BEKERJA DENGAN ANWAR
Memang sukar untuk ikut cara PM Anwar Ibrahim buat kerja - atau untuk melakukan sesuatu tindakan. Silap-silap boleh 'lari malam' kerana tidak tahan tekanan. Beliau amat bertimbang rasa terhadap para pekerjanya tetapi caranya melakukan tugas adalah dalam keadaan yang 'luar biasa'. Namun bekerja 'dengan' atau 'dibawah' Anwar Ibrahim amat menyeronokkan. Amat mencabar. Dan sekiranya ada yang mengatakan bekerja dengan Anwar Ibrahim sesuatu yang 'memboringkan' maka sipolan demikian memang tidak boleh bekerja dengan siapa pun yang ingin memajukan negara.
Antara tindakan awal PM Anwar ialah merundingkan bantuan kepada penanam padi melalui bantuan yang akan diberikann oleh TS Syed Mokhtar. Itulah cara Anwar Ibrahim melakukan tugas. Pantas dan tangkas. Dia tak menunjuk-nunjuk tetapi berkemungkinan satu 'nikmat' baginya dapat melakukan tugas sedemikian dengan menolong rakyat yang dipimpinnya. Itu merupakan hobinya.
YB Tuan Haji Mat Sabu mungkin 'tersentak' terkejut apabila PM Anwar meminta beliau mengumumkan harga ayam pada keesokan harinya sedangkan pada ketika itu YB Mat Sabu masih 'terpinga-pinga' tentang kementerian yang dipikulnya. Aku pasti beliau 'tak tidur' pada. malam penyediaan langkah-langkah awal untuk menurunkan harga ayam. Dan mungkin juga PM Anwar tersenyum sinis bersama DS Dr Wan Azizah mengenangkan 'anak buahnya' yang sedang 'mengelupur' mengenangkan 'nasib' yang menimpa, berada dibawah pengawasan Anwar Ibrahim.
Namun begitu, bagi sesiapa sahaja yang kini berada dibawah pimpinan PM Anwar Ibrahim sepatutnya merasa syukur kerana tidak mudah dapat diterima oleh seorang yang berkeliber sedemkina rupa. Bagi seseorang yang baru jadi menteri misalnya, pasti mereka merasakan bahang yang akan diterima dengan berbagai dugaaan dan asakan yang amat sukar dilalui tetapi amat bahagia setelah dapat dibereskan.
Masih dapat diperhatikan bahawa tidak ramai yang memahami tentang bagaimana untuk 'bekerja' dengan. Anwar Ibrahim. Ramai juga antara para Menteri dan Timbalan Menteri yang masih 'terkial-kial' mencari jalan yang sesuai untuk 'membantu' Anwar Ibrahim dalam menjalankan tugas negara. Tidak mudah. PM Anwar sememangnya mahukan 'pekerja'nya berada dihadapannya dan bukan berada dibelakangnya. 'Lead'. Dan berfikiran secara kritikal.Beliau mahukan cadangan dan fikiran yang kritikal dan tidak hanya menjadi pak turut.
Era Anwar Ibrahim merupakan era zaman baru yang penuh cabaran apatah lagi negara kita Malaysia semacam baru 'bangun' dari tidur yang diulit mimpi yang panjang. Tugas PM Anwar dan rakan-rakannya memang berat tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Kelihatan berat kerana diganggu-gugat oleh 'anasir-anasir' yang berusaha untuk menggagalkan Kerajaan Perpaduan. Tak cukup dengan anasir sedemikian ditambah pula dengan usaha yang tidak berhenti dari Tun Mahathir yang sentiasa menggugat perjalanan PM Anwar.
Namun usaha Tun Mahathir itu hanya seperti usaha 'Anjing menyalak bukit'.
abuhassanadam
27 Disember 2022
No comments:
Post a Comment