INGKAR PESANAN IBU TENTANG RASUAH
Seingat aku YAB Saudara Anwar Ibrahim sudah mula bercakap fasal rasuah semenjak tahun 1970, ketika berada di University Malaya lagi. Juga yang selalu diperkatakan olehnya dan diikuti oleh siswa ketika itu ialah slogan 'the conscience of the majority'.Nampaknya sehingga kini slogan sedemikian masih popular dan pastinya akan dipraktikkan beliau, apatah lagi beliau sudah boleh melakukannya atas kehendaknya sendiri. Dan beliau tidak jemu-jemu melafazkan hasratnya untuk membangunkan rakyat marhain. Dan hasrat beliau itu terus diikuti dan disantuni oleh rakan-rakan seperjuangan yang masih bernafas hingga kini. Syukur!
Ramai yang mengatakan bahawa YAB Saudara Anwar dapat mencapai cita-cita selepas 24 tahun berjuang. Bagi aku tidak begitu. Kejayaannya selepas perjuangan selama 52 tahun bermula daripada tahun 1970. Mungkin lebih awal dari tarikh itu.
Pembasmian rasuah dan penyelewengan amatlah dekat dengan hati dan perasaannya. Begitu jugalah dengan para siswa pada ketika itu. Seolah-olah membasmi kemiskinan dan penghapusan penyelewengan merupakan matlamat para mahasiswa yang berada di University Malaya pada ketika itu memandangkan keadaan masyarakat Melayu pada ketika itu amatlah daif dan menyedihkan. Dan tidak ramai pelajar Melayu yang berjaya sampai ke peringkat university dan seterusnya berjaya.
Mengenangkan tentang perjuangan YAB Saudara Anwar Ibrahim membenteras rasuah, terpanggil juga aku untuk memperkatakan serba sedikit mengenai rasuah dan penyelwengan yang dilakukan di negara kita. Berleluasa sekali. Seolah-olah kegiatan sedemikian telah merupakan satu norma yang bukann satu kegiatan yang menjijikan. Malah jikalau ada seseorang yang tidak mahu terlibat dengan kegiatan yang menjijikkan itu, maka sudah boleh 'dilabelkan' sebagai bodoh, tolol dan tak tahu menikmati 'rezeki'.
Persoalan yang sentiasa menghantui pemikiran aku.
Apakah pengamal rasuah tidak pernah mendapat nasihat atau pesanan atau pun tunjuk ajar dari ibunya tentang 'mencuri atau menipu' yang dianggap lebih kurang sama dengan pengambilan rasuah. Mungkin para ibu bapa tahun-tahun 20an atau 30an tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan rasuah. Namun begitu pastinya mereka pernah mengajar dan menasihati anak-anak mereka ( yang kini merupakan pemimpin negara) tentang kejelikan amalan rasuah.
Aku tertarik dengan sajak Dato Usman Awang berjodol "Ibuku". Biar aku petik rangkap pantunnya yang sesuai.
Ibuku mempunyai seribu mimpi
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
Kita doakan YAB Saudara Anwar Ibrahim berjaya dalam usaha memerangi rasuah di negara ini. Para 'pejuang' tahun 70an (sudah tidak ramai yang masih ada tetapi masih 'menendang dan menerajang) sentiasa berada di sisi anda. Kita sokong dan kita doakan berjaya. Insyallah.
abuhassanadam
9 Disember 2022
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete