TUMPUAN BERBEZA MEMBANGUNKAN RAKYAT
Apa yang diperlukan oleh Anwar ialah satu keadaaan yang boleh merangsangkan ekonomi negara. Tumpukan ke arah membangunkan rakyat. Tidak pula bermakna bahawa harus dilupakan tentang kemajuan politik, namun cara untuk mengambil hati rakyat untuk mengembalikan sokongan kepada Pakatan Harapan mengambil langkah yang agak berbeza daripada cara-cara yang telah diamalkann selama ini. Mungkin memerlukan satu cara yang agak luar biasa yang sesuai dengan zamannya.
Namun begitu apa yang telah 'diisyaratkan' oleh keputusan pilihanraya di Padang Serai harus diambilkira dan dipandang secara serious. Cara menanganinya bukan mengikut cara lama sebegaimana yang pernah dilakukan tetapi memerlukan pendekatan secara 'saintifik' juga. Ini disebabkan perubahan yang berlaku dari segi pemikiran golongan anak muda yang sudah mula aktif dan mneceburkan diri dalam politik tanah air. Lantas sekiranya para pemimpin yang ada mahu menangani keadaan politik mengikut cara lama, lambat laun akan kecundang juga.
Teringat aku satu petikan dalam buku, 'Head to Head' 1992 oleh Lester Thurow. Katanya,
" In the spring of 1991 British prime minister Margaret Thatcher lost her job. She had not lost an election. It was not obvious that she would. She lost her job because she insisted on playing the old twentieth-century economic game. She simply would not recognize that the world had changed and that she would have to change with it. Having lost touch with reality, she had to be pushed aside by those who were previously her allies"
Begitulah keadaannya tentang apa yang berlaku di Padang Serai. Mungkin para pemain politik Pakatan Harapan/ Barisan Nasional tidak merasakan terdapat dari segi sikap dan pandangan rakyat terhadap tindak tanduk mereka khususnya dari segi 'persahabatan' antara mereka, namun 'dibawah' (dikalangan pengundi) sudah menampakan 'perubahan' yang amat ketara. Mungkin telah berlaku 'malapetaka' yang begitu besar dan yang anihnya tidak disedari oleh mereka yang kononnya aktif dalam politik. Mungkin. Kesannya ialah keputusan pilihanraya Padang Serai yang memihak kepada Perikatan Nasional.
Tentulah ada ubatnya.
Apa yang telah dilakukan oleh PM Saudara Anwar mungkin bersesuaian dengan cara menangani fenomena yang sedang berlaku ini. Walaupun mengambil masa namun tetap memberi kesan kepada golongan yang memerlukan. Usaha gigih PM Saudara Anwar menangani penanam padi dengan menjanjikan bantuan yang berpatutan kepada mereka merupakan satu cara 'mengambil hati' yang agak berkesan dalam jangka panjang. Percayalah pasti akan berubah. Itu hanya sebagai contoh dan mungkin banyak contoh yang lain.
Han Syuu Yin, seorang penulis novel China pernah menulis menyatakan, ' anak sungai lagi berubah inikan pula hati orang'. Hati rakyat juga akan berubah sekiranya betul cara dan tindakannya. Usahakanlah.
Sehubungan dengan keadaan sebegini, para menteri yang baru dilantik patut bertindak dengan segera menyahut seruan dan cabaran yang dikemukakan oleh 'boss'. Maksudnya jika kelihatan yang PM Saudara Anwar Ibrahim begitu serious untuk melakukan perubahan kepada negara maka perlunya para menteri juga bersikap demikian. Tidak pula aku mengatakann yang para menteri tidak menjalankan tugas dengan berkesan.
Didoa dan diharapkan usaha kita akan berjaya. Insyallah.
abuhassanadam
8 Disember 2022
No comments:
Post a Comment