DI PARLIMEN MASIH SEPERTI CIRCUS
Melihatkan kepada prestasi ahli parlimen dalam mengemukakan hujjah dalam perbahasan mereka semacam tidak ada 'finesse' . Finesse refers to the skill and cleverness someone shows in the way they deal with a situation or problem. Fineness refers to a thing's quality ...' Nampaknya tidak banayak berbeza dengan keadaan parlimen sebelumnya. Sepatutnya di parlimenlah anak-anak pelajar mengambil contoh tentang bagaimana mengemukakan hujjah dan cara berpidato. Dimana lagi?
Malangnya keadaan sedemikian tidak berlaku bersandarkan persidangan parlimen yang berlangsung selama dua hari. Hari ini dan semalam. Bukanlah tidak ada langsung ahli parlimen yang boleh dicontohi ketika melakukan perbahasan. Apa yang dilakukan oleh YAB Saudara Anwar Ibrahim tetap menjadi ikutan dan pujian. Begitu juga dengan prestasi YB Johari Ghani dan YB Rafizi Ramli. Boleh dibanggakan. Dan anak-anak yang menonton rancangan ini di rumah pastinya mendapat 'ilmu' tentang cara-cara mengemukakan hujjah. Syabas. Sekurang-kurangnya ada juga contoh yang boleh diikuti oleh para pelajar terutama yang berminat dalam lapangan politik.
Parlimen semalam membahaskan tentang Usul undi percaya mengenai keabsahan Kerajaan yang dipimpin oleh YAB Saudara Anwar Ibrahim. Diadakan semata-mata untuk mententeramkan keadaan. Masih terdengar suara-suara sumbang yang 'menyakit hati' mempersoalakn tentang keabsahan kerajaan yang wujud walaupun telah dijelaskan bahawa, kerajaan yang wujud bukan kerajaan haram dan direstui oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.
Atas alasan itulah dibenarkann diperbahaskan keabsahan kerajaan Perpaduan yang dirangka. Mereka masih semacam tidak mahu memperakukan keabsahan walaupun telah dibincang dan diperhalusi di Parlimen. Jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang seolah-olah sengaja mahu menggagalkan usaha murni ini. Bersandarkan kepada hujjah -hujjah yang dikemukakan oleh mereka jelas menunjukkan bahawa berusaha bersungguh-sungguh untuk mengggagalkan usaha ini walaupun tidak dinyatakan dengan jelas.
Dan seolah-olah usaha untuk memajukan negara ini hanya terletak dibahu pemimpin Kerajaan Perpaduan. Pihak pembangkang seolah-olah memejamkan sebelah mata dalam usaha untuk memajukan negara. Terlalu sedikit penglibatan mereka dalam memberikan pendapat dan pandangan berkaitan dengan usaha memajukan negara. Apakah mungkin tidak cukup ilmu untuk membahaskan perkara yang kompleks ataupun sudah mendapat arahan agar tidak campurtangan dalam urusan Kerajaan Perpaduan.
Dan yang paling malang sekali ialah sikap dan tindakan Ketua Pembangkang yang tidak habis-habis menimbulkan isu seks yang sepatutnya tidak diperkata dan ditiimbulkan oleh beliau yang berperanan sebagai ketua pembangkang. Memberikan satu gambaran rendah akhlak seorang pemimpin yang diberikan tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang. Sekurang-kurangnya beliau harus berusaha untuk meletakkan diri di tempat yang mulia dan bukan berbicara tentang isu yang remeh tatkala membincangkan perkara serious demi kepentingan negara.
Sebagai kesimpulan biar aku petik untaian sajak dari Dato Usman Awang seperti di bawah;
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
abuhassanadam
20 Disember 2022
No comments:
Post a Comment