Thursday, March 31, 2022

 


MEMYAMBUT KEHADIRAN RAMDHAN

( Aku tuiskan coretan ini semata-mata untuk mengingatkan sejarah lama yang berlakau dalam zaman-zaman yang tidak dilalui oleh ramai orang. Dan aku bersyukur kerana Allah masih memanjangkan umurku. Lantas aku coretan sejarah sosial silam untuk dinikmati oleh anak curu ku yang terkemudian. Dengan sebab itulah ini bukan cerita dongeng tetapi kisah dan sejarah yang betul dengan watak-watak yang dihidangkan ialah watak-watak yang pernah wujud di zaman itu. Nama watak-watak yang dihidangkan adalah nama yang betul – masih ada anak cucu watak berkenaan yang masih tinggal di Kampung Keroh Hilir)

Ramdhan hampir menjelang tiba. Ini bermakna umat Islam akan mula berpuasa. Walaupun merupakan saat berlapar dan dahaga namun bagi umat Islam ia merupakan satu bulan yang membahgiakan. Menyeronokkan dan bagi orang kampung kau ia seperti satu bulan yang penuh pesta.

Kenyataan sedemikian tentunya menghairankan terutama bagi mereka yang tidak pernah merasakan kenikmatan kehidupan di kampung pada tahun-tahun 1950an, 1960an. Dan yang aku paparkan ialah suasana kehidupan di kampung pada ketika berada pada bulan Ramadhan. Aku beranggapan bahawa bukanlah aku seorang yang berperasaan sedemikian, tetapi rakan-rakan sebaya aku juga merasakan demikian pada ketika itu.

Biar aku jangan berselindung ketika menceritakan keadaan mengalami saat berpuasa di kampung aku sekitar penghujung 1950an. Sengaja aku pilih ketika itu kerana untuk aku bayangkan keadaan kampung aku selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Aku harapkan juga dengan pendedahan sedemikian dapatlah rakan-rakan aku ( yang masih ada merasa bahagia membaca coretan ini ) dan juga anak-anak yang ingin merasa dan mengetahui suasana pada ketika itu.

Nama kampung aku – Kampung Keroh Hilir. Terletak lebih kurang dua kilometer dari pekan Padang Rengas. Boleh dikategorikan sebagai desa pingitan. Memang ‘kampung’ betul. Dengan sebab itulah aku selalu membahsakan diri ku sebagai ‘Kampung boy – totok’. Dan aku tidak begitu fasih berbahasa Melayu (baku) melainkan aku amat selesa dengan menggunakan loghat Perak. Pekat!!

Berbalik kepada apa yang hendak aku bincangkan. Menyambut kehadiran Ramdhan di kampung aku. Aku terlintas untuk menulis tentang perkara itu disebabkan pada saat beginilah ( empat atau lima hari sebelum berpuasa) orang kampung aku memilih satu hari untuk membersihkan surau di kampung. Tak besar mana pun surau di kampung ku itu.  Dan hanya ada 29 buah keluarga. Maknanya ada 29 buah rumahlah. Kesemua penduduk di kampung itu (kecil-besar-tua-muda ) aku kenal belaka. Dan apabila sampi hari untuk membersihkan surau, semua akan hadir. Anak kecil pun hadir. Ia merupakan satu pesta.Penuh dengan keriangan dan gelak ketawa.

Jikalau di teliti dari segi keperluan tenaga kerja untuk membersihkan surau itu, dua orang pekerja sudah memadai tetapi disebabkan keadaan dan suasana di kampung itu ‘memerlukan’ pekerja seramai itu maka ramailah yang datang. Dan berakhir sampai tengah hari juga yang disempurnakan dengan ‘berkelah’-  jamuan makan.

“Berkelah’ maksudnya jamuan makan yang berselerak. Maknanya bukanlah seperti menghadiri jamuan khenduri. Hanyalah jamuan nasi dengan lauk-lauk yang dimasak di perkarangan surau berkenaan. Dan lauk-lauk yang dihidangkan juga amat sederhana mengikut kemampuan penduduk di sini. Namun begitu lauk yang dihidangkan adalah seperti Gulai pucuk paku, gulai nangka, gulai pucuk rebung, ikan bakar ( seperti Ikan Keli, Haruan, Puyu, Sepat ) yang diperolehi dengan banyaknya di petak sawah berdekatan dengan surau berkenaan.

Aku masih teringat peranan yang dimainkan oleh beberapa orang ‘tokoh’ yang menghidupkan suasana di kampung ku ini. Encik Kontak boleh dikira sebagai tonggak di kampung ini yang berperanan sebagai tuan Imam yang peranan menjadi imam setiap waktu Maghrib dan Isyak. Pak Din Kayat adalah sebagai Pembantu Imam tetapi beliau jarang-jarang ada Bersama disebabkan beliau bertugas di Kuala Kangsar sebagai Tukang Teket Bas. Abang Zaidun adalah sebagai orang muda yang bertanggung jawab dalam hal-hal anak muda di kampung ku. Sedap suaranya apabila mengaji. Agaknya ramai juga anak dara kampung yang menyimpan perasaan terhdap Abng Zaidun. Orang nya handsoome juga!

Pak Ajid ( Aziz) adalah sebagai ‘pillar’ yang bertanggung jawab ‘menegakkan’ surau ini bersama dengan isterinya Wan Timah (Fatimah). Pak Ajid lah yang menghidupkan surau di kampung ini. Pendek kata sekiranya tidak ada Pak Ajid pada hari membersihkan surau berkenaan, maka besar kemungkinan akan ditangguhkan pada hari yang lain. Pak Ajid juga bertanggungjawab untuk memasak bubur lambuk ( kami panggil kanji) untuk berbuka puasa nanti. Dan upah yang diterima oleh Pak Ajid adalah 0.50sen setiap hari. (Aku masih ingat lagi ‘upah’ ini dimana aku sendiri yang bertanya Pak Ajid dan itulah jawapannya). AlFatihah untuk disedekahkan kepada rohnya.

Selesai ‘berkelah’ makan-makan, ramai-ramai kami akan berehat, bersantai di bawah surau sambil menikmati udara segar yang datang dari Gunung Pondok. Aku tidak dapat membayangkan keindahan pada ketika itu tentang kedudukan surau kami yang terletak berhampiran dengan sawah padi yang terbentang ketika padi menguning dan amat sedap mata melemparkan pandangan kearah sawah padi yang terbentang berlatarbelakangkan Gunung Pondok ( yang kini hampir musnah dimakan oleh kemajuan zaman)

Semacam puas hatilah penduduk kampung aku setelah menjalankan tugas membersihkan surau dan hanya menanti sampainya Ramadhan yang ditunggu-tunggu.


Abuhassanadam

1 April 2022 



Thursday, March 17, 2022

 MENCARI PENGGANTI ANWAR

Tentulah aku terpanggil untuk menyatakann sesuatu apabila muncul isu kontroversil berkaitan denga Anwar Ibrahim.Ada juga yang memperoalkan mengapa Saudara Anwar masih tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Presiden PKR sedangkan sudah ada petunjuk yang menunjukkan bahawa seolah-olah Saudara Anwar sudah tidak begitu relevan untuk memimpin Parti Keadilan Rakyat.

Betulkah begitu?. Betulkah Saudara Anwar sudah tidak begitu relevan lagi dalam arena politik tanah air.

Jikalau begitu anggapan majoriti rakyat Malayasia,khususnya dari ahli PKR sendiri, maka sudah sampai masanya Saudara Anwar mengundurkan diri. Soalnya siapakah yang akan jadi penggantinya.

