Sunday, December 18, 2022

sekiranya ramai ahli PN yang menyokong usul berkenaan?

SEKIRANYA RAMAI AHLI PN MENYOKONG USUL 

Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin akan menjadi perhatian kerana pembentangan usul undi percaya bagi menentukan keabsahan pelantikan YAB Saudara Anwar sebagai perdana menteri ke-10. Anwar dilaporkan berkata usul undi percaya kepadanya adalah bertujuan membolehkan beliau memimpin negara dengan mandat yang jelas dan berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Keputusan berasaskan musyawarah dan permuafakatan yg dibuat secara telus dan terbuka oleh kepimpinan yang dipilih rakyat untuk kepentingan dan agenda bersama negara bukanlah permulaan kepada Diktatorship tetapi permulaan Malaysia Baru Yang Demokratik kata seorang penganalisa politik.

ASHRAF WAJDI selaku Ketua Pemuda UMNO merasa hairan!

Pelik kenapa PN takut sangat dengan MOU Parti-Parti Gabungan yang bentuk Kerajaan Perpaduan Malaysia? Takut tak boleh beli Ahli-Ahli Parlimen dan buat Langkah Sheraton kali ke-2 ke? Yang penting Kerajaan insyaAllah stabil untuk fokus pacu ekonomi dan sejahterakan rakyat 5 tahun.

Dua orang Perdana Menteri Malaysia sebelum YAB Saudara Anwar Ibrahim boleh disifatkan sebagai tokoh bebal yang selalu 'merengek-merengek' seperti kanak-kecil yang kelaparan susu. Atau dalam peribahasa Inggeris dikatakan sebagai 'sour grapes'. Apa tidaknya, diperhatikann semua perkara yang dilakukan oleh pentadbiran kini ( dibawah YAB Saudara Anwar Ibrahim semuanya tidak kena belaka. Semuanya tak betul. Seolah-olah apa yang dilakukan oleh mereka semuanya betul belaka.

TS Muhyiddin Yassin pernah jadi Perdana Menteri dan pernah 'takut' menghadapi keadaan dimana yang beliau mungkin disingkirkan. Namun beliau tidak melakukan apa yang seperti dilakukan oleh YAB Saudara Anwar tetapi mengisytiharkan Dharurat untuk 'mententeramkan'keadaaan negara. Apakah itu bukan diktator namanya? Dan sekiranya ditinjau dan diperhalusi pentadbiran TS Muhyiddin Yassin ataupun zaman pentadbiran DS Ismail Sabri, jarang sangat mereka mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan kepada rakyat dasar-dasar yang mahu dilakukan oleh mereka. Dan rakyat merasakan pada ketika itu, mereka dalam suatu pemerintahan semacam 'kuku besi'. Apakah mereka tidak sedar tentang apa yang telah mereka lakukan. Dan apakah para pengikutnya (yang sentiasa menyokong secara melulu) tidak sedar tentang apa yang dilakukan oleh 'Boss' mereka.

Dengan tertandatangannya perjanjian kerjasama untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan telah dituduh oleh TS Muhyiddin bahawaYAB Saudara Anwar semacam tidak yakin dapat sokongan di Parlimen.“Kalau parti nak ambil tindakan disiplin itu soal lain, tak adalah sampai dia harus berhenti dan kosongkan kerusi. Saya lihat macam perdana menteri tak berapa yakin untuk teruskan usul undi percaya ini,” katanya kepada.

Lima gabungan politik utama iaitu Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah, dan Warisan, yang membentuk kerajaan perpaduan menandatangani perjanjian itu bagi menjamin kestabilan politik serta memacu ekonomi. Antara kandungan perjanjian itu ialah kegagalan Ahli Parlimen dalam kerajaan perpaduan mengundi atau menyokong perdana menteri dalam usul-usul berkait dengan usul percaya, perbekalan, atau sebarang usul berbentuk prosedur yang mempunyai kesan kepada keabsahan kerajaan, dikira meletak jawatan.

Apabila ada ahli-ahli parlimen pembangkang yang terus menerus menentang usaha pihak kerajaan untuk memajukan negara, sedangkan mereka mendapat undi rakyat dalam PRU15 untuk memajukan negara maka sudah sampai masanya rakyat mengambil perhatian tentang hal sebegini. Apakah. rakyat terbanyak merasakan apa yang dilakukan oleh puak-puak ini wajar.

Jelas menunjukkan hasrat ahli-ahli parlimen dari parti yang menyokong Kerajaan Perpaduan untuk menegakkan sebuah negara yang betul-betul utuh. Aku petik apa yang dihasratkan,"

    "Point 4(a) of the MOA states the intention of the five parties involved - Pakatan Harapan, BN, GPS, GRS and Warisan - to support the prime minister on confidence, supply and any other procedures that may constitutionally affect his legitimacy.

Point 4(b) further states that their intention to ensure each of their 144 parliamentarians combined to vote accordingly and their failure, reluctance or carelessness in doing so would be tantamount to their resignation or ceasing to be party members, hence facing the consequence of seat vacation under the anti-hopping law, Article 49A of the Federal Constitution"

TS Muhyiddin telah mengadakan perbincangan dan bermesyuarat mengenai ahli partinya dalam Perikatan Nasional untuk membincangkan hal sedemikian. Menurut katanya beliau telah mendapatkan pandangan daripada peguam, apa yang telah disebutkan sebagai MoU yang kalau Ahli Parlimen tidak sokong usul tersebut (adakah kedudukan mereka sebagai Ahli Parlimen akan terhenti atau dikosongkan?

Muyiddin berkata walaupun beliau yakin sebahagian besar Ahli Parlimen daripada PN tidak akan menyokong usul berkenaan, namun keputusan sama ada menyokong atau sebaliknya tidak boleh dipaksa. Dan bagaimana pula sekiranya sebahagian besar ahli PN menyokong usul tersebut. Dan jangan diperkecilkan kemampuan YAB Saudara Anwar menarik minat 'orang disebelah sana' untuk 'melompat' ke sebelah sini berdasarkan karisma yang dimiliki oleh DSAI.

Apa yang  akan dilakukan oleh TS Muhyiddin Yasin sekiranya ramai ahli PN yang menyokong usul berkenaan?

Beliau mengatakan bahawa  tindakan yang boleh diambil terhadap Ahli Parlimen PN yang menyokong usul berkenaan adalah tindakan disiplin oleh parti dan bukannya diberhentikan atau kosongkan kerusi Ahli Parliman yang disandang.

abuhassanadam

19 Disember 2022



No comments:

Post a Comment