Wednesday, February 11, 2015

PERJUANGAN ANWAR IBRAHIM TIDAK ADA TITIK NOKTAHNYA

Gadis belasan tahun yang bernama Malala pernah menyatakan, ‘you can shoot my body but not my dream’. Beliau merupakan manusia bertuah dar Pakistan yang sudah ‘mati’ dan hidup semula. Beliau telah ditembak dari jarak dekat dari sekpumpulan pelampau agama yang menentang pendidikan dikalangan anak perempuan. Dengan izin Allah beliau telah dapat diselamatkan oleh para doktor dari Birmingham apabilau beliau dibawa ke sana. Dan ketika ditemuramah oleh Christiana Amanpour beliau telah melafazkan kata-kata hikmat itu.

Dan mungkin begitu jugalah perjuangan Saudara Anwar Ibrahim yang tidak akan berjumpa dengan titik noktahnya selagai hayat dikandung badan. Perjuangannya adalah ibarat seperti dian yang tidak kunjung padam yang akan sentiasa menerangi alam perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan di bumi bertuah ini. Walaupun jasadnya dipenjarakan, namun idealisme yang diperjuangkannya akan terus menjalar dan meresapi sanubari rakyat yang mahu meneruskan perjuangan beliau yang belum selesai. Slogan ‘ the consciense of the majority’ yang masih terngiang-ngiang di telinga para mahasiswa University Malaya tahun 1970an akan terus berkumandang untuk memantak telinga para anak muda awal Kurun ke 21, walaupun Anwar Ibrahim terpenjara. Idealisme perjuangannya akan terus menyala seperti menyalanya matahari pagi yang menerangi alam Malaysia  ini.

Sebagai pemimpin rakyat yang sentiasa memperjuangkan keadilan pastinya penjara adalah merupakan ‘mainan’nya. Kajilah sejarah perjuangan pemimpin-pemimpin agung dunia pasti akan terjumpa persamaan antara perjuangan mereka dengan yang dilalui oleh Anwar Ibrahim. Tentulah tidak lengkap rencana ini sekiranya tidak disebutkan nama-nama pemimpin agung seperti Nelson Mandela dan Mahatma Gandhi. Tentulah tidak perlu diulang-ulang tentang kisah Mandela yang merengkok selama 27 tahun dalam penjara di Afrika Selatan tetapi akhirnya muncul juga untuk menerajui kepimpinan Afrika Selatan. Dan tentulah tidak perlu diulang-ulang kisah perjuangan Mahatma Gandhi menegakkan keadilan dan menentang penjajah British di India.

Titik noktah perjuangan mereka adalah ditentukan oleh Tuhan atau mereka sendiri yang menentukan. Tuhan menentukan nasib Mahatma Gandihi apabila beliau ditembak mati. Dan nasib Mandela ditentukan oleh beliau snediri apabila berhasrat mengundurkan diri dari memimpin Afrika Selatan.  Kita tidak tahu untung nasib Aung San Syuki tetapi kita yakin bahawa Anwar Ibrahim akan terus berada dipersada perjuangan menegakkan keadilan selagi hayat dikandung badan. Itu semacam merupakan ‘sumpah’nya.

Ucapan ‘perpisahan’ Saudara Anwar kepada para hakim yang mengadilinya membayangkan bahawa api perjuangan tidak akan kunjung padam. Antara is ucapan yang menarik ialah apabila beliau menyatakan bahawa,

“Going to jail, I consider a sacrifice I make for the people of this country. I have fought most of my life on behalf of the people of this country - for the people I am willing to go to jail or face any other consequence.My struggle will continue, wherever I am sent and whatever is done to me.To my friends and fellow Malaysians let me thank you from the bottom of my heart for all the support you have given me. And Allah is my witness. I pledge and I will not be silenced, I will fight on for freedom and justice and

I will never surrender!

Dan nampaknya rakyat juga telah menyambut seruan Anwar ini dengan perasaan perjuangan yang terus membara. Dan pastinya rakyat juga tidak ‘terjumpa’ lagi titik noktah perjuangan yang sedang belum selesai itu. Nampaknya rakyat terus menerus melafazkan kata-kata keramat yang sudah ‘terpahat ‘ di hati pejuang rakyat ia itu, Lawan tetap lawan’.

abuhassanadam
11 Februari 2015


3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Kamisah,

    Orang muda harus meneruskan perjuangan yang diasaskan oleh Saudara Anwar.

    Pak Abu

    ReplyDelete