Aku berkesempatan bertemu dan berbincang dengan beberapa orang anak muda yang rata-rata berumur 20 dan 30 tahun.Aku tanyakan apa yang mereka tahu dan faham mengenai Saudara Anwar Ibrahim. Hampir keseluruhannya menyatakan yang Saudara Anwar dipenjarakan kerana kesalahan dan diputusakn oleh mahkamah.Hanya satu atau dua orang yang mahu berbincang mengenai mengapa beliau dipenjarakan dan melahirkan rasa kecewa mereka terhadap tindakan yang dikenakan ke atas beliau. (Dan secara kebetulan apabila disiasat latar belakang anak muda berkenaan, beliau adalah anak kepada seorang guru dan secara kebetulan bapanya adalah ‘Otai’ Reformasi.

Aku amat terkejut juga apabila diberitahu bahawa pengaruh Saudara Anwar agak menurun dan tidak sepertimana pada zaman-zaman keagungan beliau. Jawapan yang diberikan amat ‘membuka mata’. Ramai anak muda kini tidak mengenali Anwar Ibrahim sebagaimana anak muda yang seangkatan dengan beliau samada ketika bersekolah atau ketika berada di University ataupun ketika terlibat dalam persaatuan dan politik. Pandangan mereka terhadap Anwar Ibrahim amat berbeza dengan ‘orang muda’ ( tahun 70an, 80an, 90an). Dan tentunya mereka juga telah dipengaruhi oleh pandangan nagatif terhadap beaiu disebabkan oleh pengaruhfahaman politik.

Terus terang aku katakana yang aku masih mencari anak siapa yang boleh menggantikan peranan yang telah dimainkan oleh Anwar Ibarhim. Masih tidak Nampak ‘tokoh anak muda’ yang dilantik sebagai Pengerusi Penasihat Belia Bangsa-Bangsa Bersatu sebagaimana yang pernah disandang oleh Anwar Ibrahim. Tidak Nampak ketokohan anak muda kini yang sanggup menjadi ahli forum ( melibatkan dua orang tokoh Saudara Lee Kuan Yew dan Dr. Mahahthir Mohammed), menyatakan pandangan beliau sebagai seorang mahasiswa.

Begitu ramai anak muda di Malaysia yang tidak mengetahui sejarah hidup dan perjuangan Saudara Anwar Ibrahim ketika dibangku sekolah (Malay College Kuala Kangsar) ataupun ketika di University Malaya (Presiden Persatuan Bahasa Melayu University Malaya dan Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia. Banyak lagi persatuan yang diceburi sebelum melibatkan diri dalam politik.

Dalam diam-diam aku masih mencari ‘pengganti’ Saudara Anwar. Melalui pengamatan aku belum ada lagi tokoh anak muda yang boleh menggantikan peranan yang telah dimainkan oleh Saudara Anwar. Ketika menjawat jawatan Pegawai Khas kepada Menteri Pendidikan ( DS Abdullah Badawi dan Saudara Anwar Ibrahim (akhir 1980an dan awal 1990an) walaupun tugas aku bukan mencari pengganti Anwar Ibrahim, namun aku masih mencari-cari siapakah anak muda yang layak mengambil tempat Anwar Ibrahim.

Tidak ada! Malang sekali.

Tahun 1995, aku ditugaskan sebagai Pengarah Jabatan Penuntut Malysia di United Kingdom dan Eire. Peluang terbuka luas untuk mencari ‘pengganti’ Anwar Ibrahim. Takkan lah daripada 35,000 pelajar Malaysia tidak akan terjumpa seorang tokoh anak muda untuk mengambil tempat Anwar Ibrahim. Mesti jumpa. Hanya menunggu lambat dan cepat sahaja.

Dalam satu majlis yang dihadiri oleh YTM Sultan Azlam Shah ( Sultan Perak – Sultan negeri teman tu), di Hotel Dochester, London seorang anak muda telah memperkenalkan dirinya mengatakan yang beliau adalah penuntut di Cambridge. Dan beliaulah yang bersungguh-sungguh benar menjemput aku agar hadir pada majlis yang dia juga berperanan besar di situ ( sedangkan aku baru saja menjejakkan kaki di bumi mat salleh). Ini keadaan luar biasa. Hebat ‘budak’ ini kata hati kecil ku. ADLAN BENAN BIN OMAR Namanya.

Bermula dari situlah hubungan aku dan Adlan Benan amat rapat. Dan setelah aku siasat dan selidiki memang dia amat tepat menggantikan peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim.Pernah satu hari beliau menyatakan pada aku yang dia akan akan menyanggah pendapat dan pandangan DS Anwar Ibrahim yang pada ketika itu sebagai Menteri Pendidikan. 

“Pak Abu tak apa ke?’ Dia minta kepastian pada aku ia itu tentang hasratnya untuk berbeza pendapat dengan Saudara Anwar Ibrahim.

“Takda masalah’ jawab ku. Pada keesokan harinya beliau telah menghantar sebeban kertas disamping hujjah yang begitu padat untuk aku sampaikan kepada Saudara Anwar Ibrahim. 

Bermula saat itulah rapatnya perhubungan antara Saudara Anwar Ibrahim dengan Adlan Benan.Dan ketika dalam satu majlis di Malaysia Hall London, aku serahkan tugas mengendalikan majlis berkenaan kepada Adlan Benan dan rakan-rakannya dari UKEC (United Kingodm Excutive Council).

1997 (jikalau tak silap) Adlan Benan dah tamat pengajian di Cambridge dan akan pulang ke Malaysia. Tentulah berlaku perubahan dari segi pentadbiran dalam UKEC. Aku bimbang persatuan yang ditubuhkan itu gagl berfungsi sepenuhnya.

“Siapa ganti kamu Lan?’ Tanya ku pada suatu hari.

“RAFIZI RAMLI” katanya ringkas.


(akan ku sambung coretan ini walaupun menyayat hati siapa yang membacanya)


Abuhassanadam

17 Mac 2022


Wednesday, March 2, 2022

 ANWAR IBRAHIM MEMBENTERAS PENYELEWENGAN YANG BERTERUSAN

Persoalan penyelwengan nampaknya tidak pernah selesai. Kini kisah IMDB terus menerus menghantui pemikiran rakayat Malaysia yang dicetuskan oleh kepimpinan negara yang bukan calang-calang orang. Mungkin boleh dapat diredakan sekiranya pemimpin negara ( pemimpin dalam erti kata yang sebenarnya) mengambil sesuatu tindakan tegas.Tindakan bersepadu seluruh pemimpin ( kerajaan dan pembangkang) yang sedar tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

Pepatah Melayu ada mengatakan, kalua tidak ada angin, masakan pokok bergoyang. Dalam hal IMDB bukan sahaja angin sepoi-sepoi Bahasa yang menyebabkan terlintuk dan terliuknya daun kelapa ditepi pantai Terengganu, tetapi rebut dan taufan dari Amerika sendiri yang membawa berita menggemparkan itu. Anwar Ibrahim menyinga di parlimen. Entah berapa kali sudah beliau ‘naik minyak’ mengenangkan kisah rasuah yang tidak menampakkan bila ‘padamnya’ isu berkenaan. Dalam hal sebegini seolah-olah menampakkan hanya segelintir ahli parlimen yang bersungguh-sungguh untuk membenteras penyelwengan sedemikian.

Malaysia sudah ada pengalaman dikejutkan dengan penyelwengan kewangan. Maknanya Malaysia sudah melalui peristiwa perit sedemikian. Rakyat mengharapkan agar pisang tidak akan berbuah dua kali. Diharapkann tidak akan berulang peristiwa seperti skandal Bank Rakyat dan Bumipuetra Finance (BMF). Masyarakat Melayu khususnya sudah begitu perit dengan peristiwa beberapa skandal kewangan yang hampir meruntuhkan keyakinan masyarakat terhadap agensi-agensi kerajaan yang diasaskan oleh orang Melayu. Kesannya terhakislah keyakinan orang Melayu terhdap yang ditubuhkan oleh bangsanya sendiri.

