Tuesday, December 6, 2022

JERITAN DAN SLOGAN ADALAH SIA-SIA TANPA TINDAKAN

  Orang (Peghak)  Perak selalu mengatakan, " Cakap saja berdegor-degor ....... sangkut digelegor'.  Memberikan gambaran bahawa tidak berhasilnya sesuatu tindakan seseorang yang hanya berdasarkan kepada kata-kata dan tindakan yang tidak berhasil. itu hanya boleh berkata tetapi tidak upaya menunaikannnya. Hebat melahirkan kata-kata tetapi tidak boleh mengotakannya. Cakap tak serupa bikin.


Itulah rupa gambaran dan sikap setengah pemimpin Melayu yang hanya cakap berdegar-degar tetapi tidak mendatangkan hasil yang konkrit dan yang boleh dibanggakan.  Kata-kata mereka tidak dikotakan. Tentulah tidak semua pemimpin Melayu semenjak zaman berzaman begitu keadaannya. Namun demikian kebanyakannya begitulah. Sekiranya para pemimpin kita tidak bersikap sedemikian tentulah sudah lama orang Melayu maju dan maju kehadapan seperti bangsa lain di dunia.


Tidak pula aku menafikan tentang kemajuan yang dicapai oleh orang Melayu. Ada. Tetapi jika dibandingkan dengan pencapaian bangsa-bangsa lain (di Asia misalnya) maka nampak sangat pemimpin kita amat jauh ketinggalan di belakang. Tentulah aku tidak ada statistik bagi membuktikan hujahan aku mengenai perkara ini. Cukup sekadar melalui pemerhatian tentang keadaan di negara lain. Lihat sahaja perkembangan kemajuan di Singapura misalnya. Tentulah jika dibandingkan dengan kita, tentulah kita ketinggalan agak jauh.


Mungkin ramai yang tidak setuju dengan cara dan tindakan aku memperlekehkan keadaan kita- bangsa kita. Bangsa Melayu . Melayu totok seperti aku. Inilah caranya pada pandangan aku untuk menyedarkan bangsa kita (Melayu) supaya bergerak maju seperti juga bangsa lain di Asia misalnya.


Aku terpanggil untuk membicarakan persoalan ini berpunca daripada tindakan YAB DSAI yang menampakkan 'kemarahan'nya terhadap golongan pemimpin yang mempersoalkan tentang tindakannya membantu petani dan penanam padi dengan cara mendapatkan bantuan daripada pemodal Syed Mokhtar. Marah betul dia. Apa 'problemnya'? Yang anihnya ada juga pihak tertentu yang mempersoalkan tindakan YAB DSAI itu. Dijelaskannya bahawa tindakan sedemikian bukanlah untuk meruntuhkan empayer yang dibina oleh Syed Mokhtar tetapi hanya untuk membantu penanam padi yang miskin.


Apakah ada udang disebalik batu yang menyebabkan ada dikalangan pemimpin politik yang kurang senang dengan tindakan YAB DSAI itu? Mungkin ada.


Tindakan pemimpin yang sebegini harus dibenteras. Sudah agak lama sikap pemimpin sebegini bermaharajalela di negara ini. Mereka hanya pandai 'menanam tebu dibibir mulut'. Dan merekalah petualang besar yang menghalang kemajuan orang Melayu. Sudah puluhan. tahun mereka mengecewakan orang Melayu dengan kata-kata manis dan pujuk rayu. Sudah puluhan pilihanraya dilalui, namun orang Melayu seolah-olah masih berada di takuk lama.


Saban bulan dan saban tahun pemimpin Melayu hanya menghidangkan kepada rakyat dengan jeritan dan slogan. Rakyat Melayu seolah-olah terhibur dengan 'hiburan' dan 'lagu dan irama' sedemikian. Rakyat Melayu terutama di kampung-kampung merelakan diri mereka 'dihiburkan' dengan jeritan dan slogan tanpa sebarang tindakan yang benar-benar dapat memajukan diri mereka.


Kini telah muncul Anwar Ibrahim seorang wira dari rakyat Mahain yang tahu dan faham akan derita rakyat. Tuhan telah menentukan akan muncul seorang wira negara yang akan betul-betul berjuang untuk membela bangsa - bukan sahaja membela orang Melayu tetapi membela orang Cina, India, Iban, Kadazan dll Kita berdoa agar usaha murni beliau berjaya. Rakyat Malaysia akan berada disampingnya.


Abuhassanadam

6 Disember 2022





No comments:

Post a Comment