TIMBALAN HARAPAN NEGARA
Perdana Menteri telah selesai mengumumkan senarai Timbalan Menteri yang akan menjalankan tugas disamping membantu para menteri yang telah diumumkan beberapa hari lepas. Ini bermakna satu pasukan petugas yang telah bersiap sedia untuk 'menggempur' dan melaksanakan tugas bagi menjayakan misi membina negara, meletakkan semula Malaysia di atas landasan sebenarnya sebagai sebuah negara yang bermarwah.
Dalam usaha para pejuang bangsa mahu memajukan negara ini kelihatan terdapat juga sekumpulan rakyat yang masih mahu berada di 'takuk lama' ia itu masih mahu 'bercakaran' sesama sendiri. Kumpulan yang bergelar 'pembangkang' masih mahu 'mengajak' masyarakat Malaysia 'bergelumang' dengan isu-isu yang tidak mendatangkan keuntungan kepada masyarakt.
Aku maksudkan kumpulan pembangkang yang masih mahu terus menerus menggugat kepimpinan YAB Saudara Anwar Ibrahim. Kemenangan pilihanraya mereka di beberapa kawasan telah seolah-olah telah melonjakkan hasrat mereka untuk terus menerus memainkan isu ini. Jikalau boleh mereka mahu rakyat Malaysia terus menerus 'melayani' isu ini sehingga berlaku pilihanraya seterusnya.
Sebenarnya rakyat Malaysia yang perihatin tentang pentingnya kita bergerak maju seharusnya tidak mempedulikan ajakan para pembangkang. Mereka mahu kita juga 'melayan' kehendak mereka. Mereka mahu isu 'bangsa' dan 'agama' dteruskan kerana pada pandangan mereka isu demikian patut disuburkan kerana isu inilah yang telah membuktikan dapat menarik rakyat Malaysia keluar dari pemikiran yang kritis. Malangnya ada kalangan masyarakat kita yang masih berpaut dengan isu-isu sebegini. Dan tentunya merunsingkan kita juga, 'kita' yang berusaha untuk menjadikan Malaysia ini sebuah negara yang boleh dibanggakan setanding dengan negara maju lain. Pastinya kita tidak mahu ketinggalan.
Persoalan yang berada di hadapan kita kini ialah apakah masyarakat mahu terus diperkotak-katikan dengan isu sebegini dan yang akhirnya membawa masyarakt terjerumus di 'takuk' lama sedangkan masyarakt lain di sudah jauh lebih maju dari kita. Ini yang aku sarankan bahawa 'ubat' yang paling mujarrab mengatasi masalah ini ialah dengan melaksanakan apa yang aku namakan 'kita buat NOHIN'.
Apakah yang dimaksudkan dengan 'Buat Nohin'?
'Nohin' adalah ungkapan orang Perak. Mungkin dapat dimengertikan di negeri lain juga. Mungkin. Tetapi yang selalu diungkapkan ialah di negeri Perak. Lebih tepat lagi di daerah Kuala Kangsar (Kuale). Ringkasnya bermakna 'buat tak tahu je' ataupun dalam bahasa orang uda sebagai 'buat dek'.
Seorang rakan karib aku (Arwah Dato' Khairuddin Arshad) pernah mengatakan bahawa 'Nohin' ini adalah dari perkataan Inggeris "No Hint'. 'Hint'' bermakna a slight indication of the existence, approach, or nature of something : clue. gave only a hint of what was to come. 3. : a very small amount : suggestion. with just a hint of spice. Dan bagi orang 'Kuale' perkataan 'nohin' adalah perkataan yang biasa digunakan. Dan tidak hairanlah kenapa orang 'kuale' banyak menggunakan perkataan Inggeris dalam perbualan mereka hari-hari kerana di Kuala Kangsarlah yang merupakan antara pusat pentadbiran awal British di Tanah Melayu. Dengan sebab itulah telah mendedahkan orang Kuale kepada budaya Inggeris (sedikit sebanayak).
Berbalik kepada isu yang ingin diperkatakan tentang 'ganggu-gugat' oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menggagalan usaha YAB Saudara Anwar Ibrahim, langkah yang perlu diambil oleh pentadbiran kini ialah 'buat nohin'. Bermaksud biarkanlah mereka 'berteriak' 'memekik melolong' sedangkan kita berusaha untuk memajukan negara yang sudah agak lama ketinggalan disebabkan oleh angkara pimpinan mereka yang hanya selalu mementingkan perut dan tembolok sendiri.
Biarkan dan biarkan dan biarkan mereka seperti si Luncai terjun dengan labu-labunya. Golongan yang sedar akan ketinggalan harus terus bangkit dan bangun membetulkan keadaan negara yang kita sayangi ini dan bukan menggalakan perpecahan sehingga terus menerus merosakkan negara ini. Kelihatan dengan jelas bahawa tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan mereka jelas bukan cara tindakan ahli masyarakat yang hdiup dalam Kurun ke 21. Kelihatan masih jauh ke belakang sekiranya cara mereka jadi ikutan masyarakat Malaysia yang ingin bergerak maju kehadapan.
Bangunlah anak muda khususnya. Mari bina negara ini. Negara ini adalah kepunyaan anda.
abuhassanadam
10 Disember 2022
No comments:
Post a Comment