Thursday, February 12, 2015

IDEALISME ANWAR IBRAHIM SEIRING DENGAN PERJUANGAN MARTIN LUTHER KING DAN NELSON MANDELA

Ucapan Saudara Anwar Ibrahim selepas dijatuhkan hukuman lima tahun penjara atas kesalahan yang hanya diyakini oleh pihak-pihak terentu (dan semacam tidak diterima oleh sebahagian besar rakyat Malaysia) mungkin merupakan ucapan yang akan terus menerus ‘didendangkan’ oleh rakyat Malaysia pada hari-hari dan berkemungkinan juga untuk dekad dan kurun yang akan datang selagi wujud bangsa Malaysia yang semacam tidak menerima keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim yang mengendalikan kes beliau itu.

Rakyat Malaysia terpaksa menerima keputusan hakim disebabkan perlembagaan Malaysia telah meletakan syarat yang kita mesti menerima keputusan hakim. Rakyat yang taat kepada perlembagaan Malaysia dan Yang Dipertuan Agung akur dengan syarat berkenaan tetapi hati kecil kebanyakan rakyat Malaysia amat meragui keputusan yang telah dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim. Ini merupakan persepsi kebanyakan rakyat Malaysia. Bukan tidak ada langsung rakyat yang begitu yakin dengan keputusan yang dibuat oleh hakim. Ada. Tetapi tidak ramai mengikut persepsi aku juga. Ataupun mungkin ramai sebagaimana yang dikatakan oleh media arus perdana.

Rakyat  kebanyakannya yakin dan percaya kepada kata-kata Anwar Ibrahim apabila beliau menyatakan dalam ucapan ‘penggulungannya’ di mahkamah.”I maintain my innocence of this foul charge - this incident never happened. This is complete fabrication - coming from a political conspiracy to stop my political career.You have not given proper consideration to the case presented by my counsel from day one - that this incident never happened at all.

Rakyat percaya yang perkara itu tidak berlaku dan hanya rekaan semata-mata. Tetapi apabila hakim-hakim mengatakan bahawa perkara itu berlaku dan ‘mangsa’nya adalah merupakan saksi yang amat boleh dipercayai dan diyakini (kebenaran katanya) maka rakyat terpaksa menerimanya, walaupun dengan hati yang amat berat.

Sebagaimana yang pernah aku katakan dalam tulisan-tulisan aku yang lepas bahawa idealisme yang diperjuangkan oleh Anwar akan terus menyala. Bukan sekali dan bukan sepuluh kali dan mungkin lebih dari seratus kali Anwar melafazkan hasratnya memperjuangkan rakyat Malaysia dari semua keturunan dengan tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit. Tentulah masih terdengar sayup-sayup kedengaran Anwar melafazkan kata-kata bahawa dia akan memperjuangkan nasib ‘anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Iban, anak kadazan, anak Bidayuh……..”

Dan semacam ada pula persamaan dengan idealisme perjuangan
Martin Luther King yang menyampaikan ucapannya berjodol “ I have  a dream’ pada 28 August 1963. Dengan penuh kesedaran dan insaf beliau menyatakan,

“ I have the dream that one day this nation will rise up and live out the true meaning of its creed: “ we hold these truths to be self evident: that all men are created equal” I have a dream that one day on the red hills of Georgia the sons of former slaves and the sons of of slaveowners will be able to sit down together at a table of brotherhood. I have a dream that one day even the state of Mississippi, a desert state, sweltering with the heat of injustice and oppression, will be transformed into an oasis of freedom and justice. I have a dream that my four children will one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character. I have a dream today”

Dan seperti Nelson Mandela, Anwar juga seolah-olah ‘bersumpah’ akan terus berjuang dan akan meneruskan perjuangan demi bangsa dan negara. Jikalau dilihat daripada intisari ucapan kedua-duanya, selepas dijatuhkan hukuman penjara, maka akan dapat dilihat persamaan yang cukup jelas.

Aku teringat kata-kata Mandela dari kandang orang bersalah pada 20 April 1964. “During my lifetime, I have dedicated myself to this struggle of the African people. I have fought against white dominations, and I have fought against black domination. I have chesrished the ideal of a democratic and free society in which all persons live together in harmony and with equal opportunities. It is an ideal which I hope to live for and to achieve. But it needs be, it is an ideal for which I am prepared to die” (dari “ SPEECHES THAT CHANGED THE WORLD”)

Dan tidak banyak bezanya semangat perjuangan Nelson Mandela dengan Saudara Anwar Ibrahim melalui ucapannya,
Going to jail, I consider a sacrifice I make for the people of this country.I have fought most of my life on behalf of the people of this country - for the people I am willing to go to jail or face any other consequence.My struggle will continue, wherever I am sent and whatever is done to me.To my friends and fellow Malaysians let me thank you from the bottom of my heart for all the support you have given me. And Allah is my witness. I pledge and I will not be silenced, I will fight on for freedom and justice and

I will never surrender!

abuhassanadam
12 Februari 2015

p/s  Mohon maaf kepada pembaca kerana tidak menterjemahkan ucapan mereka semata-mata untuk mengekalkan keaslian idea yang disampaikan mereka.



No comments:

Post a Comment