TEGURAN TUN M: PEMIMPIN UMNO SEMACAM MEMEKAKKAN
TELINGA
Teguran yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir
khususnya dan beberapa orang pengkeritik lain mengenai ‘ketempangan’ UMNO kini
seolah-olah tidak dipedulikan. Malah ramai juga pemimpin yang cuba menafikan kenyataan
yang dibuat oleh Tun Mahathir itu. Cuma yang tidak dinyatakan oleh mereka
secara terang-terang ialah bahawa apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir (M) itu
sebagai kenyataan pemimpin tua yang sudah ‘nyanyuk’.
Tun M telah menyatakan dalam Blognya bertarikh 5
November 2014 tentang perubahan yang perlu dilakukan dalam UMNO Selangor.
Selanjutnya beliau menyatakan, ‘Sesungguhnya perubahan yang diperlukan
oleh UMNO Selangor ialah pembubaran dan penyusunan semula. Pemimpin-pemimpin
UMNO Selangor perlu terima hakikat bahawa mereka kalah dalam PRU 12 dan 13.
Mereka perlu undur’
Sebenarnya apa yang disuarakan oleh
Tun M itu telah pun disuarakan oleh DS Najib sendiri yang beliau merasakan
begitu ‘penat’ melayan kerenah yang berlaku di UMNO Selangor ini. The Malaysian
Insider bertarikh 1 November 2014 telah memuatkan kenyataan DS Najib dibawah
jodol, ; ‘Tired’ Najib wants Selangor UMNO to grab back state from Pakatan’.
Selanjutnya beliau menyatakan,’ "I feel so
tired. It is such a big embarrassment when BN is mentioned as the
opposition,” katanya di Konvenyen UMNO
pada tarikh berkenaan.
Dua kenyataan dan teguran
yang dibuat oleh dua orang pemimpin lama dan baru ini seolah-olah seperti
slogan yang banyak terdapat di kawasan masjid-masjid yang berbunyi,’ SEMBAHAYANGLAH
SEBELUM ANDA DISEMBAHAYANGKAN’. Lebh kurang begitulah mesej yang hendak
disampaikan oleh kedua-dua pemimpin ini. Walaupun ada peribahasa Inggeris ada
menyatakan tentang, ‘don’t kill a messenger’ namun ramai pemimpin UMNO,
khususnya di Selangor yang mengambil sikap ‘confrontational’ terhadap kenyataan
pemimpin-pemimpin ini.
Kenyataan Setiausaha UMNO
Selangor, Saudara Johan Abdul Aziz sebagaimana yang disiarkan oleh Malaysiakini
bertarikh 8 November 2014 dibawah tajuk, “ Selangor UMNO says Dr M disparaging
the party’ telah membidas kenyataan Tun M dengan menyatakan bahawa Tun M tidak
sepatutnya membuat tuduhan sedemikian dengan tidak mengemukakan bukti-bukti
yang jelas dan nyata. Selanjutnya beliau menjelaskan,
“Don’t keep putting forward this corrupt image about Umno. If
there is corruption, then arrest all the Umno people….To me, it is wrong that
Tun talked about corruption. If he has evidence - and he is the former prime
minister - then bring it to the authorities….I think this does not give a good
image to the party because he too is an Umno member,”
Tetapi soalnya YBM Tengku Razaleigh Hamzah, tokoh lama yang amat
berpengalaman dalam parti UMNO pun pernah kata tentang persoalan rasuah yang
melibatkan UMNO. Kata Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li ), ‘ Corruption is the
biggest problem. If we can get rid of some or most then ( the problem) is
resolved…. Projects are too expensive and the costs are passed on to
consumers and finally the people at the bottom have to bear the additional
cost’.
51% rakyat Malaysia mungkin kata begitu. Setuju sangat dengan
pandangan Ku Li yang mengatakan bahawa rasuah dan penyelewengan adalah
merupakan masalah besar dan sekiranya masalah ini dapat diatasi maka banyak
masalah akan dapat selesai. Sebahagian besar rakyat sudah lama tahu mengenai
rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin. Dan salah satu sebab yang
menyebabkan mereka mengundi pembangkang dalam PRU 13 adalah berpunca daripada
keadaan itu.
Suasana seperti itu juga yang ditakuti oleh DS Najib dan Tun M.
