KENYATAAN TG HAJI HADI – IBARAT RETAK MENUNGGU
BELAH
Aku teringat ketika aku masih kanak-kanak dulu.
Ada seorang kawan aku sentiasa melafzkan kata-kata seperti yang diperkatakan
oleh TG Haji Hadi itu apabila beliau ditanya tentang samada dia mahu bersama atau
tidak untuk pergi ke suatu tempat. Jawapannya hampir sama dengan apa yang
disuarakan oleh TG Haji Hadi, ‘….Terpulang kepada saya nak
hadir ke, tak hadir….”
Aku tidak pula mengatakan
yang TG Haji Hadi berperangai seperti kanak-kanak. Dan kebetulan TG Haji Hadi
juga menyatakan, ‘….Saya bukan anak murid
sekolah, kita tengok dululah….” Namun apa yang dapat aku perhatikan bahawa
tindakan TG Haji Hadi itu tidak menampakkan ketokohanya sebagai seorang
pemimpin yang dewasa yang matang dalam menjelaskan sesuatu apatah lagi
kredibilitinya sebagai seorang pemimpin parti berasaskan Islam di negara ini.
Sebagai seorang pemimpin
yang berada dalam satu pakatan maka TG Haji Hadi seharusnya berfikrian sebagai
satu pakatan yang memperjuangkan sesuatu berdasarkan persefahaman dalam suatu
pakatan. TG Haji Hadi semangnya boleh mengikut sesuka hatinya sekiranya beliau
bukan Presiden PAS, sekiranya beliau hanya seorang nelayan dari Rusila
Terengganu, sekiranya TG Haji Hadi seorang guru agama pondok. Tetapi secara
kebetulan TG Haji Hadi adalah seorang ketua parti PAS maka kehendak ahli perlu
di hormati.
Dengan sikap yang
ditunjukkan oleh pemimpin PAS ini maka mungkin rakyat merasa lega kerana negara
ini tidak jatuh ke tangan PAS sekiranya begitu tindakan pemimpinnya. Dan
mungkin juga pemipin PAS yang lain tidak sebegitu sikapnya. Mungkin. Mungkin
ramai lagi pemimpin PAS di luar sana yang begitu rasional dan matang sikap
mereka untuk memimpin parti yang sudah sekian lama wujud di negara ini.
Kenyataan TG Haji Hadi
yang mengatakan,’ “Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir.
Saya tak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” merupakan kenyataan seorang
yang bersifat sebagai seorang diktator. Beliau perlu sedar bahawa beliau
teratkluk kepada keputusan parti dan tidak harus berdasarkan keputusan sendiri.
Aku termenung juga memikirkan hal ini. Aku terfikir juga. Apakah Rasulullah
pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika beliau memimpin umat Islam
terutama pada peringkat awal pemerintahan Islam di Madinah? Apakah ada ‘ajaran’
Rasulullah yang menunjukkan tentang keangkuhan baginda ketika menjadi pemimpin
umat Islam dan bukan Islam di Madinah itu. Sekiranya ada Baginda mengeluarkan
kenyataan yang sedemikian sudah pasti pengikutnya akan lari meninggalkan
Baginda.
Teringat pula aku
kenyataan salah seorang pemimpin PAS, YB Mahfuz Umar baru-baru ini yang
membayangkan tentang sikap membuta tuli penyokong YB Ismail Sabri berkaitan dengan isu berkaitan dengan harga
barang. Dan aku merasakan pula bahawa penyokong parti PAS terhadap TG Haji Hadi
juga ‘tidak banyak kurang’ dan ‘tidak banyak lebih’nya. Bagi aku lebih kurang
sama sahaja. Apakah rela para penyokong PAS ‘menderita’ membiarkan gelagat dan
cara kepimpinan presiden mereka sepertimana yang ditunjukkan beliau itu.
Bukankah cara tindakannya itu agak amat berlainan dengan sikap yang ditunjukkan
oleh kebanyakan pemimpin samada yang berasaskan Islam ataupun masyarakat lain.
Berdasarkan laporan dari
Malaysia Insider, aku difahamkan bahawa kehadiran TG Haji Hadi pada mesyuarat
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan diadakan adalah amat perlu kerana
sebarang keputusan yang dibuat perlulah mendapat persetujuan bersama dari
ketiga-tiga pemimpin yang menganggotai Pakatan Rakyat. Amat penting. Dan
dijelaskan sekiranya ada pihak yang tidak hadir dalam mesyuarat berkenaan dan
keputusan telah dibuat takut-takut, ‘ rumah siap pahat berbunyi’.
