Tuesday, February 17, 2015

KE MANALAH TEMPAT HENDAK MENGADU?

Ketika masih kanak-kanak aku masih teringatkan suasana di kampung yang aman damai. Tahun 1950an. Masih zaman pemerintahan British. Zaman penjajahan. Tetapi aku tidak pun merasakan bahawa zaman itu sebagai zaman penjajahan. Tidak pun merasakan kesusahannya berada di bawah penjajahan British walaupun sentiasa diselubungi kemiskinan.

Suatu perkara yang aku masih ingat dan masih mengimpikan suasana sedemikian ‘datang kembali’ ialah suasana tenang dan harmoni di kampung. Jarang sangat berlaku pergaduhan di kampung aku yang boleh membawa kepada pertumpahan darah. Tidak pernah berlaku pergaduhan seperti itu. Jikalau ada pun, hanya merupakan pergaduhan kecil yanhg melibatkan isu-isu kecil.

Pendek kata setiap penduduk kampung merasa selesa dan sentiasa merasa selamat tinggal di desa yang aman damai itu. Apa tidaknya. Semangat kejiranan dan bergotong royong sentiasa diamalkan sehinggakan boleh dikatakan setiap penduduk di kampung aku menikmati suasana kehidupan yang hampir sama. Tidak ada yang terlalu kaya dan tidak pula ada yang terlalu miskin

Kami tidak mengharapkan pertolongan dan bantuan orang lain, apatah lagi pertolongan dari kerajaan. Penjajah British pada ketika itu tidak menghulurkan sebarang pertolongan kepada penduduk kerana yang dipentingkan oleh mereka tentulah ‘pertolongan’ yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Tetapi kini kerajaan sentiasa menghulurkan bantuan kepada penduduk kampung tetapi ada pula kedengaran tentang amalan pilih kasih yang diamalkan oleh pihak yang memberikan pertolongan. Terdengar juga khabar yang mengatakan sebarang bantuan hanya diberikan kepada penyokong kerajaan semata-mata. Mungkin tak betul berita berkenaan. Mungkin juga betul….

Selepas mencapai kemerdekaan kehidupan di kampung aku masih menyeronokan. Ikatan kekeluargaan masih terus diamalkan. Walaupun sudah mencapai kemerdekaan dan sudah ada pilihan raya, namun wakil rakyat yang kami pilih jarang sekali datang ke kampung. Malah hampir tidak pernah menjenguk langsung kawasan yang diwakilinya. Hendak berjumpa dengan beliau pun adalah seperti berjumpa dengan Sultan atau pembesar lain. Payah benar. Keadaa kini pun begitu juga, kata orang kampung aku. Terlalu sukar untuk berjumpa dengan wakil rakyat kecualilah apabila menghampiri suasana pilihan raya.

Orang kampung aku sememangnya tidak mengharapkan pertolongan dan bantuan dari sesiapa pun. Seingat aku arwah bapak tidak pernah pun menyuarakan hasratnya untuk memohon bantuan dari sesiapa walau dalam keadaan keperitan kehidupan yang dalaminya. Dan begitu juga dengan orang kampung aku yang lain. Kebanyakannya akan menempuh hidup dengan cara yang tersendiri tanpa meminta bantuan dari orang lain.

Namun begitu sifat tolong menolong dan bantu membantu adalah amalan penduduk kampung aku dan mungkin kampung lain juga begitu. Mereka tidak akan membiarkan sesebuah keluarga itu menderita. Seboleh-bolehnya mereka akan membantu. Aku masih teringat bagaimana arwah bapak aku dan juga jiran-jiran yang berhampiran membantu sebuah keluarga yang secara tiba-tiba kehilangan kedua ibu bapa akibat kemalangan jalan raya. Orang kampung  membantu dan terus membantu sehinggalah keluarga berkenaan boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Itulah kehebatan orang kampung aku yang pernah aku lihat dengan ‘mata kepala’ aku sendiri. Mungkin mereka telah melaporkan kepada pihak berwajib pada ketika itu (di bawah pemerintahan kerajaan Malaysia) namun tidak ada sebarang bantuan yang sampai. Tidak ada bantuan dari pihak kerajaan. Orang kampung berbangga dengan keadaan demikian kerana mereka sendiri mampu menguruskan rakan-rakan yang ditimpa kemalangan.

Suasana di kampung kini sudah agak berbah apatah lagi suasana yang wujud di negara kita. Kadang-kadang aku terfikir pada siapalah lagi hendak mengadu sekiranya menghadapi sesuatu keadaan yang menyusahkan. Kehidupan di Malaysia kini semacam sudah seperti peribahasa Melayu, ‘ seperti enau dalam belukar, masing-masing mahu melepaskan pucuk masing-masing.

