ANWAR ISYTIHAR 'PERANG' - MERAKYATKAN EKONOMI MALAYSIA
YAB Saudara Anwar Ibrahim telah merasmikan program pertama, dimana beliau telah bertemu dengan penjaja dan peniaga kecil di Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bersama wakil-wakil serta peniaga kecil dan badan-badan koperasi hari ini. Pesanan beliau kepada pihak yang berwajib adalah agar menjaga dan memelihara serta memberi ruang yang secukupnya kapada Penjaja dan Peniaga. Tugas sedemkian dipertanggungjawab kepada semua kementerian. Dan semua kementerian selayaknya memberikan kerjasama. Beliau juga menyentuh tentang kegiatan ejen -ejen yang mencari peluang mendapat untung dengan cara menjadi orang tengah dalam urusan untuk mendapatkan lesen perniagaan. Kegiatann sebegini harus diberhentikan serta merta, katanya.
Jikalau anak muda lahir dalam Kurun ke 21, dann. tidak mengenal Saudara Anwar Ibrahim dari dekat mereka tidak tahu bahawa itulah sebenarnya perjuangan Anwar Ibrahim, ia itu berjuang untuk golongan tertindas dan perjuangan membela rakyat miskin luar bandar dan juga dalam bandar. Dengan berdasaskan perjuangan demikian jugalah beliau terpaksa merengkok dalam tahanan di penjara Taiping buat beberapa ketika ekoran daripada kegiatannya mengetuai tunjuk perasaan di Baling yang menghadapi keadaan kemiskinan yang begitu sukar ketia itu - tahun 1974.
Apabila beliau menaiki takhta menjadi Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini, ramai 'rakan-rakan' lama yang merasakan bahawa sudah sampai masanya impian dan harapan yang terpendam semenjak awal tahun-tahun 1970an akan tercapai. Para pejunag yang menganggotai PBMUM (Persatuan Bahasa Melayu University Malaya), PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malysia) dan kemudiannya ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia ) mula bingkas bersama 'bingkasnya' Anwar Ibrahim di persada perjuangan membela nasib rakyat (khususnya golongan miskin).
Sebenarnya golongan di atas ( para mahasiswa dan mahasitua ketika itu - tahun-tahun 1970an) sentiasa memendam rasa melihatkan keadaan negara yang 'kucar-kacir' dan tidak sempurna dibawah pimpinan TS Muhyiddin Yassin dan DS Ismail Sabri sebelum ini. Ramai juga para 'pejuang' tidak sempat melihat 'sepak terajang' Anwar Ibrahim ketika menjadi peneraju negara ini sebagai mana yang diharapkan oleh mereka kerana mereka telah lebih awal menemui pencipta sebelum dapat bersama 'merayakan' apa yang diperjuangkan oleh mereka dan apa juga yang diharapkan oleh mereka. Dan apa yang akan dilakukan oleh Saudara Anwar dalam memenuhi aspirasi negara tercinta.
Ramai yang mengatakan bahawa Anwar Ibrahim terpaksa menunggu selama 24 tahun untuk merealisasikan cita-cita dan harapan dan baru dapat menjadi Perdana Menteri. Maknanya mereka menggunakan titik tolaknya pada tahun 1998. Rasanya tidak begitu. Bagi aku perjuangan beliau lebih awal dari itu disebabkan apa yang diperjuangkannya sudah sebati dengan kehidupannya. The conscience of the majority - slogan perjuangan yang selalu diucapkan.
Kepada anak muda yang belum mengenali siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, eloklah dibuat kajian yang mendalam. Sebenarnya bangsa kita tidak ketinggalan juga memiliki seorang pejuang dan wira yang sentiasa berjuang untuk negara. dan bangsanya Jikalau Filipina ada meimliki Jose Rizalnya, Indonesia memiliki Soekarnonya, Africa dengan Mandelanya, maka Malaysia juga memiliki Anwar Ibrahim. Anak muda yang lahir pada kurun ke 21, jangan terlepas pandang tentang hal ini.
Wira-wira yang sedang anda puja dan puji itu sebenarnya tidak sehebat Anwar Ibrahim..
abuhassanadam
22 Disember 2022
No comments:
Post a Comment