Lantas mereka menyarankan agar UMNO amat perlu membuat perubahan. Dan antara
saranannya ialah agar pemimpin lama dalam UMNO yang dikira sudah ‘luput tarikh’
harus berundur dan memberikan laluan kepada pemimpin muda yang berpotensi untuk
menggantikan tempat mereka sebagai pemimpin. Lagi pun para pemimpin yang ‘sudah
luput tarikh’ harus sedar bahawa cara ‘berpencak’ pada Kurun ke 21 adalah amat
berbeza dengan ‘sepak terajang’ pada Kurun ke 20. Justeru mungkinlah pemimpin
UMNO lama sudah agak letih dan penat untuk berpencak di pentas Kurun ke 21.
Terus terang aku katakan bahawa ramai yang menyokong pembangkang
bukan disebabkan mereka tidak bersetuju dengan dasar UMNO ( BN) tetapi mereka
tidak menyukai perangai ramai pemimpin UMNO (BN) yang rasuah dan terlibat dalam
berbagai penyelewengan. Lebih daripada 51% rakyat Malaysia kini yang agak
meluat dengan perangai dan sikap sebahagian besar pemimpin UMNO (BN) yang
memerintah negara ini.
Para pemimpin UMNO (BN) seolah-olah memekakkan telinga dan
memejamkan mata apabila isu rasuah dan penyelewengan ini diperkatakan oleh
rakyat. Seolah-olah bukan mereka yang terlibat dengan apa yang diperkatakan
oleh rakyat. Mereka dapat menafikan apa yang mereka telah lakukan. Oleh kerana
mereka berkuasa, maka mereka dapat menggunakan jentera kerajaan untuk ‘tolong’
menidakkan apa yang telah mereka lakukan. Mereka amat ‘bijak’ menggunakan ‘ilmu’
yang mereka pelajari untuk melakukan penyelewengan dan rasuah sehingga terlalu
sukar pihak berkuasa untuk menuduh kegiatan jahat mereka.
Lebih 51% rakyat Malaysia tahu apa yang mereka lakukan. Jikalau
tidak masakan 51% rakyat menentang UMNO ( BN ) dalam PRU 13 yang lalu. Sudah
jelas di mata rakyat ada perbuatan-perbuatan sumbang yang dilakukan oleh
pemimpin-pemimpin yang tidak tahu malu dan bermuka tebal. Mereka ‘tergamak’
menafikan perbuatan terkutuk mereka. Dan sebaliknya ada pula yang terus menuduh
orang yang melaporkan perbuatan terkutuk mereka.
Yang anihnya, pemimpin sedemikian masih ada yang mahu
‘mengikut’nya. Pengikutnya terus menerus mengangkatnya menjadi pemimpin. Bukan
itu saja, malah terus dilantik memegang jawatan dalam kerajaan. Dan yang
empunya diri yang terpalit, tidak pula segan silu menerima jawatan yang
ditawarkan.Apakah rakyat Malaysia yang sebegini sudah hilang pertimbangan
langsung dan sudah tidak dapat menilai sesuatu yang baik dengan yang buruk.
Apakah sudah dikaburi agaknya mata mereka yang sudah tidak dapat melihat dengan
jelas, membezakan antara keburukan dan kebaikan.
Jikalau keadaan sebegini berjalan terus menerus, maka aku tidak
tahu ke manalah agaknya akhirnya ‘destinasi’ negara ini. Sebagaimana yang
dikatakan oleh Ku Li, ‘Projects are too expensive and the costs are passed on
to consumers and finally the people at the bottom have to bear the additional
cost’. Maknanya sesuatu projek yang dijalankan oleh kerajaan adalah terlalu
mahal dan dibahu rakyatlah diletakkan bebanan untuk menanggung kos –kos tambahan.
Lantas kesimpulan yang dibuat oleh Ku Li itu ialah, kerajaan seharusnya
memerangi rasuah dan penyelewengan ini dengan sekeras-kerasnya dan bukan
sepatutnya menaikkan harga minyak. ( Kerajaan kata mereka mengurangkan harga
subsidi minyak).
Persidangan Agung UMNO yang akan diadakan tidak lama lagi
seharusnya membincangkan isu rasuah dan penyelewengan dalam kerajaan sebagai
agenda penting dan bukan sebagai ‘pesta’ untuk memuji dan memuja pemimpin.
Tidak juga PAU itu dijadikan sebagai pentas ‘Maharaja Lawak’ dimana para badut
mempamerkan ‘kebolehannya’ untuk berlawak jenaka.
Persidangan Agung UMNO adalah pentas untuk membincangkan tentang
nasib bangsa Melayu menghadapi Kurun ke 21.
abuhassanadam
11 November 2014
No comments:
Post a Comment