NAMA TUN ABDUL RAZAK TERCEMAR
Rakyat Malaysia yang berada dalam era pentadbiran
Tun Abdul Razak merasa begitu ‘terguris’ apabila nama baik beliau seolah-olah
dicemari dengan kenyataan Pejabat Perdana Menteri yang menjelaskan tentang diri
DS Mohd Najib Abdul Razak sebagai " …..seorang individu dengan kedudukan dan tanggungjawab
sebagai perdana menteri dan juga warisan harta pusaka (yang
diperolehinya)".
Kenyataan itu membayangkan
bahawa seolah-olah DS Mohd Najib telah mewarisi harta yang ‘bertimbun’ hasil
peninggalan ayahanda beliau Tun Abdul Razak. Dengan kenyataan yang dikeluarkan
oleh Pejabat Perdana Menteri itu juga telah menimbulkan rasa ‘kecil hati’ adik
beradik DS Mohd Najib sendiri yang merasa ‘terhina’ dengan kenyataan
sedemikian. Seolah-olah Tun Abdul Razak semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia
telah mengumpulkan harta yang begitu banyak yang ditinggalkan kini.
Lantas waris Tun Abdul
razak telah menafikan berita berkenaan.
"Kami sangat bimbang
kerana beberapa laporan berita terkini dan tulisan (di Internet) menimbulkan
spekulasi berhubung bentuk dan tahap warisan yang ditinggalkan arwah bapa kami,
Abdul Razak.
Kami ingin menyatakan bahawa Abdul Razak merupakan orang yang sangat berprinsip dan hal ini diketahui semua yang mengenali sikap berhemah dan integritinya.
Apa jua kenyataan atau kaitan yang bertentangan dengan itu sama sekali tidak benar dan mengelabui ingatan padanya dan khidmat serta pengorbanannya pada negara," kenyataan ringkas empat beradik itu. ( Malaysiakini 24 Februari 2015)
Kami ingin menyatakan bahawa Abdul Razak merupakan orang yang sangat berprinsip dan hal ini diketahui semua yang mengenali sikap berhemah dan integritinya.
Apa jua kenyataan atau kaitan yang bertentangan dengan itu sama sekali tidak benar dan mengelabui ingatan padanya dan khidmat serta pengorbanannya pada negara," kenyataan ringkas empat beradik itu. ( Malaysiakini 24 Februari 2015)
Rakyat Malaysia yang berada dalam era pentadbiran
Tun Abdul Razak tahu dan terlalu menghargai sumbangan yang diberikan oleh Tun
Abdul Razak kepada negara. Walaupun tidak ada sumber maklumat seperti hari ini
namun rakyat tahu dan yakin bahawa Tun Abdul razak tidak melakukan perbuatan
sepertimana yang digambarkan. Apatah lagi dengan sikap dan perwatakan Toh Puan
Raha (ibu DS Mohd Najib ) yang begitu dihormati dan disayangi oleh rakyat
Malaysia dan tentunya tidak ada rakyat yang akan cuba mencemarkan nama Tun
Abdul Razak.
Sebagaimana Tun Syarifah Rodziah ( isteri Perdana
Menteri Pertama), Toh Puan Raha juga adalah merupakan ibu mithali. Tidak
terdengar suara-suara sumbang dari rakyat jelata yang menyentuh tentang watak
dan keperibadian beliau melainkan hampir keseluruhan rakyat Malaysia sentiasa
memuji dan menyanjung keperibadian isteri pemimpin yang disayangi itu pada
ketika itu.
Pemergian Tun Razak pada tahun 1973, sememangnya
ditangisi rakyat dan tangisan rakyat bukan
merupakan ‘lakonan’ rakyat Malaysia. Rakyat betul-betul menangisi
pemergiannya yang seolah-olah masih belum diredakan pemergiannya pada ketika
itu. Rakyat sememangnya amat memerlukan kepimpinannya untuk membawa negara yang
baru membangun ini ke suatu tahap yang dapat dibanggakan.
DS Mohd Najib pasti ingat suasana sedih rakyat
Malaysia ketika melihat mendaratnya pesawat yang membawa jenazah pemimpin
disayangi itu dari London akibat dari serangan Lukemia. Pasti DS Mohd Najib
dapat melihat tangisan rakyat yang betul-betul menyayangi pemimpin yang telah
pergi itu. Tun Abdul Razak tidak memberitahu rakyat yang beliau sedang menderita kibat Lukemia.
Tidak ramai yang tahu yang beliau sedang mendapat rawatan di London sehinggalah
berita kematiannya di siarkan ke seluruh negara dengan tiba-tiba yang pastinya
mengejutkan rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia seperti aku, pastinya amat sedih
apabila Pejabat Perdana Menteri menyiarkan berita yang mengatakan "untuk seorang
individu dengan kedudukan dan tanggungjawab sebagai perdana menteri dan juga
warisan harta pusaka (yang diperolehinya)"
memberikan gambaran bahawa DS Najib memeprolehi kekayaan daripada ayahandanya
yang juga sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Yang menghairankan aku
ialah mengapa DS Mohd Najib selaku Perdana Menteri ‘membiarkan’ berita sedemikian ‘terlepas’
untuk disiarkan oleh New York Times? Apakah
pegawai akhbar di Jabatan Perdana Menteri tidak peka dan tidak sensitif
tentang perkara-perkara sedmikian yang boleh menjejaskan reputasi seorang
Perdana Menteri disamping menimbulkan kekecewaan kepada anak-anak Tun Abdul
Razak dan rakyat Malaysia lain.
Semoga dengan penjelasan
yang diberikan oleh anak-anak Tun Abdul Razak itu akan dapat menafikan segala
tohmahan dan anggapan buruk terhadap Tun Abdul Razak yang disayangi oleh rakyat
itu. Yang lebih pentingnya ialah penafian itu akan memperjelaskan persepsi
golongan muda di Malaysia yang tidak tahu dan mengenali Tun Abdul Razak bin
Dato’ Hussein, seorang pejuang kemerdekaan dan bapa pembangunan negara
disamping menjadi Perdana Menteri Malaysia kedua.
abuhassanadam
25 Februari 2015
No comments:
Post a Comment