Mujurlah anggapan sedemikian belum meluas atau pun sudah cukup meluas! Mujurlah ada sedikit demi sedikit rekod kejayaan anak-anak Melayu dapat mengikis perasangka sedemikian. Apakah keyakinan positif ini akan terus mekar? Ini yang membimbangkan Saudara Anwar Ibrahim. Sebagai ketua pembangkang beliau akan terus menerus menentang dan membenteras perbuatan yang amat jijik ini. Mungkin bagi beliau kedudukan keyakinan bangsa Melayu sudah sampai ke peringkat yang amat membimbangkann dengan berleluasanya  IMDB. Tambahan pula ramai para pemimpin dari pihak kerajaan seolah-olah bersekongkol dengan kegiatan penyelewengan IMDB itu.

Ketika mennyandang jawatan Menteri Kewangan Malaysia Anwar Ibrahim dengan bersungguh-sungguh berusaha untuk memerangi sebarang penyelwengan yang berlaku. Katanya,


“Saya akan berhadapan dan menceritakan hal seumpama itu 

          pada orang ramai khususnya ahli UMNO dan berharap mendapat 

          sokongan mereka. Jika usaha saya membenteras penyelewengan 

        dan pembaziran tidak mendapat sokongan saya rela meletakkan 

        jawatan. Jika usaha itu diterima, serahkan saja pada orang yang 

        hendak mengikut cara lama yang pernah mereka amalkan. 

        Hanya melalui kebenaran sahaja satu cabaran baru dan wawasan 

        yang diimpikan akan terlaksana sepenuhnya”

(Berita Harian 12 Oktober 1991)

Persoalan penyelewengan nampaknya tidak pernah selesai. Mungkin boleh dapat direda atau dikurangkan sekiranya ‘orang UMNO’ mengambil tindakan tegas mahu menghapuskan penyelewengan dan rasuah dalam ertikata yang sebenarnya. Telah dikatakan bahawa amalan rasuah di Malaysia sudah semacam ‘berakar dan berumbi’ dan tentunya amat sukar untuk dicabut. Tentunya memerlukan satu tindakan bersepadu para pemimpin kerajaan dan pembangkang yang sedar tentang tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.

PRN Johor akan menjadi kaya pengkurnya kesediaan para pengundi di sana menentang penyelwengan khususnya yang berkaitan dengan IMDB. Sekiranya isu IMDB masih bermaharajalea di PRN Johor dan membawa kemenangan kepada Barisan Nasional bermakna persoalan penyelwengan akan terus menghantui negara dan bangsa kita Malaysia yang tercinta.


Abuhassanadam

3 Mac 2022


 MENGHADAPI SPM - DULU DAN KINI

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah hampir tiba. Dan aku amat faham tentang kesibukan yang akan dialami oleh para pelajar kita. Bukan sahaja pelajar yang akan menduduki peperiksaan berkenaan tetapi ibu bapa juga sibuk menyediakan ‘persiapan’ yang sesuai untuk anak menduduki peperiksaan berkenaan dan dengan harapan kesan daripada apa yang dilakukan nanti akan mendatangkan kebaikan untuk anak di masa hadapan.

Dalam suasana yang sebegini teringat aku tentang suasana aku dan rakan-rakan aku menghadapi peperiksaan SPM ( dulu dipanggil Senior Cambridge)  puluhan tahun yang lampau. Apakah ‘nasib’ sebagaimana yang kami (budak kampung) lalui pada  tahun-tahun 1950an itu masih sama keadaannya pada tahun 2022 atau dengan lunak disebut sebagai ‘awal kurun ke 21’. Jikalau ada perubahan, apakah bentuk perubahan yang telah berlaku yang telah mengubah nasib anak bangsa. Dan sejauh mana perubahan itu telah berlaku. Apakah dalam suasana negara merdeka, telah mengubah sebenar-benarnya nasib orang Melayu. Atau apakah masih ‘di takuk lama’?

Aku amat yakin bahawa sebenarnya ‘PENDIDIKAN’ lah yang telah mengubah ‘nasib’ aku dan adik aku dan disebabkan ‘kecerdikan dan kepintaran dan kesedaran’ arwah bapak kamilah yang telah menjadikan kami ‘manusia berguna’ (rasa-rasanya begitulah!). Tidak ramai ibu bapa yang memeiliki ‘pandangan’ serupa ibu bapa aku pada ketika itu yang sanggup ‘berkorban apa saja’ demi memberikan Pendidikan pada anak-anak. Tidak ada contoh yang hendak diikuti oleh mereka (orang kampung ) pada ketika itu.Maksud aku tidak ada ‘tokoh’ yang mereka boleh contohi yang menunjukkan bahawa Pendidikan merupakan ‘tanaman modal’ yang amat berguna pada kehidupan anak-anak pada masa hadapan.

Lantas ‘terbiarlah’ anak-anak kampung ‘melayari’ nasib masing-masing tanpa ada haluan yang boleh menjamin kehidupan mereka pada hari-hari yang mendatang.

Menjelangnya peperiksaan SPM kini terlintas juga difikiran aku bahawa apakah nasib anak kampung masih sama dengan nasib sebagaimana yang aku lalui ketika menghadapi peperiksaan SPM pada suatu ketika dahulu. Yang pastinya ialah bahawa anak-anak aku dan cucu aku tidak menempuh pengalaman yang sama seperti aku ketika menduduki peperiksaan SPM dulu. Syukur. Kesan dan ekoran daripada ‘sumbangan’ Pendidikan yang diberikan oleh datuk nenek mereka kepada aku  telah dapat aku mengubah nasibku dan nasib anak-anak dan cucuku.

Berbalik kepada persoalan yang ingin aku ketengahkan ialah apakah masih ada ( atau masih ramai lagi) pelajar-pelajar yang ingin menduduki peperiksaan SPM terpaksa melalui pengalaman pahit yang berbagai-bagai untuk menduduki peperiksaan berkenaan. Biarlah ‘pengalaman pahit’ sebagaimana yang dilalui oleh generasi 1950an, 1960an itu berlalu dan janganlah lagi hendaknya ‘berulang’ peristiwa sedemikian. Itulah sepatutnya hadiah kemerdekaan yang paling berharga diberikan kepada anak bangsa.

Malangnya kita masih lagi mendengar rintihan dan keluhan anak-anak kampung yang kurang bernasib baik mengalami berbagai pengalaman pahit ketika menghadapi pelajaran dan khususnya apabila berhadapan dengan peperiksaan SPM. Apatah lagi apabila ‘bergelut’ dengan pendemik yang melanda negara pada ketika ini. Telinga kita sentiasa ‘dipantak’ dengan kisah-kisah sedih yang dihadapi oleh anak-anak kampung ( yang ditekan kemiskinan) ketika menjelangnya peperiksaan SPM .

Yang sedihnya para pemimpin negara sentiasa meletakkan kesalahan kepada rakyat yang menyebabkan timbulnya keadaan sedemikian. Rakyat yang dipersalahkan apabila anak-anak mereka gagal dalam pelajaran. Betul. Tetapi apakah semua kesalahan diletakkan kepada bahu rakyat. Apakah setelah berpuluh-puluh tahun negara ini mencapai kemerdekaan, rakyat di luar bandar masih belum terbela.

Sampai masanya pengundi di Johor, khususnya yang tinggal di luar bandar memikirkan cabaran ini. Aku merasakan apa yang sedang dihadapi oleh pengundi di Johor adalah satu cabaran. Janganlah sentiasa diperbodohkan dengan kata-kata manis yang kesannya akan merugikan diri sendiri.

Buatlah keputusan yang bijaksana.

Abuhassanadam

2 Mac 2022




Monday, February 28, 2022

 HINA BENAR KAH MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU?

