Tuesday, January 1, 2013

The Angry Young Men

THE ANGRY YOUNG MEN

Ada kajian yang telah dijalankan di Malaysia baru-baru ini menunjukkan yang belia akan jadi penentu kemenangan parti yang bertanding dalam Pilihanraya yang ke 13. Maknanya

  • Orang muda sudah ada ‘ bargaining power ‘ yang boleh jadi penentu arah kepimpinan negara. 
  • Orang muda sudah diiktiraf mempunyai kekuatan untuk memihak ke pihak mana yang disukainya. 
  • Orang muda adalah sebagai ‘ conscience of the majority’ 

Sudah lama tidak kedengaran slogan yang mengatakan bahawa ‘ Pemuda Harapan Bangsa ‘ dan “ Puteri Tiang Negara”. Sebenarnya itulah gambaran pemuda yang sebenar. Sukarno, bapa pejuang kemerdekaan Indonesia pernah berkata lebih kurang begini, “Berikan aku 10 pemuda akan ku bebaskan Indonesia sebelum ayam berkokok’

Justeru impact yang akan diberikan oleh para belia Malaysia akan memberi kesan kepada perkembangan politik negara. Dan saya merasakan bahawa

  • Belia pada hari ini bukan merupakan golongan yang boleh ‘ dicocok hidungnya’. Mungkin ada golongan yang sebegini, tetapi bilangannya agak kecil dan tidak memberi bekas. 
  • Cara berfikir orang muda kini amat sukar difahami oleh ‘ orang tua’, dan amat memerlukan satu kefahaman yang jitu untuk menarik dan mengambil hati para belia. 
  • Orang muda harus pula memahami perasaan orang tua agar ada timbal balik yang menguntungkan semua. 

Kemunculan golongan muda yang bersemangat kental kini boleh juga disifatkan sebagai kemunculan ‘

The Angry Young Men ‘ satu ketika dahulu di Great Britain. The Angry Young Men adalah merupakan “ British novelists and playwrights who emerged in the 1950s and expressed scorn and disaffection with the established sociopolitical order of their country. …..The Angry Young Men were a new breed of intellectuals who were mostly of working class or of lower middle-class origin. Some had been educated at the postwar red-brick universities at the state’s expense, though a few were from Oxford………Their writings frequently expressed raw anger and frustration as the postwar reforms failed to meet exalted aspirations for genuine change. (From Wikipedia, the free encyclopedia ) abuhassanadam

No comments:

Post a Comment