Aku
teringat kepada kenyataan TG Haji Hadi tidak berapa lama dahulu yang berkaitan
dengan kedudukan TS Khalid Ibrahim merupakan kenyataan yang menggambarkan bahwa
TG Haji Hadi sudah hilang pedoman sebagai peneraju parti yang dipandang tinggi
oleh masyarakat sebelum ini. Namun dengan kenyataan yang dikeluarkannya itu
adalah diyakini lebih rami lagi ahli PAS tegar yang akan kehilangan keyakinan
kepada kepimpinannya
Kenyataan
TG Haji Hadi mengenai kedudukan TS Khalid Ibrahim agak ‘memeranjatkan’.
Sebagaimana yang dikatakan oleh YB Nik Nazmi, "(Hadi insists on
Khalid as MB) even though the issue of appointing a (new) menteri besar has yet
to be resolved, and Khalid is only acting as a transitional menteri besar as requested
by the Selangor sultan.……What more, Khalid is an independent state
assemblyperson without any party," Malaysiakini 13 September 2014
Teringat
juga aku tentang tindakan TG Haji Hadi Awang ‘mengaibkan’ DS Wan Azizah pada
suatu ketika. Ramai yang berkata bahawa, TG Haji Hadi tidak sepatutnya
melakukan perkara sedemikian rupa, apatah lagi apa yang diperkatakannya itu
tidak dapat diterima oleh ramai rakyat Malaysia. Malah ‘musuh’ politik Pakatan
pun merasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi amat tidak kena
dengan kedudukan beliau sebagai Presiden parti yang sentiasa berlandaskan Islam
sebagai wadah perjuangannya.
Antara
‘hujah’nya mengenai Dr Wan Azizah, "Kalau daripada awal lagi dia
tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan
dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalam Dewan Negara pun tak boleh, macam
mana nak jadi pemimpin…Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan
negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri
Selangor” MALAYSIAIKINI 6 SEPTEMBER 2014.
Dengan
mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu ‘penghinaan’ kepada Presiden sebuah
parti PKR yang merupakan rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat sudah
menampakkkan yang TG Haji Hadi sudah amat jauh ‘terpesong’ dari tindak tanduk
sebagai seorang pemimpin sebagai sebuah parti berasaskan Islam. Kesanggupan
beliau untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian dengan sendirinya membayangkan
bahawa TG Haji Hadi berhasrat benar untuk membawa PAS keluar dari Pakatan
Rakyat. Membayangkan juga bahawa TG Haji Hadi sememangnya bersedia untuk
‘berkerat rotan dan berpatah arang’ dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
Hanya menunggu masa dan ketika.
Jika
ditinjau tentang penglibatan TG Haji Hadi dalam Pakatan Rakyat sepanjang
‘persahabatan’nya dengan pakatan sedemikian, menampakkan seolah-olah beliau
hanya ‘berlakon‘ dalam memperjuangkan sesuatu isu yang berkait rapat dengan
soal keadilan bagi rakyat Malaysia. Seolah-olah TG Haji Hadi ‘hanya
tidur sebantal tetapi berlainan mimpi’. Kini sudah terserlah hasrat dan impian
TG Haji Hadi yang sebenar. Jikalau dulu kita hanya melihat ‘sekilas ikan di
air’ dan belum begitu jelas tentang ‘ jantan dan betina’nya. Kini hal
sedemikian sudah amat jelas dan tidak ada jalan lain bagi TG Haji Hadi melainkan
mengundurkan diri dari perjuangan yang belum selesai ini. Rakyat Malaysia masih
mahu meneruskan perjuangan yang telah tersedia diasaskan oleh tokoh-tokoh
pakatan Rakyat yang sedar tentang erti perjuangan abad baru.
TG
Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin usang lain dalam PAS harus sedar bahawa
mereka tidak sesuai lagi berada dalam PAS sekiranya mereka tidak bersedia untuk
mengadakan anjakan paradigma dari segi tindakan mereka. Yang dimaksudkan dengan
pemimpin usang adalah mereka yang berfikiran yang tidak selari dengan
perjuangan nasional yang sedang ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin progresif
dalam Pakatan Rakyat -PAS,PKR dan DAP. Ramai pemimpin yang sudah agak lanjut
usia namun masih befikiran yang sesuai dengan Kurun ini. Sebaliknya ramai juga
pemimpin muda yang masih ‘ditakuk’ lama dimana fikiran mereka sudah agak
‘usang’ dan ‘jumud’ dan amat tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Lantas
harus mengundurkan diri.
Mungkinkah
kenyataan TG Haji Hadi kali ini adalah seperti kata peribahasa Melayu, ‘ retak
menunggu belah’. Mungkin. Dan mungkin tidak…….
abuhassanadam
7
Februari 2015
No comments:
Post a Comment