Sudah tidak wujud lagi suasana sepertimana di kamung dulu dimana kehidupannya, ‘seperti aur dengan tebing, ringan sama dijinjing dan berat sama dipikul’

Melalui media arus perdana seringkali kita mendengar yang kerajaan memberikan pertolongan tetapi apa yang aku dengar dari orang kampung ( bukan dari kampung aku saja) segala bantuan dan pertolonga hanya khusus untuk orang tertentu.

Tidak pula dijelaskan golongan mana yang bertuah itu……


abuhassanadam
17 Februari 2015



Thursday, February 12, 2015

IDEALISME ANWAR IBRAHIM SEIRING DENGAN PERJUANGAN MARTIN LUTHER KING DAN NELSON MANDELA

Ucapan Saudara Anwar Ibrahim selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan yang hanya diyakini oleh pihak-pihak terentu (dan semacam tidak diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia) mungkin merupakan ucapan yang akan terus menerus ‘didendangkan’ oleh rakyat Malaysia pada hari-hari dan berkemungkinan juga untuk dekad dan kurun yang akan datang selagi wujud bangsa Malaysia yang semacam tidak menerima keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim yang mengendalikan kes beliau itu.

Rakyat Malaysia terpaksa menerima keputusan hakim disebabkan perlembagaan Malaysia telah meletakan syarat yang kita mesti menerima keputusan hakim. Rakyat yang taat kepada perlembagaan Malaysia dan Yang Dipertuan Agung akur dengan syarat berkenaan tetapi hati kecil kebanyakan rakyat Malaysia amat meragui keputusan yang telah dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim. Ini merupakan persepsi kebanyakan rakyat Malaysia. Bukan tidak ada langsung rakyat yang begitu yakin dengan keputusan yang dibuat oleh hakim. Ada. Tetapi tidak ramai mengikut persepsi aku juga. Ataupun mungkin ramai sebagaimana yang dikatakan oleh media arus perdana.

Rakyat  kebanyakannya yakin dan percaya kepada kata-kata Anwar Ibrahim apabila beliau menyatakan dalam ucapan ‘penggulungannya’ di mahkamah.”I maintain my innocence of this foul charge - this incident never happened. This is complete fabrication - coming from a political conspiracy to stop my political career.You have not given proper consideration to the case presented by my counsel from day one - that this incident never happened at all.

Rakyat percaya yang perkara itu tidak berlaku dan hanya rekaan semata-mata. Tetapi apabila hakim-hakim mengatakan bahawa perkara itu berlaku dan ‘mangsa’nya adalah merupakan saksi yang amat boleh dipercayai dan diyakini (kebenaran katanya) maka rakyat terpaksa menerimanya, walaupun dengan hati yang amat berat.

Sebagaimana yang pernah aku katakan dalam tulisan-tulisan aku yang lepas bahawa idealisme yang diperjuangkan oleh Anwar akan terus menyala. Bukan sekali dan bukan sepuluh kali dan mungkin lebih dari seratus kali Anwar melafazkan hasratnya memperjuangkan rakyat Malaysia dari semua keturunan dengan tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit. Tentulah masih terdengar sayup-sayup kedengaran Anwar melafazkan kata-kata bahawa dia akan memperjuangkan nasib ‘anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Iban, anak kadazan, anak Bidayuh……..”

Dan semacam ada pula persamaan dengan idealisme perjuangan
Martin Luther King yang menyampaikan ucapannya berjodol “ I have  a dream’ pada 28 August 1963. Dengan penuh kesedaran dan insaf beliau menyatakan,

“ I have the dream that one day this nation will rise up and live out the true meaning of its creed: “ we hold these truths to be self evident: that all men are created equal” I have a dream that one day on the red hills of Georgia the sons of former slaves and the sons of of slaveowners will be able to sit down together at a table of brotherhood. I have a dream that one day even the state of Mississippi, a desert state, sweltering with the heat of injustice and oppression, will be transformed into an oasis of freedom and justice. I have a dream that my four children will one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character. I have a dream today”

Dan seperti Nelson Mandela, Anwar juga seolah-olah ‘bersumpah’ akan terus berjuang dan akan meneruskan perjuangan demi bangsa dan negara. Jikalau dilihat daripada intisari ucapan kedua-duanya, selepas dijatuhkan hukuman penjara, maka akan dapat dilihat persamaan yang cukup jelas.