Mungkin baru disedari tentang pentingnya kepimpinan negara memberikan penekanan tentang pentingnya penggunaan Bahasa Melayu (Bhasa Kebangsaan) di medan perbincangan antara bangsa. Hal sebegini sepatutnya disedari oleh kepimpinan negara sudah lama. Mungkin 'sedarnya' sudah lama tetapi tidak diamalkan dan mungkin juga tidak dipedulikan. Mungkin!

Sebenarnya memang sudah agak lama aku 'mengidam' untuk menulis isu tentang orang Malaysia yang begitu gemar menggunakan bahasa Inggeris. Sebentar tadi betul-betul menyebabkan aku terpanggil untuk menulis mengenainya. Kata orang putih, ' it was the last straw that broke the camel's back' (jutaan maaf kerana menggunakan peribahasa Inggeri disebabkan ketiadaan peribahasa Melayu untuk menjelaskan keadaan sedemikian).

Seorang pegawai tinggi kerajaan Malaysia telah menggunakan Bahasa Inggeris untuk menjelaskan tentang sesuatu. Yang menyebabkan aku hairan ialah mengapa si pegawai menggunakan Bahasa Inggeris sedangkan dia bercakap memberi penjelasan kepada majoriti orang Melayu. Apakah si pegawai tidak boleh berbahasa Melayu?. Mustahil. Apakah susah benar menjelaskan sesuatu dalam Bahasa Melayu disebabkan kebanyakan istilah yang digunakan oleh bank menggunakan Bahasa Inggeris. Apakah begitu keadaannya?

Semenjak TS Syed Nasir Ismail masih hidup dan bermulanya beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka beliau sudah mula menyarankan agar digunakan Bahasa Melayu secara meluas. Kemudian hampir setiap masa para pemimpin kerajaan diseru agar digunakan Bahasa Melayu dalam penyampaian di media eletronik khususya supaya dapat dilihat tentang amalannya. Seruan dan saranan itu semacam tidak dipedulikan oleh kebanyakan pemimpin.

Ramai dikalangan pemimpin kerajaan masih menggunakan Bahasa Inggeris semacam satu kehebatan dan kebanggaan sekiranya menggunakan Bahasa Inggeris dalam menyampaikan sesuatu. Atau apakah mereka merasa terhina sekiranya menggunakan Bahasa Melayu. Tetapi yang anihnya ialah kebanyakan mereka sebenarnya tidak fasih berbahasa Inggeris pun berdasarkan cara mereka menggunakan perkataan dan struktur ayat yang lintang pukang. Tentulah amat memalukan juga perbuatan sedemikian, namun mereka masih mahu berbahasa Inggeris.

Berbanding dengan sikap kaum Cina yang terdidik dari Indonesia. Aku kagum dan terperanjat apabila berhadapan dengan suatu keadaan di mana beberapa orang pemuda Cina berbual sesama mereka menggunakan bahasa Indonesia. Bagi aku itu merupakan pencapaian yang paling hebat sistem pendidikan di Indonesia yang berjaya memertabatkan Bahasa Indonesia dikalangan rakyatnya yang juga berbilang kaum.

Aku tak faham dan sentiasa mencari jawapan mengapa penduduk Malaysia (Melayu ke, Cina ke, India ke) amat suka menggunakan Bahasa Inggeris ataupun tidak suka berbahasa Melayu. Mungkin agak keterlaluan sekiranya aku mengeluarkan kenyataan begini. Tetapi pada umumnya itulah hakikatnya jika diperhatikan sikap orang Malaysia.

Bahasa Inggeris amat penting sebagai bahasa antarabangsa. Aku setuju. Tetapi malangnya ramai juga pegawai kita yang bertugas sebagai diplomat di luar negara tidak fasih berbahasa Inggeris yang menyebabakan orang dari negara lain memandang rendah ke atas kebolehan dan kemampuan pegawai kita. Ini merupakan masalah yang tidak didedahkan secara meluas oleh kepimpinan negara. Disamping itu tidak ramai pemimpin politik di negara kita ( yang terdiri dari para menteri dan timbalan menteri ) yang fasih menggunakan bahasa Inggeris. Dengan demikian tentulah terdapat kelemahan yang amat ketara sekiranya mereka menggunakan hujjah-hujjah mereka. 

Harus disedari bahawa kepimpinan negara kita amat lemah dalam banyak hal. Sepatutnya sudah lama harus disedari tentang kepincangan demikian dan sudah lama harus diperbetulkan. Tidak hairanlah jika dibandingkan antara para diplomat ‘zaman dulu’ dengan para diplomat ‘zaman kini’ maka prestasi orang dulu-dulu jauh lebih hebat. 

Kesimpulannya dalam hal sebegini, ‘Bahasa Melayu dijunjung Bahasa Inggeris ( dan Bahasa-bahasa lain) dikelek.

Abuhassanadam

28 Februari 2022



Saturday, February 26, 2022

 PRN JOHOR – SEMACAM PUSAT MENCARI PEKERJAAN

Tidak pula dikatakan seratus peritus begitu - sebagai ‘medan cari makan’ namun melihat kepada keadaan sepintas lalu dapat memberikkan gambaran kepada kita bahwa semacam para calon berebut-rebut untuk menambat hati pengundi agar mereka dicalonkan dan menjadi wakil rakyat. Dan apabila menjadi wakil rakyat mereka akan ‘berkhidmat’ (kononnya!) untuk memajukan kehidupan rakyat yang diwakili. Begitulah keadaannya saban tahun semenjak negara ini mencapai kemerdekaan lagi. Seribu janji diberikan kepada rakyat Melayu (khususnya) dan amat sukar ditepati walaupun tidak dinafikan ada juga janji yang ditepati.

Ada wakil yang betul-betul komitted untuk berkhidmat memajukan rakyat dan negara. Tetapi soalnya ‘berapa kerat?’ Telah terbukti bahawa apa yang diperhatikan ialah apabila sudah mendapat tempat dan ‘dipilih’ oleh rakyat, mereka akan menggunakan kedudukan mereka untuk ‘mewajarkan’ kedudukan mereka sebagai wakil rakyat. Maksudnya mereka akan menggunakan segala kesempatan yang ada demi untuk memberikan kesenangan kepada diri dan sanak saudara. Buatlah bancian dari segi apa sekali pun akan tetap memperlihatkan bahawa hampir semua wakil rakyat di Malaysia berada dalam keadaan yang senang lenang. Bukan sahaja wakil yang dipilih ke Parlimen atau DUN, malah para pengikut mereka juga hidup dalam keadaan senang lenang.

Keadaan ini merupakan satu hakikat yang tidak dapat dinafikan. Bagaimana keadaan boleh jadi begini tidaklah dapat dipastikan. Terpulanglah kepada pihak wajib dalam kerajaan untuk menjawab persoalan sedemikian, samada wang yang diperolehi mereka itu melalui cara yang dibenarkan oleh kerajaan dan undang-undang atau sebaliknya.

Rakyat tahu dan rakyat nampak keadaan yang sedemikian, tetapi rakyat terus menerus memberikan sokongan dan terus memberikan undi kepada mereka. Lihat sahaja keadaan yang dilalui oleh UMNO dalamParti PERIKATAN dan kemudiannya UMNO dalam BARISAN NASIONAL. Bermula dari zaman selepas MERDEKA sehinggalah kini, paara pemimpin UMNO masih memberikan janji hampir serupa kepada rakyat. Dan yang peliknya rakyat yang bernama ‘Melayu’ it uterus percaya dan percaya dan terus memberikan undi kepada mereka.

Para pemimpin UMNO dan pemimpin lain yang ‘sewaktu dengannya’ kadang-kadang menggunakan ‘Fear Paradigm’ untuk menakutkan orang Melayu agar terus menerus memberikan sokongan terhadap mereka. Yang menjadi ‘mangsa’ tentunya parti DAP yang sentiasa digembar-gemburkan sebagai parti yang merbahaya kepada orang Melayu. Itulah ‘slogan’ yan digunakan oleh mereka hampir setiap kali menghadapi pilihanraya. Kita tidak tahu sampai bila agaknya orang Melayu boleh ‘termakan’ dan ditakutkan dengan ‘slogan’ sedemikian. Hanya masa yang akan menentukan. Mungkin PRN Johor akan mengubah segalanya. Kita sama-sama berdoa.

