Saturday, December 17, 2022

' KOMPROMI' MENJAYAKAN PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN

 ' KOMPROMI' MENJAYAKAN PEMBENTUKAN KERAJAAN PERPADUAN





Kerajaan Perpaduan yang terbentuk terdiri dari Lima gabungan utama iaitu Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini menandatangani satu perjanjian menyokong Kerajaan Perpaduan di Pejabat Perdana Menteri. Menunjukkan keikhlasan masing - masing yang sedang dirancang dalam menjayakan agenda reformasi negara memajukan negara dan rakyat tercinta. Bayangan keikhlasan pemimpin itu amat kelihatan apabila pemimpin dari Sarawak, Sabah, Barisan Nasional dan parti Warisan menyatakan sokongan mereka terhadap gagasan yang terbentuk itu.

Tidak hairanlah jikalau YAB Saudara Anwar Ibrahim melahirkan keyakinannya yang kerajaan Perpaduan ini dapat bertahan sehingga tamat penggal. Namun begitu dan yang menghairankan adalah usaha pihak-pihak tertentu yang berusaha untuk menggagalkan usaha murni ini. Sudah terbukti bahawa usaha yang dijalankan itu sudah gagal dan tidak memenuhi kehendak demokrasi apabila melalui pilihanraya yang diadakan telah jelas menunjukkan bahawa golongan penentang ini ditolak oleh rakyat. Namun masih tidak habis-habis usaha untuk menggagalkan usaha murni yang sedang dirancang oleh kerajaan yang memerintah.

YAB Saudara Anwar begitu yakin dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pemimpin yang terlibat dalam usaha murni ini. Beliau berkata, 'ini kerana komitmen yang ditunjukkan oleh ahli politik adalah bagi memastikan kerajaan berada pada tahap yang stabil jika anda lihat apa yang disentuh dalam perjanjian ini, perundingan yang rumit untuk mencapai persefahaman. Jadi komitmen masing-masing ialah untuk menyokong kerajaan yang stabil, dan diharapkan sehingga tamat tempoh. Sekurang-kurangnya saya sudah bertemu dengan kesemua pemimpin parti dan saya amat berpuas hati. Saya letakkan kepercayaan dalam rundingan ini. Ini sebenarnya suatu bentuk Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap dan punya komitmen bersama telah termeterai.

Dikatakan bahawa YAB Saudara Anwar Ibrahim telah mempamirkan 'keikhlasannya' untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan "Malaysian Agreement 1963'. Ini merupakan isu yang kelihatan agak komplex dan belum lagi diselesaikan dengan sempurna dan memerlukan 'tangan' yang jujur dan ikhlas untuk menyantuninya.

Secara ringkas MA63 merupakan 'legal document' yang 'spells out the terms of the formation of the Federation of Malaysia' Ditandatangani di London pada 9 July 1963 antara Great Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah dan Sarawak). Suatu persetujuan telah tercapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ( Tunku Abdul Rahman) dan Harold Macmillan, ia itu Perdana Menteri Great Britain untuk mengadakan rundingan di London. Kononnya mesyuarat dan rundingan mengambil masa selama dua minggu.

Walaupun isu MA63 bukan isu utama dalam menentukan kejayaan Kerajaan Perpaduan, namun yang menarik perhatian rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak tentunya keikhlasan yang ditunjukkan oleh YAB Saudara Anwar Ibrahim bagi menangani isu penting ini. Sebagai contoh dilaporkan bahawa Penolong Setia Usaha Agung PKR Sarawak, Tay Wei Wei telah mendesak agar YB Fadillah melibatkan lebih banyak parti politik di Sarawak dalam perbincangan mengenai Malaysia Agreement 1963, memandangkan, "Prime Minister Anwar Ibrahim had already proven his sincerity in wanting to fulfil the MA63.Sarawak PKR has representatives with experience and expertise involving MA63, including lawyer and former assemblyman Dominique Ng. PKR was also among the first parties to promise to restore (Sabah and Sarawak’s) rights under MA63, which can be proven by Sarawak PKR’s manifesto in the recent general election (GE15),”.

Kejayaan pembentukan Kerajaan Perpaduan, yang menyebabkan licinya perjalanan rundingannya berkait rapat juga dengan usaha merintis jalan yang dilakukan oleh beberapa orang pemimpin terdahulu, yang telah merintis jalan ke arah itu.Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook telah melakukan kunjungan untuk bertemu dengan Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari di kediamannya di Kuching. Dalam pertemuan tersebut, Loke memohon maaf kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu sekiranya mana-mana pemimpin DAP pernah membuat sebarang kenyataan yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak.

“Saya telah memaklumkan kepada YAB Premier bahawa sekiranya terdapat apa-apa kenyataan yang pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin DAP yang menyinggung perasaan kerajaan dan rakyat Sarawak, saya mewakili pihak DAP untuk memohon maaf secara terbuka,” katanya dalam satu kenyataan media.

Loke menyatakan harapan agar berharap pertemuan hari ini akan membuka satu lembaran baru untuk membina persefahaman dan kerjasama demi negara Malaysia yang lebih maju dan progresif. Satu tindakan yang terpuji dari pemimpin yang betul-betul mahukan keamanan diwujudkan dan terbentuknya bangsa Malaysia yang agung.

abuhassanadam
17 Disember 2022

No comments:

Post a Comment