Aku teringat kata-kata Mandela dari kandang orang bersalah pada 20 April 1964. “During my lifetime, I have dedicated myself to this struggle of the African people. I have fought against white dominations, and I have fought against black domination. I have chesrished the ideal of a democratic and free society in which all persons live together in harmony and with equal opportunities. It is an ideal which I hope to live for and to achieve. But it needs be, it is an ideal for which I am prepared to die” (dari “ SPEECHES THAT CHANGED THE WORLD”)

Dan tidak banyak bezanya semangat perjuangan Nelson Mandela dengan Saudara Anwar Ibrahim melalui ucapannya,
Going to jail, I consider a sacrifice I make for the people of this country.I have fought most of my life on behalf of the people of this country - for the people I am willing to go to jail or face any other consequence.My struggle will continue, wherever I am sent and whatever is done to me.To my friends and fellow Malaysians let me thank you from the bottom of my heart for all the support you have given me. And Allah is my witness. I pledge and I will not be silenced, I will fight on for freedom and justice and

I will never surrender!

abuhassanadam
12 Februari 2015

p/s  Mohon maaf kepada pembaca kerana tidak menterjemahkan ucapan mereka semata-mata untuk mengekalkan keaslian idea yang disampaikan mereka.



Wednesday, February 11, 2015

PERJUANGAN ANWAR IBRAHIM TIDAK ADA TITIK NOKTAHNYA

Gadis belasan tahun yang bernama Malala pernah menyatakan, ‘you can shoot my body but not my dream’. Beliau merupakan manusia bertuah dar Pakistan yang sudah ‘mati’ dan hidup semula. Beliau telah ditembak dari jarak dekat dari sekpumpulan pelampau agama yang menentang pendidikan dikalangan anak perempuan. Dengan izin Allah beliau telah dapat diselamatkan oleh para doktor dari Birmingham apabilau beliau dibawa ke sana. Dan ketika ditemuramah oleh Christiana Amanpour beliau telah melafazkan kata-kata hikmat itu.

Dan mungkin begitu jugalah perjuangan Saudara Anwar Ibrahim yang tidak akan berjumpa dengan titik noktahnya selagai hayat dikandung badan. Perjuangannya adalah ibarat seperti dian yang tidak kunjung padam yang akan sentiasa menerangi alam perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan di bumi bertuah ini. Walaupun jasadnya dipenjarakan, namun idealisme yang diperjuangkannya akan terus menjalar dan meresapi sanubari rakyat yang mahu meneruskan perjuangan beliau yang belum selesai. Slogan ‘ the consciense of the majority’ yang masih terngiang-ngiang di telinga para mahasiswa University Malaya tahun 1970an akan terus berkumandang untuk memantak telinga para anak muda awal Kurun ke 21, walaupun Anwar Ibrahim terpenjara. Idealisme perjuangannya akan terus menyala seperti menyalanya matahari pagi yang menerangi alam Malaysia  ini.

Sebagai pemimpin rakyat yang sentiasa memperjuangkan keadilan pastinya penjara adalah merupakan ‘mainan’nya. Kajilah sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin agung dunia pasti akan terjumpa persamaan antara perjuangan mereka dengan yang dilalui oleh Anwar Ibrahim. Tentulah tidak lengkap rencana ini sekiranya tidak disebutkan nama-nama pemimpin agung seperti Nelson Mandela dan Mahatma Gandhi. Tentulah tidak perlu diulang-ulang tentang kisah Mandela yang merengkok selama 27 tahun dalam penjara di Afrika Selatan tetapi akhirnya muncul juga untuk menerajui kepimpinan Afrika Selatan. Dan tentulah tidak perlu diulang-ulang kisah perjuangan Mahatma Gandhi menegakkan keadilan dan menentang penjajah British di India.

Titik noktah perjuangan mereka adalah ditentukan oleh Tuhan atau mereka sendiri yang menentukan. Tuhan menentukan nasib Mahatma Gandihi apabila beliau ditembak mati. Dan nasib Mandela ditentukan oleh beliau snediri apabila berhasrat mengundurkan diri dari memimpin Afrika Selatan.  Kita tidak tahu untung nasib Aung San Syuki tetapi kita yakin bahawa Anwar Ibrahim akan terus berada dipersada perjuangan menegakkan keadilan selagi hayat dikandung badan. Itu semacam merupakan ‘sumpah’nya.

Ucapan ‘perpisahan’ Saudara Anwar kepada para hakim yang mengadilinya membayangkan bahawa api perjuangan tidak akan kunjung padam. Antara is ucapan yang menarik ialah apabila beliau menyatakan bahawa,

“Going to jail, I consider a sacrifice I make for the people of this country. I have fought most of my life on behalf of the people of this country - for the people I am willing to go to jail or face any other consequence.My struggle will continue, wherever I am sent and whatever is done to me.To my friends and fellow Malaysians let me thank you from the bottom of my heart for all the support you have given me. And Allah is my witness. I pledge and I will not be silenced, I will fight on for freedom and justice and

I will never surrender!

