Monday, December 5, 2022

ANTARA PEMBINA DAN PETUALANG BANGSA

Agak keterlaluan sekiranya aku kata dan merasakan bahawa di negara Malaysia kini ada terdapat dua golongan rakyat diukur dan dilihat secara umumnya. Satu kumpulan yang boleh diibaratkan sebagai kumpulan yang amat sayang kepada negara dan sentiasa memelihara dan membangunkan negara tercinta ini dan satu lagi ialah golongan yang sentiasa merasakan diri tidak puas hati dalam semua keadaan.

    Kewujudan kumpulan sebegini muncul dalam kumpulan amat ketara selepas Pilihanraya ke 15 baru-baru  ini. Kelihatan kumpulan yang dikira menang (mengikut ukuran dan pertimbangan Demokrasi) tidak begitu melonjak kegembiraan yang melampau merayakan kemenangan namun yang merasakan dirinya menang ( sebenarnya kalah) dalam pilihanraya berkenaan masih semacam tidak puas hati dengan kekalahan yang menimpa diri mereka dan  kumpulan ini terdiri daripada mereka yang semacam tidak mahu melihat negara ini maju sepertimana yang dinikmati oleh negara lain.

Apakah para pemimpin yang sentiasa mementingkan diri tidak melihat bagaimana setengah pemimpin sanggup berkorban demi kepentingan menjaga bangsa dan negara. Sebagai contoh Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook menegaskan perlunya ada semangat tolak ansur dan mengambil kira berbagai faktor sebelum sampai kepada sesuatu keputusan. Misalnya faktor kebolehmenangan dalam proses rundingan kerusi Pakatan Harapan (PH). Perlu ada tolak ansur.

Sehingga hari ini masih terdapat dan terdengar lagi suara-suara sumbang dari pemimpin tertentu yang masih merasakan bahawa sedang berusaha untuk menggugat kerajaan yang dipimpin oleh YAB DSAI. Mereka masih tidak puas hati. Mereka masih mahu menjatuh kerajaan yang ada seperti mana yang telah mereka lakukan dalam langkah Sheraton dulu. Apa yang mereka laku dan usahakan itu sebenarnya tidak mendapat doa restu dari rakyat terbanyak.

Aku merasa amat yakin bahawa rakyat Malaysia yang berfikiran waras sudah agak muak dengan usha dan perancangan sedemikian. Rakyat Malaysia pada umumnya sudah agak muak dengan keadaan negara yang diperintah oleh golongan yang semacam tidak bertanggungjawab kepada rakyatnya. Kini sudah sampai masanya rakyat mula mahu mengecapi nikmat sebagaimana yang pernah dinikmati oleh negara-negara lain yang lebih maju dari kita.

Tentulah kita merasa bangga sekiranya rakyat Malaysia dari berbagai keturunan sanggup dengan penuh ikhlas merasakn diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang tulin. Tidak kira samada dari rumpun Melayu, Cina, India, Kadazan atau apa saja . Yang pentingnya matlamatnya ialah menjunjung negara Malaysia sebagai satu bangsa yang bermarwah. Sentiasa diungkapkan oleh YAB DSAI dalam ucapannya bahawa anak Melayu anak dia, anak Cina anak dia, anak India anak dia dan seterusnya.

Kepada anak muda yang berkobar-kobar semangat untuk memajukan negara tercinta teruskan usaha anda dan tinggalkan golongan yang sentiasa mencari dalih dan helah untuk melemahkan negara tercinta ini.Teruskan perjuangan anda. Jangan lagi ditoleh ke belakang. Maju kehadapan.

Selamat berjuang.

Abuhassanadam

5 Disember 2022



No comments:

Post a Comment