Malangnya ( atau yang menguntungkan golongan berkenaan!) ialah orang Melayu yakin dan percaya dengan kata-kata yang ‘ditaburkan’ oleh mereka. Keadaan sebegini berlaku semenjak sebelum merdeka lagi, ia itu semenjak orang Melayu belum mendapat Pendidikan yang sempurna, ia itu sebelum ramai orang Melayu yang lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dan selepas ramai orang Melayu yang lulus peperiksaan berkenaan  (yang memberikan petunjuk bahawa orang Melayu sudah mula agak cerdik) keadaan dan sikap mereka tidak banyak berubah.

Orang Melayu ( bukan sahaja di kampung tetapi di bandar-bandar juga) tidak banyak berubah. Mereka masih lagi memberikan sokongan kepada para pemimpin UMNO (BARISAN NASIONAL) yang memberikan kata-kata manis kepada mereka yang lantas terus menerus memberikan kemenangan Barisan Nasional untuk memerintah negara ini. Apakah ‘kain batik’ atau ‘kain pelikat’ masih berperanan dalam menentukan menang kalah seseorang calon itu.

Apakah pengundi di PRN Johor masih berada ‘ditakuk’ lama yang boleh diperkotak-katikan oleh calon-calon yang menabur janji dan akhirnya hanya janji yang tidak ditepati. Rakyat Johor dianggap sebagai pengundi modern yang amat faham selok belok ‘tipu-helah’ dalam sesuatu Pilihanraya’. Diharapkan kali ini mereka membuat pilihan yang tepat.

Kita berdoa sama-sama.

Abuuhassanadam

26 Februari 2022


Thursday, February 24, 2022

 UMNO MUNCUL DAN MUNGKIN KECUNDANG DI JOHOR 

Berdasarkan laporan Malaysiakini yang tertera di bawah tentulah amat mengejutkan dan amat memalukan. Bukkan saja memalukan tetapi menjatuhkan maruah bangsa Melayu khususnya dan bangsa Malaysia amnya.

Lihat petikan di bawah.

 Leissner had affairs with three M'sians, two are politically connected

Published:  Feb 23, 2022 5:43 PM

Updated: Feb 24, 2022 12:35 AM

  Disgraced former Goldman Sachs banker Tim Leissner has revealed that not only did he score a big deal in Malaysia, he found love too - thrice.Testifying before a US court in the trial against Roger Ng, Leissner revealed this when the prosecutor asked him about his trip to Beijing in 2009.Leissner, Ng and Low Taek Jho had travelled to Beijing, coinciding with Najib Abdul Razak's first official trip abroad as prime minister on June 4 and June 5. Najib was received by then Chinese president Hu Jintao and premier Wen Jiabao.According to court transcripts, the prosecution showed Leissner email printouts to which the witness explained were related to setting up meetings in Beijing with Low, also known as Jho Low, and also government officials.When Leissner was asked who he was travelling with, he revealed it was the niece of a former Sarawak chief minister. At the time, Leissner was legally married to someone else.

Banyak lagi yang diperkatakan yang tentunya amat memalukan rakyat Malaysia. Mungkin selama ini sudah banyak terdedah mengenai sikap dan perangai rakyat Melayu ketika berada di luar negara tetapi dengan tersiarnya pendedahan oleh Tim Leissner ini menambahkan lagi lunturnya maruah Melayu di mata dunia.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa bangsa Malaysia tidak tahu ‘nak letak muka dimana’ dengan pendedahan ini. Jikalau pada suatu ketika dahulu rakyat Malaysia boleh berjalan ‘walking tall’ di mana saja kita pergi, namun pada hari ini kita terpaksa berjalan sambil ‘menyorokkan diri’ kerana malu dengan perbuatan segelintir manusia sudah cukup memalukan bangsa kita, oleh pemimpin yang kita letakkan harapan untuk menegakkan maruah bangsa kita – bangsa Meayu yang diagung-agungkan.

Malangnya peristiwa malang yang menimpa bangsa Melayu berlaku dalam masa pemerintahan UMNO/ Barisan Nasional dan yang anihnya pula para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional masih menyalah dan menuding jari kearah Pakatan Harapan yang menyebabkan keadaan sedemikian. Sudah sampai masanya rakyat Johore membuat keputusan dan memberikan isyarat bahawa mereka merasa bersalah mengundi UMNO dan Barisan Nasional pada pilihanraya yang lepas-lepas berdasarkan apa yang diungkapkan oleh Tim Leissner itu.

Bangsa  dan rakyat Johor bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan bangsa Melayu yang sudah keliangan maruah ini. Bangsa Johor adalah bangsa yang bermaruah dan kita faham bahawa wujud dan munculnya tokoh seperti Dato Onn Jaafar dan Tun Dr Ismail adalah lambang keagungan bangsa Melayu yang bermaruah.

Wahai bangsa dan anak Johor, pertahankan hakikat sedemikian dalam PRN yang bakal diadakan.

Abuhassanadam

24 Februari 2022


Monday, February 21, 2022

 HANYA  SEKATI DAGING 

Setiap kali diadakan pilihanraya di Malaysia pastinya aku teringat dan terpancar di fikiran aku tentang cara-cara berkempen yang dijalankan oleh calon-calon yang bertanding pada ketika itu. Tentulah amat berbeza cara perayu undi pada ketika itu berbanding dengan yang berjalan sekarang.

Budaya ‘pilihanraya’ baru saja diperkenalkan pada ketika itu, tentang suasana pilihanraya yang akan aku perkenalkan. Baru saja mencapai kemerdekaan. Tahun-tahun 1960an dan awal 1970an. Jadi sudah tentulah rakyat di Malaysia pada ketika itu amat asing dengan proses pilihanraya yang diadakan. Dan yang pastinya ialah UMNO seolah-olah memonopoli pemikiran rakyat (Melayu) pada ketika itu walaupun ada parti PAS yang cuba memepengaruhi pemikiran orang Melayu namun tidak begitu berkesan walaupun ada kejayaannya.

Yang akan aku kisahkan dalam rencana ini ialah tentang cara berkempen yang dijalankan oleh calon untuk memenangi hati rakyat. Ini cerita benar yang aku saksikan dengan mata kepala aku. Cerita dan kisah seorang wakil rakyat dari UMNO yang berkempen dan mempengaruhi orang kampung aku – Kampung Keroh Hilir, Padang Rengas, Perak.

Ini kisah seorang calon pilihanraya yang bernama Encik Shafie bin Mat Saman. Hebat orangnya. Berkempen dalam pilihanraya dalam tahun-tahun 1960an atau awal 1970an di Kawasan Padang Rengas. Dan yang aku pasti, Encik Shafie Mat Saman bukan orang Padang Rengas tetapi aku difahamkan beliau berasal dari Kawasan Manong, Kuala Kangsar tetapi semacam sebati dengan orang Padang Rengas. Beliau disukai oleh orang kampong persekitaran Padang Rengas.

Masih aku terbayang dimataku bagaimana Encik Shafie mempengaruhi dan berkempen untuk menawan hati Opah aku -Alang Halimah. Aku kisahkan kisah ini untuk menunjukkan kepada anak muda kini tentang teknik dan berbagai cara berkempen menawan hati pengundi.

Encik Shafie pasti akan singgah sebentar di rumah aku sekiranya dia nampak yang Opah aku berada di muka pintu rumah. (Rumah kampung dimana penghuninya sentiasa berada di depan pintu – untuk mendapatkan fresh air agaknya). Tak payah diundang. Dia terus manjat tangga dan terus duduk disebelah Opah aku. Dan secara kebetulan pada ketika itu Opah sedang ‘merojak’ sirih, makanan selingan orang kampung pada ketika itu.