Dan nampaknya rakyat juga telah menyambut seruan Anwar ini dengan perasaan perjuangan yang terus membara. Dan pastinya rakyat juga tidak ‘terjumpa’ lagi titik noktah perjuangan yang sedang belum selesai itu. Nampaknya rakyat terus menerus melafazkan kata-kata keramat yang sudah ‘terpahat ‘ di hati pejuang rakyat ia itu, Lawan tetap lawan’.

abuhassanadam
11 Februari 2015


Monday, February 9, 2015

ANWAR IBRAHIM – MUNGKIN HILANG SEBUTIR BINTANG DI LANGIT ZAMAN

Seeingat aku nama ‘Anwar Ibrahim’ tidak pernah ‘padam’. Semenjak zaman persekolahan ( awal tahun-tahun 1960an) ketika beliau menuntut di Malay College dan aku menuntut di Clifford School, Kuala Kangsar nama ‘Anwar Ibrahim’ sudah mula ‘bergema’ terutama dalam kegiatan berpersatuan dan dalam lapangan perbahasan. Sehinggalah kini ( sudah memasuki Kurun k 21) nama ‘Anwar Ibrahim’ masih menguasai pemikiran rakyat Malaysia.

Pada tanggapan aku nama ‘Anwar Ibrahim’ mula ‘meletup’ ketika beliau mula memimpin Persatuan Bahasa Melayu University Malaya. Walaupun isu bahasa merupakan agenda utama yang diperjuangkan pada ketika itu namun banyak juga isu-isu lain yang diketengahkannya demi untuk ‘mengisi’ perjuangan memertabatkan kemerdekaan negara. Walaupun tidak disenangi oleh pihak pemerintah pada ketika itu, namun beliau bersama-sama dengan pemimpin lain meneruskan perjuangan tanpa henti.

Sehingga tahun 1974, University Malaya merupakan tempat yang penuh dengan ‘happening’ dan salah satu sebab yang terjadi demikian adalah disebabkan adanya manusia bernama Anwar Ibrahim. Tanyalah ‘atuk-atuk’ dan ‘opah-opah’ yang menuntut di University Malaya pada ketika itu akan bersetuju dengan kenyataan aku bahawa memang Saudara Anwarlah yang ‘memeriahkan’ suasana university pada ketika itu.

Speakers Corner yang terletak dipinggiran perpustakaan University Malaya merupakan medan tempat pelajar-pelajar mengasah bakat menjadi pemimpin. Dan telah terbukti bahawa sumbangan dan jasa bakti Speakers Corner berkenaan amat terserlah apabila ramai yang pernah ‘menaiki’ Speakers Corner pada zaman itu telah menjadi pemimpin negara kini. Dan terbukti juga bahawa Speakers Corner tidak menjadikan para mahsiswa ketika itu seorang penjenayah atau bersikap anti nasional. Malah ramai antara mereka yang menjadi pemimpin negara yang amat berkesan.

Anak muda kini harus mengkaji sejarah perjuangan Anwar Ibrahim. Anak muda kini juga harus tahu bahawa tidak ada pemimpin di Malaysia yang mempunyai charisma seperti yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim. Anak muda bangsa Malaysia harus faham bahawa ketika berumur 23 tahun Anwar Ibrahim telah dipilih untuk menjadi Pengerusi Penasihat Belia Bangsa-Bangsa Bersatu. Dan anak muda Malaysia juga harus tahu dan sedar bahawa Anwar Ibrahim pernah memegang jawatan sebagai Presiden of the Twenty-Fifth Session of the General Conference UNESCO (1989) menewaskan pencabarnya yang merupakan bekas Timbalan Perdana Australia .

Banyak lagi sumbangan Anwar Ibrahim yang tidak diketahui oleh anak muda Malaysia. Terlalu banyak sumbangannya di arena antarabangsa yang mengharumkan nama Malaysia. Hanya sejarah yang menetukan segala-galanya.

Besok pada 10 Februari 2015, Anwar Ibrahim mungkin ‘hilang’ buat seketika di arena politik Malaysia tetapi nama “Anwar Ibrahim’ tidak akan ‘padam’ di hati rakyat Malaysia seperti tidak padamnya nama-nama besar seperti Mahatma Gandhi, Sukarno, Nelson Mandela dan pemimpin lain yang memiliki charisma hampir sama dengan yang dimilki oleh Anwar Ibrahim.

Pastinya rakyat menangisi kehilangan satu bintang di langit zaman….

abuhassanadam
9 Februari 2015