BERI DIA PELUANG BUKTIKAN
Mungkin ada yang ragu-ragu tentang kemampuannya untuk mengemudikan sebuah kementerian yang cukup besar dan yang merupakan kementerian yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia kerana kementerian pendidikanlah yang terlibat secara langsung dengan hampir seluruh rakyat Malaysia. Apa tidaknnya. Setiap keluarga memang terlibat dengan kementerian pendidikan. Dan mungkin ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan YAB Saudara Anwar memberikan tanggungjawab mngemudikan kementerian ini kepada anak muda yang masih 'basah' dengan pengalaman. Tentu ada sebabnya.
Sidang akhbar sulung yang diberikannya amat menarik. Mungkin sebahagian besar rakyat Malaysia memberikan tumpuan kepada sidang akhbar beliau dan awal-awal lagi sudah 'diletupakan'nya tentang hasrat kementerian pendidikan untuk melahirkan pembentukan sahsiah dikalangan anak-anak diekolah yang berbeza dengan penekanan pendidikan di sekolah ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan. Tumpuan yang diberikan oleh YB Fadhlina Sidek agak berbeza dan mengamit cabaran sesuai dengan warisan yang diperjuangkannya ia itu menyambung usaha arwah 'orang tua'nya Dato Sidek Fadhil.
Sebagai orang tua dan rakan seperjuangan arwah, amat terpanggil saya untuk menyampaikan sedikit nasihat (sekiranya boleh dianggap sebagai nasihat yang berguna) sebagai bekas 'petugas' di Kementerian Pendidikan buat beberapa ketika. Apa yang telah diperhatikan sehingga kini anakanda Fadhlina telah melakukan yang terbaik untuk kementerian. Dan tidak mudah untuk terus mendapat perhatian dan kemajuan di kementerian yang begitu besar dan mencabar ini.
Anakanda kena banyak 'mendengar' daripada banyak 'mengarah'. Itu penting. Dari segi pengalaman anakanda tentulah tidak sehebat pengalaman yang ada pada kebanyakan guru-guru yang telah puluhan tahun mendidik anak murid di sekolah. Tak apa. Jangan bimbang. Percayalah para guru akan memberikan kerjasama kepada anakanda sekiranya anakanda 'mohon' kerjasama dari mereka.Timba pengalaman mereka dan sentiasa 'merendah diri' apabila berhadapan dengan mereka. Ikut rasmi padi dan jangan ikut rasmi lalang.
Kena ingat selalu peribahasa Melayu, ' terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Maknanya sebelum anakanda mengeluarkan apa-apa arahan, fikirkan semasak-masaknya nasihat dan arahan yang hendak dikeluarkan. Harus sentiasa diingat juga bahawa kesemua pemimpin pendidikan di Kementerian Pendidikan ( bermula dari KPPnya ) adalah 'orang tua' yang cukup berpengalaman. Dan harus dihormati ( kerana juga akan menghormati sekiranya anaknda tahu meletakkan diri sebagai anak 'orang tua-tua' (Mereka tahu anakanda puteri Sidik Fadhil tokoh yang mereka hormati juga. Lantas anakanda beruntung kerana ditakdirkan sebagai puteri Saudara Sidik Fadhil.
Akhir kata apa yang saya harapkan sangat kepada anakanda Fadhlina ialah kukuhkan perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini. Jangan diberikan ada ruang anasir jahat yang cuba memecah-belahkan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Perang habis-habisan sekiranya ada usaha sedemikian terutama yang cuba menghasut anak-anak kita. Negara ini kita punya sepertimana yang sentiasa diucapkan oleh YAB Saudara Anwar. Anak Melayu anak kita, anak Cina anak kita, anak India anak kita, Anak Iban, Kadazan, orang asli kesemuanya anak kita.
Tugas anakanda memang besar dan saya yakin dapat dipikul sehingga berjaya. Saya doakan berjaya. Saya doakan.
abuhassanadam
15 Disember 2022
No comments:
Post a Comment