Encik Shafie tanpa diundang terus makan sirih yang ‘dirojak’ oleh Opah.

“Sedap sirih yang dirojak oleh Wan Alang’ katanya. Wan Alang adalah panggilan untuk Opah aku.

Opah hanya tersenyum menerima pujian. Encik Shafie akan terus bersembang dan bersembang dengan Opah tanpa meminta Opah ‘memangkah’ kapal layar, symbol parti UMNO (Perikatan) pada ketika itu. Tidak ada sogokan wang dihulurkan. Tidak ada. Mungkinlah jikalau ada pun ‘rasuah’ Encik Shafie kepada Opah aku ialah dalam bentuk pemberian satu kati daging kerbau menjelang hari raya. Tidak pun pernah dianggap sebagai sogokan rasuah.

Teknik sedemikian ( berbaik-baik dengan pengundi) yang digunakan pada ketika itu. Mungkin prinsipnya ialah, ‘ buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali’. Semacam sudah tertanam perasaan kasih saying antara pemimpin dengan pengikut yang amat sukar untuk ‘diceraikan’ pada ketika itu. Hubungan mesra antara pemimpin-pengikut terus menerus dilakukan dan tidak hanya dilakukan pada musim pilihanraya semata-mata.

Kaedah sedemikian harus dipelajari oleh pemimpin masa kini.

Abuhassanadam

21 Februari 2022


Thursday, February 17, 2022

 



MALAYSIA SEMAKIN KETINGGALAN


“I have had the privilege of meeting many of the world’s leaders over the past 40 years. None has shown greater insight, imagination and creativity than Lee Kuan Yew. 

Kata  Henry Kissenger, bertarikh August 2nd, 2011.

Aku amat merindui untuk mendapatkan pandangan pemimpin luar negara berkaitan dengan pemimpin negara kita. Maksud aku kata-kata pujian yang boleh menenangkan hati dan fikiran. Cuma dalam tahun-tahun 1980an dan 1990an sahaja yang sering aku mendengar pujian terhadap pemimpin kita terhadap kehebatan DS Dr. Mahathitr Mohammed dan Saudara Anwar Ibrahim.

Pada zaman itu sememangnya pemimpin kita disanjung dan dipuja di seluruh dunia.Pergilah ke mana pun, nama Malaysia akan sentiasa disebut-sebut, malah begitu harum dan semerbak sekali. Bukan sahaja di negara-negara Arab dan negara Islam, malah di negara-negara Barat sekalipun pemimpin kita disanjung dan dipuja.

Pernah pada suatu hari, aku diketemukan dengan suatu keadaan London di mana seorang wanita Inggeris sedang membelek-belek nama ‘Malaysia’ yang tertulis pada papan tanda , ‘Malaysia Hall’. Aku bertanyakan mengapa beliau berbuat demikian. Jawapannya ialah dia merasa hairan bagaimana sebuah negara ‘kecil’ boleh menjadi sebuah negara besar dan hebat di seluruh negara ( pada ketika itu).

Kini sudah tidak begitu lagi. Malang! Mengapa keadaan bertukar kini?

“When I was in my teens I heard about a political study. It found that while Singapore paid its civil servants one of the highest salaries in the world, they also had the least amount of money in their bank accounts among politicians in the region. That was because corruption was almost non-existent in this island nation of mine when I was growing up.

Itu rupa keadaan yang wujud di Singapura berbanding dengan apa yang terdapat di negara kita. “That was because corruption was almost non-existent in this island nation”. Tidak ada amalan rasuah di negara ini yang pernah bersama membangun dengan Malaysia tetapi malangnya sudah maju kehadapan dan meninggalkan kita jauh di belakang.

Di Singapura pada ketika itu adalah, ‘Beating corruption is a top down affair. It was clear to Lee that for a nation to beat corruption and build a just society, the cleansing has to start at the very top.In his speech for the ‘Africa Leadership Forum in Singapore’ on November 8th, 1993, he said…

“Once a political system has been corrupted right from the very top leaders to the lowest rungs of the bureaucracy, the problem is very complicated. The cleansing and disinfecting has to start from top and go downwards in a thorough and systematic way. It is a long and laborious process that can be carried out only by a very strong group of leaders with the strength and moral authority derived from unquestioned integrity.”

Pada pegangan Lee Kuan Yew adalah untuk menghapus dan membasmi perbuatan rasuah terkutuk mestilah bermula dari atas ( dimana tidak dipraktikan dengan berkesan di negara kita). Dari situlah baru kita dapat memperolehi masyarakat adil yang dilancarkan dalam tindakan yang sistematik. Itu pun perlulah dilaksanakan oleh kumpulan pemimpin yang dedicated yang mahu betul-betul menghpuskan rasuh berkenaan.

Furthermore, ( kata Lee Kuan Yew) this group of core leaders right at the top must be determined and united, in addition to possessing a strong sense of social duty.

“Our first goal in Singapore was to shape the government into an effective instrument of policy. This requires strong, fair and just leaders, who would have the moral strength to command the respect of the people. Unity in the core group of leaders helped to send clear signals to the people thus avoiding confusion that would have arisen if the team had bickered and split. “Leaders must have the sense of trusteeship… Corruption, which we regarded as a cancer, must be eradicated as soon as detected.”

Pemimpin MUDA yang akan berjuang dalam PRN Johor seharusnya memiliki kualiti sebagaimana yang digambarkan oleh Lee Kuan Yew di Singapura itu. Anak muda dalam MUDA harus berani melakukan perubahan yang dilakarkan dengan penuh berhati-hati agar apa yang direncanakan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Insyallah.


Abuhassanadam

17 Februari 2022













Wednesday, February 16, 2022

 ORANG MELAYU HARUS SEDAR

Mungkin rakyat di Malaysia kini baru sedar ( atau masih tak mahu sedar) bahawa sebenarnya mereka dalam keadaan kemiskinan berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara atau jika dibandingkan dengan negara-negara Afrika pun. Mungkin baru sedar atau pun mungkin pura-pura tak mahu sedar dengan keadaan derita yang mereka hadapi.

Yang paling menyayat hati kita ialah jika kita mahu bandingkan keadaan negara kita dengan negara jiran, Singapura. Rasa tak terderita hati dan perasaan melihatkan tentang kemajuan dan perkembangan yang dialami oleh Singapura. Kita hanya mampu melihat kemajuan yang dialami oleh negara jiran itu melalui Selat Tebrau. Kita hanya mampu mengenangkan nasib bangsa kita (bangsa Johor) yang pada suatu ketika dahulu adalah pemilik Pulau Temasik yang bernama Singapura kini.

Salah siapa keadaan jadi begini?

Apakah kita mahu menyalahkan ibu yang mengandung?

Separuh abad pemimpin kita (semacam berlagak) berusaha untuk memajukan negara Malaysia sedangkan negara jiran kita hanya mengambil masa yang amat singkat untuk memajukan negara mereka. Kita sentiasa mencemburui apa yang dikecapi oleh negara jiran. Orang Melayu di Malaysia sentiasa marah-marah dengan kejayaan yang dicapai oleh orang Cina (di Malaysia) khususnya. Parti DAP (yang dimonopoli oleh orang Cina) sentiasa dipersalahkan yang menyebabkan orang Melayu gagal dalam lapangan-lapangan yang diceburi. Orang Cina sering dipersalahkan sedangkan orang Cina maju terus dalam apa juga lapangan yang diceburi.

