FTNAH...FITNAH
Fitnah...fitnah... dan tabur fitnah. Apakah ini merupakan satu kepuasan pihak pembangkang (PN dan PAS) dan boleh menyebabkan mereka tidur lena ataupun telah mendatangkan jijik di mata segelintir rakyat Malaysia yang sudah agak jemu dan bosan melihat tindakan golongan ini. Dan yang menyedihkan adalah yang masih 'bermain politik' sebegini adalah terdiri daripada golongan yang sebangsa dengan aku. Melayu. Sudah..sudah lah..
Jikalau 'demokrasi' yang diimpikan, maka PRU 15 telah menunaikann janjinya, meletakkan kemenangan kepada yang hak untuk menang. Rakyat sendiri yang telah membuat keputusan dengan waras dan bijak. Dan PRU15 itu telah berjalan dalam suasana yang amat tenang dan kesannya telah meletakkan parti yang menang di tempat yang sewajarnya. Sepatutnya tidaklah timbul persoalan lagi yang boleh mengeruhkan keadaan di negara ini.
Dan sekiranya tidak puas hati dengan keputusan PRU15 maka sewajarnyalah golongan yang tidak puas hati dengan keputusan rakyat itu menunggu dengan sabar PRU 16, yang moga-moga rakyat akan membuat perhitungan sekali lagi. Dan mungkin pada ketika itu nanti rakyat sudah berubah haluan dan mahu negara ini ditadbir oleh parti PN dan PAS. Mungkin! Dan pada ketika itu nanti boleh kepimpinan ulama mendabik dada mengatakan inilah cara kepimpinan dan pentadbiran yang perlu dilakukan oleh sebuah pentadbiran yang maju yang dapat 'menewaskan' kepimpinan yang berlaku di negara-negara lain di Asia Tenggara.
Kini kelihatan pihak pembangkang sentiasa mengganggu usaha memulih dan memajukan negara sebagaimana yang sedang dilakukan oleh PM Anwar Ibrahim. Sokong saja lah. Mengapa pihak pembangkang perlu mengganggu gugat usaha murni untuk memajukan negara. Ramai yang merasakan bahawa jika dilihat dari prestasi yang disumbangkan oleh PM Anwar Ibrahim setakat ini merasakan apa yang dilakukannya seperti 'jauh panggang dari api'jika dibandingkan hasrat yang hendak dilakukan oleh PN/PAS. Tidak akan terdaya kepimpinan pembangkan melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan. Dan belum lagi tercetus tentang hasrat yang hendak dijelmakan oleh mereka. Mungkin ada hasrat untuk mengganti kereta baru sekiranya kembali berkuasa.
Telah terbukti dengan jelas bahawa kepimpinan TS Muhyiddin dan DS Ismail Sabri sebelum ini boleh dikirakan 'gagal' yang menyebabkan negara melalui zaman yang amat suram dan kelam. Dengan sebab itulah rakyat merasakan perlu kepada perubahan yang amat drastik. Rakyat sudah tidak tahan berada di bawah pentadbiran yang agak 'memalukan' itu. Di merata-rata tanah air pada ketika itu kedengaran sungutan dan cemuhan memperkatakan tentang kepimpinan negara pada ketika itu.
Bayangkan sebuah negara yang pada suatu waktu merupakan seekor 'singa' yang begitu maju dalam berbagai lapangan telah menjadi sebuah negara yang amat ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain di Asia Tenggara. Apakah kepimpinan negara ketika itu hanya pura-pura tidak mengetahui tentang terkebelakangnya negara ini. Itu pun ada usaha untuk 'merebut' kembali kepimpinan negara ini dengan cara yang tidak direstui rakyat.
Sudah, sudahlah.. Bagilah peluang kepada Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan PM Anwar Ibrahim untuk mentadbir negara ini.
abuhassanadam
24 Disember 2022
No comments:
Post a Comment