BUKAN SALAH ANWAR DAN BUKAN SALAH AZMIN
Reading
between the lines, aku mula yakin bahawa tercetusnya kemelut politik dalam PKR
bukan diletakkan ke bahu DS Anwar Ibrahim ataupun DS Azmin Ali. Aku merasakan
bahawa ‘pengikut’ yang baru ‘tumbuh tanduk’ dan ‘berubun lembut’ kedua-dua
pihak yang menjadikan keadaan dalam PKR terus ‘menjadi kelamkabut’. Yang
menyebabkan aku terus membuat kesimpulan sedemikian adalah apabila ada ura-ura
yang datangnya dari pengikut Azmin untuk mengadakan kongres yang berasingan selain
dari Kongres Nasional yang akan diadakan di Melaka pada hujung minggu ini.
Merancang
mengadakan satu lagi perhimpunan pada hari yang sama adalah merupakan tindakan
kumpulan yang ‘baru tumbuh tanduk dan berubun lembut’ yang tidak memikirkan
kesan buruk yang akan menimpa parti PKR kemudiannya. Kumpulan sedemikian
sebenarnya tidak langsung memikirkan betapa ‘gembiranya’ pihak lawan melihatkan
apa yang telah berlaku dalam PKR itu. Dan yang paling menyedihkan ialah sikap
segelintir golongan sedemikian yang tidak langsung memikirkan ‘jerih payah’
golongan reformis ( Otai Reformasi) untuk menubuhkan parti keramat ini.
Mungkin
pada tahun 1998, golongan yang ‘baru tumbuh tanduk’ ini masih kanak-kanak dan
tidak tahu apa sebenarnya erti perjuangan. Mereka tidak tahu jerih payah yang
dialami oleh golongan reformis yang sentiasa meneriakkan slogan ‘Reformasi’ dan
berarak di jalan-jalan raya setelah DS Anwar ditangkap, dimalukan dan
dipenjara. Pada ketika itulah lahirnya dan berputiknya Parti Keadilan Rakyat yang
diasaskan oleh ‘golongan tua’ seperti Azmin, Syed Hussein Ali, Tien Chua,
Sivarasa dll. DS Wan Azizah ‘terpaksa’ mengorbankan diri menceburkan diri dalam
politik bersama-sama dengan Nurul Izah yang masih dalam belasan tahun.
‘Mengorbankan’ masa remajanya demi perjuangan menegakkan keadilan.
Golongan ‘yang baru tumbuh tanduk’ tidak dapat merasakan pedih payahnya golongan reformis ( golongan tua (kini) yang pada ketika itu masih muda dan bertenaga) ‘berjuang’ untuk menegakkan kebenaran tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Malah bukan ganjaran wang yang diharapkan tetapi ada kalanya terpaksa mengorbankan wang ringgit demi meneruskan perjuangan. REFORMASI!
Golongan ‘yang baru tumbuh tanduk’ tidak dapat merasakan pedih payahnya golongan reformis ( golongan tua (kini) yang pada ketika itu masih muda dan bertenaga) ‘berjuang’ untuk menegakkan kebenaran tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Malah bukan ganjaran wang yang diharapkan tetapi ada kalanya terpaksa mengorbankan wang ringgit demi meneruskan perjuangan. REFORMASI!
Anak
muda yang kononnya berjuang dalam PKR kini tidak dapat merasakan jerih payah
yang dideritai oleh Otai Reformasi pada ketika itu. Mungkin golongan muda tahu
dan mendengar kisah perjuangan Otai Reformasi itu. Dan yang anihnya ramai juga
golongan Otai Refformasi itu tidak menjadi ahli PKR tetapi merupakan pengikut
yang amat setia perjuanagan yang dilakukan oleh PKR.
Bayangkanlah
sekiranya berlaku perpecahan dalam PKR kini dan beberapa hari lagi, tentulah
hancur luluh hati dan perasaan golongan Otai Reformis yang kebanyakannya hanya
menghabiskan sis-sisa usia mereka untuk melihat tokoh Reformasi – Saudara Anwar
Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 8. Itulah impian dan harapan golongan Otai
Reformasi yang berselerak di seluruh negara kini. Mereka merupakan ‘Wira yang
tidak didendang’ – The Unsung Hero!
abuhassanadam
2 Disember 2019