Monday, December 12, 2022

 MEMBASMI RASUAH - AGENDA UTAMA ANWAR

Pastinya rakyat Malaysia dari keturunan mana sekali pun terpegun mendengar ucapan YAB Saudara Anwar Ibrahim di “Program Pertemuan Mahabbah Perdana Menteri Bersama Ulama dan Asatizah” yang berlangsung di Puterajaya semalam.here today. Pastinya juga rakyat akan dengan sendirinya beranggapan bahawa YAB Saudara Anwar  dengan sendirinya  'menewaskan'  mana-mana Perdana Menteri sebelum ini yang belum pernah dilihat persembahan mereka adalam menyampaikan satu-satu ucapan kepada rakyat yang dipimpin. Ucapan YAB Saudara semalam betul-betul 'mencengkam' perasaan seluruh rakyat Malaysia bukan sahaja rakyat Melayu tetapi kaum bukan Melayu juga.

Kepimpinan Anwar sebenarnya bertujuan untuk membawa rakyat yang lebih juah. Ada dinayatakann dengan jelas bahawa matlamat akhir yang hendak dicapainya ialah untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia khususnya yang bukan Melayu bahawa pemimpin Melayu boleh mentadbir negara dengan baik. Untuk dibuktikan juga bahawa sebenarnya agama Islam dan kepimpinan Islam lebih merupakan kepimpinan yang berasaskan keadilan. Dan pemimpin Melayu boleh melaksanakan apa yang telah dijanjikan dalam  pilihanraya tempoh hari bahawa Pakatan Harapan pastinya tidak 'memilih bulu' dalam melaksanakan pentadbirannya. Ini sebenarnya matlamat yang hendak diertikan.

Agenda utama YAB Saudara Anwar tetap 'peperangan'nya membasmi rasuah, mempastikan tatakelola pentadbirannya mengikut jalan yang betul. Rakyat menunggu dengan penuh minat tentunya apakah 'kata serupa bikin' atau hanya bersifat rhetorik semata-mata. Rakyat sudah jemu dan jelak melihat pertukaran kerajaan dari satu bentuk pemerintahan kepada yang lain dan janji pilihanraya mereka adalah pentadbiran negara yang kemas dan teratur apabila menjadi pemerintah disamping menghapuskan kegiatan rasuah. Namun begitu hasrat sedemikian 'padam' begitu saja setelah berkuasa.

Mungkin perkara sebegini tidak berlaku dalam pentadbiran YAB Saudara Anwar. Seingat aku, sepanjang perkenalan dengan YAB Saudara Anwar, beliau amat komited dengan agenda penghapusan rasuah ini. Jikalau sebelum ini hasrat sedemikian tidak dapat dilaksanakan disebabkan oleh tidak ada kuasa ditangan, maka dengan kuasa yang ada kini, hasrat sedemikian dapat dijelmakan. Rakyat menunggu dengan penuh debaran. Pernah di war-warkan suatu ketika dahulu ia itu ketika beliau menjadi Menteri Kewangan satu tindakan 'Ombudsman' yang bermatlamat seperti yang dirangka kini, namun telah 'lenyap' begitu sahaja, ia itu 'lenyap' bersama beliau 'ke penjara'

Dalam ucapannya di majlis berkenaan semalam beliau dengan tegas  berjanji akan mengambil tindakan serta merta terhadap para menteri atau timbalan menteri yang jelas terlibat dengan kegiatan amalan rasuah. Pastinya rakyat akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap usaha murni ini. Sudah lama kita tidak mendengar saranan yang sebegini dari seorang Perdana Menteri. Kebanyakan Perdana Menteri yang terdahulu sentiasa berusaha untuk menjaga kepentingan masing sehinggakan hampir tidak kedengaran usaha untuk memajukan rakyat dan negara apatah lagi meletakkan negara di atas landasan yang boleh dibanggakan.

Hampir tidak ada usaha Perdana Menteri yang terdahulu. Terlalu kurang sidang akhbar diadakan sedangkan sidang akhbar sedemikian itu penting kerana melalui sidang akhbar sedemikianlah  rakyat tahu ahrah tuju ke mana negara hendak ditujukan. Hampir tidak ada sidang akhbar yang diadakan untuk menjelaskan hala tuju negara yang diadakan oleh dua orang Perdana Menteri sebelum ini. Kadang-kadang rakyat merasakan bahawa rakyat dalam kegelapan, tidak tahu arah tuju sedangkan perbelanjaan kerajaan 'menimbun' dan semacam dibazirkan.

Nampaknya bukan sahaja 'boss' yang berusaha untuk berjimat, 'anak buah' juga sedang berusaha ke arah itu. YB Rafizi Ramli juga sudah 'berikrar' akan melakukan penjimatan seperti yang dijangkakan. Beliau telah menyatakan akan berusaha 'membezakan' tugas negara dan tugas politik. Beliau berjanjia tidak akan menggunakan wang negara demi kepentingan politik peribadinya. Maknannya dia cuba membezakan yang mana tugas berpolitik dan yang mana tugas untuk kementeriannya. Syabas!

Kehadiran YAB Saudara Anwar Ibrahim di persada pemerintahan negara adalah sesuatu yang dinantikan dan pastinya direstui oleh rakyat.

Hanya golongan rakyat yang tidak 'berhati perut' sahaja yang sentiasa menentang dan yang sentiasa 'mencemburui' hasrat yang hendak dicapai.


abuhassanadam

12 Disember 2022



No comments:

Post a Comment