Sepatutnya para pemimpin politik Melayu yang sentiasa menyalahkan orang Cina yang kononnya menjadi punca kegagalan orang Melayu, mengubah paradigma cara berfikir mereka. Sepatutnya para pemimpin yang berfikiran (kolot!) sedemikian menganggap keahdiran orang Cina dan India sebagai satu hikmah yang terselindung. Mungkin pemimpin tradisional Melayu dipersalahkan kerana tidak memanfaatkan kehadiran orang Cina di negara ini. Sepatutnya kehadiran orang Cina dan India sudah boleh membantu memajukan orang Melayu seiring dan standing dengan bangsa lain di dunia.

Hanya disebabkan oleh kepimpinan politik tradisional yang tidak pandai memanfaat keadaa sedemikian menyebabkan orang Melayu terus ketinggalan.

Difahamkan bahawa orang Melayu di Singapura sudah bertambah maju berbanding dengan kita ( orang Melayu) di Malaysia. Apakah kita tidak mahu mencontohi apa yang sedang dikecapi oleh orang Melayu di Singapura kini. Sebenarnya kita sepatutnya merasa cukup malu dengan pencapaian yang dicapai di Singapura.Punca kejayaan Singapaura bermula daripada kepimpinan yang mantap Lee Kuan Yew. Elok diturunkan petikan yang berkaitan dengan usaha Lee Kuan Yew memajukan Singapura dan membasmi rasuah dikalangan pemimpin politik di Singapura.

It was clear to Lee that for a nation to beat corruption and build a just society, the cleansing has to start at the very top.In his speech for the ‘Africa Leadership Forum in Singapore’ on November 8th, 1993, he said…

“Once a political system has been corrupted right from the very top leaders to the lowest rungs of the bureaucracy, the problem is very complicated. The cleansing and disinfecting has to start from top and go downwards in a thorough and systematic way. It is a long and laborious process that can be carried out only by a very strong group of leaders with the strength and moral authority derived from unquestioned integrity.”

Furthermore, this group of core leaders right at the top must be determined and united, in addition to possessing a strong sense of social duty.

“Our first goal in Singapore was to shape the government into an effective instrument of policy. This requires strong, fair and just leaders, who would have the moral strength to command the respect of the people. Unity in the core group of leaders helped to send clear signals to the people thus avoiding confusion that would have arisen if the team had bickered and split.Leaders must have the sense of trusteeship… Corruption, which we regarded as a cancer, must be eradicated as soon as detected.”

PRN negeri Johor yang bakal diadakan seharusnya membuka mata rakyat Johor tentang perubahan yang mereka lakarkan. Bangsa Johor harus tahu dan sedar tentang keputusan yang bakal mereka buat.

Abuhassanadam

16 Februri 2022


Tuesday, February 15, 2022

 MUDA HARUS MENCARI KELAINAN PERJUANGAN

“Johore Bangkit’ akan digunakan oleh MUDA secara habis-habisan, mengembelingkan tenaga mempengaruhi pengundi Johore bagi memenangi PRN yang akan diadakan nanti. Bersemangat dan sedap bunyinya dan diharapkan dapat menawan hati orang Johor.

Tetapi harus diingat juga ( terutama bagi pejuang muda) bahawa slogan perjuangan harus diterap dan disampaikan kepada pengundi Johor. Apa yang diertikan sebagai ‘Johor Bangkit’ harus difahami betul-betul oleh pengundi Johor agar mereka dapat memberikan sokongan dan dokongan. Kadang-kadang memang sedap bunyinya tetapi malangnya tidak dapat dihayati dan dihazam betul-betul oleh penyampai menyebabkan sukar difahami maksud sebenar. Di sinilah berlaku kesilapan yang menyebabkan perjuangan yang kecundang.

MUDA harus mencari kelainan perjuangan berbanding dengan pejuang-pejuang tradisional yang berselerak di negara kita sekarang. Ahli dan pejuang MUDA harus memikirkan secara mendalam tentang cara mana perjuangan yang mereka impikan. Ini bukan ‘syok sendiri’. Apa yang ada dalam benak para pejuang MUDA harus difahami oleh rakyat Johor khususnya ketika PRN diadakan dan oleh rakyat Malaysia apabila sampai masa dan ketikanya kelak.

Ini bukan perkara mudah dan tidak pula apa yang diperkatakan disini bertujuan untuk melemahkan semangat para pejuang MUDA. Rakyat Malaysia, khususnya rakyat Johore sedang menunggu-nunggu ‘ole-ole’ apa yang akan disampaikan oleh pejuang MUDA berkenaan. Mereka hanya mnenunggu!

Rakyat Malaysia dan khususnya orang Johor mengharapkan satu pencerahan yang betul-betul dapat dimengertikan oleh mereka mengenai keadaan negara pimpinan golongan tradisi sekarang. Rakyat kebanyakannya semacam faham bahawa negara Malaysia semenjak kemerdekaan tidak mencapai kemajuan sebagaimana yang sepatutnya. Pemimpin Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional terus menerus mengatakan bahawa mereka Berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Sebenarnya tidak begitu tepat kenyataan sedemikian berbanding dengan apa yang dilakukan oleh Mr Lee Kuan Yew di Singapura.

Parti politik tradisional di Malaysia masih ‘memukul gendang dan rebana’ mengatakan bahawa mereka berjuang untuk Melayu dan Islam. Memang tidak dinafikan pada awal penubuhan negara kita. Tetapi setelah sekian lama telah dapat dilihat bahawa perjuangan pemimpin sedemikian lebih merupakan untuk mengkayakan diri dan keluarga sendiri. Malangnya orang Melayu khususnya masih yakin dan percaya dengan kenyataan sedemikian.

Disinilah letaknya peranan pejuang dalam parti MUDA untuk meyakinkankan rakyat bahawa apa yang diperkatakan hanya sebagai usaha mempengaruhi rakyat memberikan undi kepada mereka. Setelah selesai segala PRU atau PRN diadakan, golongan pemimpin tradisional masih lagi berada di takuk lama.

Rakya kini nampaknya mengharapkan sangat peranan yang harus dimainkan oleh anak muda ( pejuang MUDA) bagi membentuk masa depan yang lebih bermakna kepada bangsa Malaysia. Ayuh!

Abuhassanadam

15 Februari 2022


Sunday, February 13, 2022




MUDA MENGGUGAT

Pastinya pada mulanya ramai yang tidak begitu yakin dengan kemampuan parti MUDA sebagai sebuah parti politik yang akan ‘ bersepak terajang’ di pentas politik tanah air. Namun setelah kewujudanya buat beberapa ketika telah menampakkan ‘kebolehan’nya untuk ‘menumbangkan’ parti-parti politik tradisional yang ada di negara ini.

Golongan veteran dalam politik tanah air seringkali meperlekehkan kebolehan dan kemampuan MUDA ( atau pun anak muda) untuk melakukan perubahan dan kemajuan di negara ini. Memang tidak dapat ditonjolkan lagi bukti yang boleh menunjukkan kehebatan anak muda ini. Mereka hanya bergantung kepada kemampuan mereka dalam penglibatan mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti.

Itu pun mereka sudah menghadapi berbagai cabaran dan dugaan terutamanya dari golongan ahli politik veteran yang sentiasa berusaha untuk melemahkan semanagat pejuang-pejuang muda dengan berbagai kata nista yang bertujuan untuk melemahkan semangat anak muda. Keadaan sebenarnya ialah golongan veteran ini sedang dalam ketakutan dengan gugatan yang didatangkan oleh anak muda yang ditafsirkan oleh mereka sebagai sesuatu gugatan yang luar biasa.

Keadaan yang melanda PRN Johor sekarang boleh aku ibratakan seperti suatu keadaan yang luar biasa yang boleh aku samakan seperti keadaan di mana penyanyi 60an menerobos masuk ke dalam masyarakat dan terus mengausai hati dn perasaan rakyat yang bukan sahaja anak muda tetapi golongan tua juga. Dan yang paling terajisnya keadaan ‘serangan’ penyanyi 60an dulu ialah mereka telah ‘menumbangkan’ ketokohan dan keagungan P.Ramlee buat seketika.

