dan aku membayangkan masa depannya yang begitu cerah.

Rupa-rupanya ‘ panas tidak sampai ke petang’. Apabila melangkah zaman remajanya anak yang pintar ini telah meyimpang jauh ke jalan yang tidak diharapkan oleh ibu bapa mana sekali pun di dunia ini. Alangkah hancur luluhnya hati ibu bapa yang mendidiknya dan rakyat Malaysia yang mendoakan kejayaannya.

Kini muncul pula kisah Siti Aishah yang juga boleh menghancur-luluhkan perasaan ibu bapa di Malaysia. Seorang anak pintar pada tahun 1960an adalah merupakan kejayaan pelajar yang luar biasa. Sekiranyalah beliau berjaya dalam pelajarannya di London pada ketika itu dan pulang semula ke Malaysia dan memberi sumbangannya pada negara yang tercinta ini, alangkah bertuahnya. Malangnya beliau tekah mengambil jalan dan menyimpang jauh dari hasrat rakyat Malaysia terbanyak.

Aku bertanya diri ku lagi. Berapa ramai lagikah agaknya anak Malaysia ( Melayu khususnya) yang cerdik dan pintar dan mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka pada awalnya yang terjerumus ke lembah yang tidak dingini ketika melanjutkan pelajaran mereka di luar negara.

Aku terus mendoakan kejayaan anak-anak yang belajar di luar negara.

abuhassanadam
London
1 Disember 2013

No comments:

Post a Comment