TINDAKAN PEMIMPIN YANG MEMILUKAN
Akhir-akhir ini kelihatan dengan jelas di negara kita
bahawa ada terdapat pemimpin kita yang
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dengan jelas menampakkan ketidakcerdikan
mereka dalam menangani sesuatu isu. Kelihatan bahawa kenyataan yang dikeluarkan
hanya sebagai melepaskan batuk ditangga tanpa membuat penyelidikan dan rujukan
yang rapi sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan. Justeru begitu senang sekali
‘dipatahkan’ apa saja fakta dan hujah yang dikeluarkan oleh mereka.
Kesilapan yang sebegini yang dilakukan oleh setengah
pemimpin kita mungkin juga disebabkan ada diantara mereka yang masih ‘bermimpi’
dan ‘berkhayal’ merasakan bahawa mereka masih berada dalam Kurun ke 20 atau
mungkin juga mereka merasakan bahawa masyarakat Malaysia masih berada zaman
penjajahan di mana masyarakat Melayu khususnya masih bodoh, tongong dan tidak
boleh berfikir secara kritikal. Mereka mungkin sudah lupa bahawa masyarakat
Malaysia kini telah mempunyai pencapaian yang luar biasa. Bukan sahaja mereka
terdiri dari golongan terpelajar yang mendapat pendidikan tinggi dalam negara
tetapi sudah ramai anak-anak kita yang telah mendapat pendidikan di luar
negara.
Apatah lagi dengan kehadiran internet dan media sosial yang
telah menyebabkan dunia dapat ‘digenggam’ melalui hujung jari. Dengan demikian
segala maklumat sampai kepada mereka dalam keadaan yang begitu pantas. Keadaan
sebeginilah yang menyukarkan ‘kehidupan’ setengah pemimpin negara kita yang
masih tinggal dan terkebelakang dari segi pencapaian maklumat. Ramai para
pemimpin kita yang masih berada ‘di bawah tempurung’ dan masih tidak begitu
sedar bahawa dunia kini bergerak amat pantas, walaupun setiap tahun mereka
berpeluang bercuti di luar negara menggunakan wang kerajaan tetapi malangnya
apabila berada di luar negara mereka tidak langsung mahu mempelajar dan
mengkaji apa yang telah berlaku di negara-negara yang telah maju.
Apabila mereka pulang dari bercuti, semacam tidak
ada langsung pengajaran yang dapat ditimba oleh mereka ketika berada di luar
negara. Kenyataan ‘mendabk dada’ yang mengatakan bahawa taraf university kita
di Malaysia sama dengan taraf university di United Kingdom atau di Australia
tentulah agak memalukan, bukan sahaja kepada pelajar luar negara tetapi juga
kepada rakyat Malaysia yang tahu selok belok kedudukan ‘ranking’ university di
Malaysia.
Bukanlah hasrat untuk merendah-rendahkan taraf
universiti dalam negara kita tetapi pada hakikatnya begitulah dan seharusnya
kerajaan bertindak dengan segera untuk mengatasi keadaan ini. Bukan tidak
pernah University Malaya kita mencapai satu tahap yang membanggakan di
peringkat antarabangsa pada suatu ketika dahulu. Dan bukan tidak pernah
University Sains Malaysia Pulau Pinang menduduki ranking yang agak
membanggakan. Itu dulu. Bermakna bahawa university kita mampu meletakkan diri
di tempat yang setanding dengan negara-negara di dunia lain. Persoalannya
mengapa tidak boleh dilakukan kini?
Persoalannya yang timbul ialah mengapa keadaan
sedemikian tidak dapat terus menerus berulang. Siapakah agaknya yang patut
dipersalahkan. Apakah salah Saudara Anwar Ibrahim yang selalu mengganggu gugat
dan campur tangan dalam hal ehwal pelajar di university tempatan.
Itu hal yang berkaitan dengan pendidikan. Dalam
hal-hal lain juga ada pemimpin kita yang cuba semacam memperbodohkan rakyat di
Malaysia dengan kenyataan yang kadang-kadang amat tidak rasional. Mungkin juga
pemimpin kita bersikap demikian kerana agak ‘terlemak’ dengan sikap ‘pendengar’
yang menyokong mereka yang sentiasa mengangguk dan mengiakan apa saja yang diperkatakan
oleh mereka. Dengan demikian para pemimpin kita merasakan bahawa apa yang
diperkatakan oleh mereka adalah betul belaka. Dan tidak ada apa yang silap dan
salahnya. Justeru mereka terus menerus mengeluarkan kenyataan demi kenyataan
yang memalukan dengan menggunakan hujah-hujah yang dianggap agak ‘bodoh’ oleh
pendengar yang kritis. Mungkin…
Tindakan setengah pemimpin kini yang dikira
termasuk dalam kategori amat malang ialah apabila ada diantara mereka yang
menaja ‘roadshow’ memburuk-burukkan Saudara Anwar Ibrahim. Apakah pada
pandangan pemimpin-pemimpin ini rakyat kini terlalu bodoh dan tolol untuk
menilai dan memahami keadaan yang menimpa Saudara Anwar itu. Apakah mereka
begitu daif sehingga tidak langsung memahami hati dan perasaan rakyat Malaysia
yang kini sedang mencurahkan perasaan simpati yang tidak terhingga terhadap
keluarga Saudara Anwar Ibrahim khususnya DS Dr. Wan Azizah dan keluarganya.
Apakah golongan pemimpin yang tidak bertimbang rasa ini tidak pernah langsung ‘singgah’
di kelas-kelas agama Islam ketika masih kecil mereka. Atau mungkin golongan
yang tidak ‘berhati perut’ ini tidak pernah langsung diajar atau dinasihati
oleh ibu bapa mereka tentang menghormati manusia yang tertindas dan terainaya.
Apakah begitu keadaan mereka?
abuhassanadam
23 Februari 2015
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSetuju sekali
DeleteKamisah,
ReplyDeleteSatu pandangan yang bernas. Mungkin saya akan gunakan sebahagian hujjah anda dalam artikel saya yang menyusul. Izinkan.
Pak Abu