Mungkin apa yang aku gambarkan tidak sesuai dengan keadaan anak muda yang menganggotai parti MUDA yang cuba mempengaruhi rakyat di Johor dengan idealoji dan tindakan mereka. Mungkin ramai yang merasakan bahawa keadaan sedemikian tidak mungkin berlaku.

Bia raku gambarkan keadaan pada ketika itu. Tahun 1960an. Kehebatan dan keagungan P.Ramlee dan Saloma sememangnya mula luntur tetapi belum ‘padam’. Tidak ada siapa yang menyangkakan dunia hiburan di tanah air akan bertukar tangan. Dengan tak semena-mena, dalam masa yang begitu singkat Radio Malaysia dan Radio Singapura ‘ menggila’ dengan lagu-lagu yang didendangkan oleh A. Ramlee, Jeffridin, M. Osman dan ramai lagi. Kesannya telah ‘ tenggelam’ P. Ramlee dan Saloma dalam sekelip mata buat seketika. Anak muda betul-betul 'gila' dengan lagu 60an. Malah samapi kini keadaan itu masih wujud.

Mengapa terjadi sedemikian? Mungkin ramai telah menganalisis keadaan sedemikian.

Rencana ini hanya ‘meneroka’ keadaan kini di PRN Johor yang memungkinkan keadaan seperti itu berlaku di Johor di mana rakyat khususnya anak muda dan golongan tua juga ( mungkin terpengaruh) terus menerus ‘memuja’ MUDA dan mengenepikan langsung pertubuhan politik tradisional. Mungkin rakyat akan menyambut mereka dengan tangan terbuka disebabkan sudah begitu ‘meluat’ dengan keadaa pimpinan yang begitu lama yang masih tidak dapat memajukan negara ini dalam erti kata yang sebenarnya. Mungkin sudah sampai masanya golongan muda ini akan menunjukkan sesuatu yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

Golongan politik tradisional seharusnya menyedari bahawa masa dan ketika mereka memimpin negara sudah luput tarikh. Mungkin. Mereka sudah tidak harus mendabik dada bahawa merekalah yang memperjuangkan kemajuan negara ini khususnya orang Melayu. Itu hanya andaian mereka.

Mungkin sudah ramai rakyat yang merasakan bahawa anak muda dalam MUDA boleh melakukan sesuatu di negara ini dan yang dimulakan di PRN Johor.

Mari kita sama-sama doakan.


Abuhassanadam

13 Februari 2022


Saturday, February 12, 2022

 MENGAPA ANWAR IBRAHIM MENYERTAI UMNO


Peristiwa sedemikian berlaku pada awal tahun 1982, ketika beliau masih muda remaja. Ramai yang memuji Dr Mahathir ketika itu kerana kejayaannya  menarik Saudara Anwar Ibrahim menyertai UMNO. Anwar yang dikatakan sebagai pemimpin yang berpegang teguh kepada prinsip perjuangan tentunya tidak akan mudah dipujuk rayu.


Zaman pentadbiran Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri, Anwar pernah ditawarkan beberapa jawatan penting tetapi kesemuanya ditolak dengan berbagai alasan. Tetapi apabila ‘dipelawa’ oleh Dr Mahathir, beliau terus memikirkan secara positif.


Peristiwa ‘kejayaan’ Dr Mahathir itu dapat disamakan atau hampri-hampir sama dengann kejayaan Presiden Ramon Magsaysay (Filipina) memujuk Lui Taruc, pemimpin Hukbalahap yang menentang pemerintah di Filipina disekitar tahun 1940an dan 1950an. Perbezaannya ialah saudara Anwar sebagai pemimpin yang berlandaskan Islam, sebaliknya Lui Taruc adalah pemimpin Hukbalahap yang asas perjuangannya adalah Komunisme.


Pemimpin-pemimpin Filipina sebelum Magsaysay telah cuba menawan hati Taruc dan kesannya gagal. Namun tindakan Magsaysay telah Berjaya menawan hati Taruc dan bersedia pula untuk makan bersama dan terus menghentikan perjuangan Hukbalahap.


Penyertaan Anwar dalam UMNO pada ketika itu bukanlah disebabkan oleh individu yang mempengaruhinya. Mengikut sumber yang tertentu, Tun Abdul Razak, Datuk Asri Haji Muda ( Presiden PAS ketika itu ) telah menemui dan memujuknya tetapi hampa belaka. Berdasarkan kepada hakikat ini, jelaslah bahawa Saudara Anwar tidak mudah terpengaruh  dengan pujukan pemimpin-pemimpin tetapi sebaliknya akan tertarik dengan apa yang dilakukan atau yang akan dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpinn berkenaan yang berkemungkinan boleh mempengaruhi pendiriannya.


Mungkin pada ketika itu Anwar terpengaruh dengan kepimpinan Dr Mahathir dan sikapnya yangsentiasa menggalakkan agar orang Islam sentiasa bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Tindakan Dr Mahathir yang cuba menghapuskan rasuah dan mengharapkan sebuah kerajaan yang bersih, disamping berusaha menghapuskan kemiskinan dan mengurangkan jurang antara antara yang miskin dengan yang berada adalah merupakan asas-asas perjuangan Islam. Hakikat sedemikianlah yang mendorong Saudara Anwar menyertai UMNO ( pada ketika itu).


Mungkin tidak pernah wujud dalam sejarah pentadbiran di Malaysia seorang pemimpin tertinggi dengan lantang mengkeritik pemimpin-pemimpin British seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir. Tindak tanduk Dr Mahathir terhadap British itu telah membuka mata setengah pemimpin dunia. Dr. M pernah melahirkan fikirannya dalam bukunya, ‘The Malay Dilemma’ bahawa penjajahan Britishlah yang menjadi punca utama orang Melayu dalam dilemma, menyanggah pandangan British yang seringkali menempelak mengatakan bahawa orang Melayu malas.


Jadi mengikut Dr.M, kalua British boleh menempelak bangsa kita dan dengan lantang pula, mengapa pula kita tidak boleh berbuat demikian. Mengapa kita (orang Melayu) dengan mudah dikeritik apabila menyatakan sesuatu mengenai British sedangkan yang diperkatakan itu berlandaskan fakta sebenarnya.


Dasar dalam dan luar negara yang dilaksanakan oleh Dr. M agak menyimpang dari dasar yang diketengahkan oleh ketiga-tiga pemimpin negara yang lalu, terutamanya dasar yang tidak berkiblat ke Barat. Sebaliknya dasar yang dipopularkan oleh Dr. M ialah ‘Dasar Pandang ke Timur’.


Tindakan Perdana Menteri yang agak menggemparkan dunia ialah keengganannya menghadhir persidangan negara-negara Komanwel. Walaupun timbul kecaman dan kutukan dari negara-negara lain (yang menganggotai Komanwel) terhadap sikap Perdana Menteri, terutama dari Australia, namun Dr M tetap berkeras dan sentiasa berpaut pada prinsip perjuangannya.


Melihatkan keadaan sedemikian mungkin Saudara Anwar merasakan perjuangan dari luar tidak mendatangkan apa-apa kesan seperti yang telah dialaminya semasa menjadi Presiden ABIM dan sebaliknya idealisme telah diperjuangkan juga oleh Dr M dan menampakkan kesan positif. Jadi kemasukannya dalam UMNO tidak bererti bahawa beliau telah mengorbankan prinsip perjuangannya malah telah menbambahkan kukuh lagi.


Malangnya, ‘diharapkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari’


Abuhassanadam

12 Februari 2022


( Rujuk Berita Minggu, dengan tajuk “PIMPINAN 2M YANG MEMIKAT’ bertarikh 11 April 1982) – oleh Abu Hassan Adam