AZMIN MESTI BERTINDAK SECARA ‘OFFENSIVE’ –
MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH
Sudah agak lama pembangkang (BN) di Selangor
‘menganggu’ pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Semenjak tahun 2008, pihak
pembangkang (BN) tidak henti-henti menganggu-gugat apa saja rancangan yang
dijalankan pleh Pakatan Rakyat untuk memajukan rakyat Selangor. Seolah-olah
begitu banyak masa terbuang menangani kerenah yang dicetuskan oleh pihak-pihak
tertentu yang matlamatnya mengagagalkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.
Malangnya diperhatikan bahawa sepanjang pentadbirannya, TS Khalid Ibrahim
banyak mengambil sikap berdiam diri ataupun bersikap ‘defensive’ menangani
kerenah-kerenah yang ditimbulkan oleh pihak-pihak berkenaan.
Mungkin dengan kemunculan kepimpinan baru di bawah
YAB Azmin Ali, suasana di Selangor akan berubah wajah. Mungkin hati kecil
Saudara Azmin akan mengatakan bahawa, ‘enough is enough’ kepada pihak yang cuba
mengganggu-gugat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Mungkin YAB Saudara
Azmin akan berpegang kepada peribahasa Melayu,’ membujur lalu melintang patah’
kerana beliau yakin bahawa sekiranya beliau takut ‘bermain ombak takkan lah
beliau berani berumah di tepi pantai’. Aku amat mengenali siapa Azmin sebenar.
‘Kata akan dikotakannya’.
Maknanya rakyat Selangor akan menempuh zaman yang
penuh cabaran untuk menempa kegemilangan. Mungkin pada peringkat awal
pentadbirannya, rakyat Selangor masih mengamalkan sikap tunggu dan lihat
tentang arah tuju dan ‘lintuk-lingguk’ pentadbirannya sebelum membuat sebarang
kesimpulan. Yang jelasnya bahawa pada permulaan pentadbirannya sudah
menampakkan sokongan yang padu daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat
(PKR,DAP dan PAS) mengenai pelantikan barisan exsconya. Dan yang paling
terserlah ialah kejayaan beliau mendapatkan persetujuan DYMM Sultan Selangor
mengenai barisan exconya.
Masih ramai kini yang mempersoalkan tentang
mengapa TS Khalid perlu ditukar dan digantikan dengan orang lain sedangkan
beliau telah memberikan perkhidmatan yang tidak banyak cacat celanya kepada
rakyat negeri Selangor. Aku tidak akan menyentuh isu ini kerana aku merasakan
bahawa pasti ada perkara ‘yang tidak kena’ yang dilakukan oleh TS Khalid
Ibrahim yang memerlukan pihak PKR ‘terpaksa’ membuat perubahan. Dan yang pasti
juga bahawa setiap keputusan yang diambil oleh PKR adalah keputusan ‘consensus’.
Maknanya bukan keputusan DS Anwar Ibrahim seorang ataupun keputusan DS Wan
Azizah. Bukan. Barisan kepimpinan merasakan bahawa pentadbiran TS Khalid Ibrahim di Selangor
belum dapat lagi memenuhi hasrat PKR untuk memajukan Selangor walaupun sudah
sepenggal menerajui negeri itu.
Tugas yang akan dipikul oleh YAB Saudara Azmin
adalah berat. Amat berat. Beliau terpaksa membuktikan kepada rakyat, khususnya
kepada Pakatan Rakyat bahawa corak pentadbiranya adalah lain daripada yang
lain. Saudara Azmin terpaksa membuktikan bahawa Pakatan Rakyat adalah jauh
lebih hebat daripada Barisan Nasional dalam mentadbirkan sesebuah negeri.
Apatah lagi negeri yang ditadbirakn adalah negeri Selangor, negeri yang serba
serbi maju dalam segala aspek. Selepas setahun pentadbirannya nanti, diharapkan
rakyat Selangor akan ‘membuka mata’ dan memberikan ‘markah’ kepada pentadbiran
Pakatan Rakyat. Sekiranga rakyat Selangor memberikan markah kecemerlangan
kepada pentadbiran Saudara Azmin (Pakatan Rakyat) maka tidak ada sebab yang
rakyat seluruh negara akan memberikan undian mereka untuk Pakatan Rakyat
mentadbirkan seluruh Malaysia yang berpusat di Putrajaya.
Persoalannya ialah apakah Saudara Azmin sudah
bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang ini?
Mengenali Azmin, aku yakin yang beliau akan
melakukannya. Tambahan pula apabila melihatkan barisan exco yang baru dilantik
yang pastinya sudah bersedia untuk memikul tugas yang amat berat ini. Dan
setiap Exco yang dilantik seharus sudah bersedia dengan ‘blueprint’
masing-masing tentang rancangan yang hendak dilakukan. Aku amat yakin bahawa
Saudara Azmin tidak akan menunggu bulan hadapan untuk para exconya meneyerahkan
‘blueprint’ berkenaan. Dan pastinya juga tidak ada istilah ‘honeymoon’ bagi
Saudara Azmin dalam melaksanakan tugas yang amat berat ini. Dan orang putih
kata,’ it’s the body that wags the tail’. Mungkin Saudara Azmin akan berpegang
kepada falsafah ini.
Dalam usaha untuk melaksanakan pentadbiran di
Selangor yang bermatlamat menjadikan Selangor sebuah negeri maju dalam ertikata
sebenarnya pasti akan ada halangan-halangan atau gangguan-ganggunan sepertimana
yang dialami oleh TS Khalid Ibrahim. Rakyat Selangor yakin bahawa sekiranya ada
juga gangguan sedemikian, tentulah tidak sebagaimana yang berlaku pada zaman
pentadbiran TS Khalid Ibrahim. Pasti. Ini disebabkan Saudara Azmin amat yakin
bahawa sekiranya ada gangguan sedemikian akan menerima tentangan yang sama kuat
atau lebih kuat daripada gangguan yang datang.
Bak kata peribahasa Melayu, ‘ Membujur lalu
melintang patah’.
abuhassanadam
27 September 2014