KETEPIKAN SUARA SUMBANG
Masih kedengaran lagi suara-suara sumbang yang mempersoalkan kesahan kerajaan yang dipimpin oleh YAB Saudara Anwar. Masih ada lagi yang mempersoalkan apa akan jadi sekiranya berlaku keadaan di mana ahli parlimen tidak semuanya menyokong beliau di parlimen pada 19 Disember akan datang.
Perkara sedemikian mungkin tidak akan berlaku.
Yang aku persoalkan ialah mengapa masih ada sikap dengki dan khianat dikalangan para pemimpin kita yang merasa gusar dan iri hati melihat kerajaan yang dipimpin oleh YAB Saudara Anwar. Sekiranya diteliti sudah jelas menampakkan bahawa tidak akan berlaku sebagaimana yang dirasakan oleh mereka akan berlaku. Dan mengapa keadaan sedemikian tidak timbul ketika negara di terajui oleh TS Muhyiddin Yassin. Dan ketika ditadbirkan oleh YAB DS Ismail Sabri, puak YAB Saudara Anwar memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi demi memajukan negara.
Tetapi persoalannya mengapa sekarang timbul keadaan sedemikian?
Disinilah letaknya peranan anak muda yang berpelajaran dan mendapat pendidikan yang membolehkan golongan ini berfikirann waras demi penerusan generasi yang akan datang. Golongan muda seharusnya bersikap terbuka dan sentiasa memikirkan tentang bagaimana negara ini harus diterajui agar satu hari ini menjadi sebuah negara Malaysia yang betul-betul dapat dibanggakan. Tak usahlah 'terikut-ikut' dengan 'perangai dan lagak' setengah pemimpin kini yang terlampau jauh menyimpang daripada pembawaan yang sepatutnya. Sudah, sudahlah.
Sebenarnya kita bertuah kerana kita berada didalam sebuah negara yang berbilang bangsa. Cuma kadang-kadang kita merasakan, kita (orang Melayu) tidak seharusnya berkongsi dengan orang lain di negara ini. Kita merasakan negara ini kita punya dan tidak harus dikongsikan bersama. Tetapi sebenarnya dengan perkongsian itulah yang menyebabkan kita berada sebagaimana kita berada sekarang. Malaysia maju dan tidak juah berbeza dengan negara-negara lain d Asia Tenggara.
Oleh itu rasanya, mari kita lupakan (jikalau ada) rasa tidak puas hati dikalangan kita (bangsa Malaysia) dan berfikiran positif, berusaha untuk meneruskan usaha memajukan bangsa kita. Apatah lagi apabila telah selesai PRU15 bagi semua kawasan di Malaysia dan kita telah menjalankan tugas dan peranan kita sebagai rakyat Malaysia mengikut lunas demokrasi yang kita amalkan. Kita berjaya menunaikan tanggungjawab kita. Syabas!
Anak muda yang baru pertama kali terlibat dalam proses demokrasi saya ucapkan syabas dan perlu bersikap terbuka untuk membina negara yang tercinta ini. Lupakan jikalau ada bibit-bibit perbedaan dihati saudara dan tumpukan kepada usaha untuk membina kekuatan negara.
Saudara harus faham bahawa inilah masanya saudara-saudara harus memberikan sokongan sepenuhnya kepada kepimpinan negara yang dipimpin oleh YAB Saudara Anwar Ibrahim. Sebenarnya Tuhan telah 'mengurniakan' kepada kita seorang wira yang mungkin tidak ada tolak bandingnya kepada bangsa Malaysia. Mungkin ramai anak muda yang tidak mengenali siapa sebenarnya 'manusia' yang bernama Anwar Ibrahim. Lambat laun ppasti anak muda mengenai beliau. Tak kenal maka tak cinta.
Hanya 'orang lama' yang tahu tentang 'sepak terajang' yang telah dilalui oleh Saudara Anwar, yang amat faham tentang denyut nadi rakyat yang dipimpinnya. Bagi mereka yang meragui tentang kepimpinan YAB Saudara Anwar, menungkanlah agar 'bahtera' yang dilayari ini sampai ke pangkalan yang betul membanggakan kita. Insyallah.
abuhassanadam
8 Disember 2022
No comments:
Post a Comment