PENDATANG HARAM
Denmark, Norway,
Finland, Sweden – BEBAS
Semalam aku naik bas dari Airport Bayang Lepas ke Jetty Pulau
Pinang. Murah. Jikalau naik teksi tambangnya RM 42.00. Kalau naik bas hanya RM
2.70. Warga emas macam aku RM 1.40 sen. Warga emas mana ada duit nak belanja
naik teksi. Tunggu bas le. Lambat le sikit. Taka pa. Apa yang nak dikejar pun.
Bukan ada meeting yang nak dihadhiri macam zaman dulu-dulu.
Sekali sekala naik bas seronok juga. Macam-macam rupa manusia
ditemui. Jikalau zaman aku kecil-kecil dulu, yang ditemui hanyalah ‘muka’
Melayu, Cina, dan India. Tapi kini macam-macam ‘muka’ yang ditemui. ‘Muka’ dari Bangla, Vietnam, Myanmar (
Burma), Indonesia, Filipino,Nepal dan lain-lain. Betul-betul ‘ a melting pot’.
Dalam bas yang aku naiki tu tak ramai muka Melayu. Dalam tiga
orang. Itu pun aku tak tahu samada Melayu tulin ke atau ‘ ‘Constituional
Melayu’. Bercakap Melayu tapi tak rupa Melayu tulin. Yang lain-lain tu ‘
macam-macam ada’. Atas ferry pun begitu juga. Yang ramai berada di atas ferry adalah ‘orang
luar’
Jadi aku terfikir. Apa nak jadinya negara ni? Siapa yang punya.
Katakan negara ni dulunya Tanah Melayu. Melayu le yang punya. Kemudian datang
Cina dan India. Tanah Melayu ( Malaysia ) dimilik bersama oleh Melayu, Cina dan
India. Dengan persetujuan Raja-Raja Melayu, pemimpin Melayu bersetuju menerima
orang Cina dan India dengan syarat orang Cina dan India bersetuju dengan
pemberian hak istemewa kepada orang Melayu.
Sekarang dah datang pula Indonesia, Bangla, Nepal, Myanmar,
Vietnam secara beramai-ramai untuk mencari pekerjaan di Malaysia. Rakyat
Indonesia memang dah lama datang. Semenjak zaman berzaman. Di bandar Kuala
Lumpur dah macam mereka punya. Lihat sahaja pada hari-hari minggu atau cuti
umum, akan dipenuhi oleh mereka. Dalam bas, dalam LRT, KLCC akan dipenuhi
oleh mereka. Seolah-olah rakyat
Malaysia sudah diketepikan.
Buku “Illegal Immigrants and Developemnt in employment in the
labour market of the EU “ oleh Jan Hjarno ada menyatakan bahawa masalah
pendatang haram adalah merupakan masalah yang dihadapi oleh seluruh dunia
kecuali ada empat negara Scandinivia yang dapat mengawal kemasukan pendatang
haram ke negara mereka. Empat negara itu ialah Denmark, Norway, Finland dan
Sweden.
Kebanyakan negara-negara di dunia terpaksa bertolak ansur dengan
pekerja asing disebabkan mereka memerlukan tenaga pekerja asing. Seperti di
Malaysia. Sekiranya tidak ada pekerja asing besar kemungkinannya berlaku
keadaan yang tidak menentu berlaku di Malaysia. Kita ambil satu contoh yang
mudah difahami. Sekiranya tidak ada ‘ maid’ untuk menguruskan rumah tangga
sebahgian besar keluarga di Malaysia, akan tempang perjalanan seharian keluarga
berkenaan.
Timbul macam-macam masalah. Siapa nak masak. Siapa nak jaga anak.
Siapa nak mengemaskan rumah dan bilik tidur. Bagi rumah yang mempunyai kawasan
persekitaran, siapa pula yang akan membersihkan kawasan. Semacam satu keperluan
asasi bagi sesebuah keluarga untuk memiliki seorang pembantu rumah. Mesti ada.
Wajib.
Tapi dikebanyakan negara-negara maju di sebelah barat, tidak pula
sebagai satu kemestian. Tidak banyak keluarga yang menggaji pembantu rumah.
Mereka buat sendiri. DIY. Ini bukan bermakna mereka tidak ada wang. Bukan
bermakna kedua-dua suami isteri tidak bekerja. Tapi mereka tahu menguruskan
rumah tangga bersendirian.
Apa dah jadi dengan masyarakat kita di Malaysia?
Di negara-negara yang bergabung dalam European Union terdapat
lebih kurang 2.6 million pendatang haram yang bekerja di negara-negara seperti
Itali, Perancis, Germany dll . Tetapi terlalu sedikit pendatang asing ( secara
haram ) yang bekerja di negara-negara Scandinivia. Mengapa?
Jan Hjarno dalam bukunya “Illegal Immigrants and Developemnt in
employment in the labour market of the EU “ telah membandingkan bagaimana
negara Belanda yang banyak mengambil pekerja asing dengan negara Norway,
Finnland, Sweden dan Denmark yang tersangat kurang menggunakan tenaga pekerja
asing ( haram ). Setelah
dianalisis, punca yang menyebabkan majikan di negara-negara Scandinivian ini
kurang ( atau tidak langsung ) mengambil pekerja asing adalah disebabkan ‘
tekanan ‘ yang diberikan oleh rakan ataupun kesatuan sekerja yang cuba menyekat penglibatan pekerja
asing. Berbanding dengan keadaan di Belanda yang di kawal terus oleh kerajaan
Belanda.
Masalah pendatang asing ( samada secara halal atau haram ) telah
menimbulkan banyak masalah kepada negara kita walaupun banyak juga
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh negara. Sekiranya betullah apa yang
dikatakan bahawa sudah ramai pekerja asing yang telah diberikan kerakyatan, dan
boleh mengundi dalam pilihan raya maka ini merupakan satu peristiwa malang yang
telah menimpa rakyat di negara ini.
Kesan jangka panjangnya adalah amat parah.
Abuhassanadam
28 Januari 2013
No comments:
Post a Comment