ANTARA ANWAR DAN AZMIN
Aku
mengenali rapat DS Anwar dan DS Azmin Ali dan dengan sebab itulah aku
terpanggil untuk memperkatakan sesuatu mengenai kemlut yang berlaku kini.
Secara jujurnya dapat aku katakan bahawa aku tidak tahu punca ‘sebenarnya’
berlaku perselisihan faham (politik) antara kedua-dua mereka sehinggakan cukup
‘merunsing dan membimbangkan’ rakyat yang sentiasa menunggu-nunggu DS Anwar
menjadi Perdana Menteri Kelapan.
Hendak
aku katakan pertarungan Anwar –Azmin ini sebagai pertarungan Hang Tuah dan Hang
Jebat tidak pula begitu kerana hubungan antara mereka berdua ( walaupun semacam
persahabatan yang akrab) adalah sebagai ‘tuan /pesuruh’. Pada asalnya Azmin
adalah sebagai Pegawai Khas kepada DS Anwar ( 1986) yang pada ketika itu
sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang berpejabat di Pusat Bandar Damansara.
Secara kebetulan bilik aku hanya bersebelahan dengan bilik Azmin di pejabat
yang sama.
Bermula
dari tahun 1986 itulah, Azmin terus menerus bersama dengan DS Anwar Ibrahim.
Boleh aku ibaratkan ‘seperti aur dengan tebing’ ‘ bukit sama di daki dan lurah
sma dituruni’. Dari jawatan sebagai Pegawai Khas, beliau telah dilantik sebagai
Setiausaha Sulit kepada DS Anwar setelah berlaku kekosongan menggantikan
Saudara Nasaruddin Jalil (arwah). Pendek kata antara Anwar dan Azmin adalah
sebagai abang-adik, melayari perjuangan ketika senang dan susah sehinggalah ke
hari ini.
Bagi
aku taat setia Azmin kepada Anawar tidak ada tolak bandingnya. Pengorbanan yang
dilakukan juga bukan sebarang pengorbanan yang boleh disa-siakan begitu sahaja.
Apa tidaknya. Ketika Anwar menghadapi zaman ‘dimalukan’ oleh pemerintah pada
ketika itu, maka Azmin sentiasa berada disamping keluarga DS Anwar bersama-sama
DS Wan Azizah dan Nurulizzah yang masih dalam belasan tahun. Ikatan perjuangan
Anwar’Azmin berterusan sehinggalah kemenangan Pakatan Harapan dan DS Anwar
dibebaskan. Rakyat Malaysia begitu bahagia menikmati kemenangan PRU14 dan
tentunya rakyat tidak menyangka berlakunya kemelut politik dalam PKR kini.
“Aku
sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’
Amat
sesuai keadaan yang ‘menimpa’ kini disamakan dengan suasana hujan di tengah
hari. Aku sendiri tidak menyangka yang keadaan yang wujud kini ( yang
kadang-kadang digembar-gemburkan oleh media) kelihatan begitu serious. Aku
masih berpegang kepada sangkaan bahawa pertrungan Anwar-Azmin itu hanyalah
sebagai ‘perbalahan politik’ tetapi setelah aku perincikan keadaan yang wujud
kini, maka sudah dapat aku rasakan bahawa keaadaan sudah semakin serious. Lantas
aku memberanikan diri untuk menulis rencana sebegini. Kalau pun tidak dapat
menyelesaikan (siapalah aku untuk menyelesaikan kemelut politik sedemikian)
sekurang-kurangnya dapat memberikan renungan sejenak kepada kedua-dua tokoh
ini.
Aku
dapat rasakan bahawa rakyat Malaysia amat menyayangi kedua-dua tokoh ini. Anwar
Ibrahim bukan sahaja merupakan pemimpin bagi rakyat di negara ini malah telah
disanjung oleh tokoh-tokoh dunia seperti Nelson Mandela, Lee Kuan Yew, Obama
dll. Pastinya bukan rakyat Malaysia sahaja yang menunggu-nunggu giliran beliau
untuk memimpin negara ini. Dan sememangnya telah dipersetujui pun bahawa beliaulah
yang akan menggantikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri kelapan.
Dan
kedudukan Azmin semacam sudah ‘berada dalam tangan’ jawatan Perdana Menteri.
Cuma beliau hanyalah perlu bersabar buat seketika sementara menimba pengalaman
dari Saudara Anwar Ibrahim. Takkanlah tak boleh tunggu seketika sedangkan
saudara sudah menunggu puluhan tahun (1986- 2019) bersama-sama dengan Saudara
Anwar. Sebenarnya itulah merupakan doa dan harapan rakyat Malaysia. Janganlah
hendaknya saudara menghampakan harapan rakyat.
Kemelut
yang berlaku kini sebenarnya amat merunsingkan rakyat terbanyak dan
‘mengembirakan’ pihak pembangkang. Dalam suasana sebeginilah Saudara Azmin
(sebagai orang muda) perlu berhati-hati memilih kawan dan rakan. Sejarah telah
mengajar bahawa ‘kawan ketawa begitu ramai tetapi apabila menangis hanya
keseorangan’. Saudara telah membuktikan bahawa saudara sanggup ketawa bersama
Anwar dan begitu juga apabila keluarga Anwar ‘menangis’ saudara juga ada
bersama-sama.
Sekali
lagi ditegaskan bahwa aku tidak tahu ‘sebenarnya’ punca ‘perbalahan’ antara dua
tokoh ini. Yang dapat aku katakan ialah dalam apa-apa pergaduhan dan perbalahan
pun tentulah ada jalan penyelesaiannya. Saudara Anwar tentulah menemui jalan
sedemikian dan pasti juga saudara meneyetujui jalan yang telah dirintis.
Rakyat
paling runsing dan bimbang sekiranya kemelut dalam PKR tidak dapat
diselesaikan. Namun begitu ramai juga yang optimis merasakan bahawa
penyelesaian dalam PKR ini adalah ibarat ‘ mengejar gunung, hilang kabus
nampaklah ia’.
Insyallah..
abuhassanadam
1 Disember 2019
In this fashion my friend Wesley Virgin's report starts in this SHOCKING AND CONTROVERSIAL VIDEO.
ReplyDeleteAs a matter of fact, Wesley was in the military-and shortly after leaving-he revealed hidden, "self mind control" tactics that the government and others used to get everything they want.
These are the EXACT same tactics many famous people (especially those who "come out of nowhere") and elite business people used to become wealthy and successful.
You probably know that you use less than 10% of your brain.
Really, that's because most of your brain's power is UNCONSCIOUS.
Maybe this expression has even taken place INSIDE your very own mind... as it did in my good friend Wesley Virgin's mind about seven years ago, while riding an unregistered, beat-up garbage bucket of a car without a driver's license and with $3.20 on his banking card.
"I'm so frustrated with going through life check to check! When will I become successful?"
You've been a part of those those types of thoughts, isn't it right?
Your success story is going to happen. You need to start believing in YOURSELF.
WATCH WESLEY SPEAK NOW