PEMBERHENTIAN Prof. RIDZUAN OSMAN SATU MALAPETAKA
BESAR MENIMPA KEINTELEKTUALAN NEGARA
Pengarah Pusat Demokrasi
dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Datuk Dr Redzuan diarah
meletak jawatan. Ini ‘cerita’ besar
yang boleh menggemparkan negara. Banyak
kesan dan implikasi yang boleh ditimbulkan ekoran daripada tindakan yang
sebegini. Banyak persoalan yang tidak terjawab yang juga boleh timbul ekoran
daripada peristiwa demikian.
Pemberhentian Prof. Datuk
Dr. Ridzuan ini memberikan gambaran kepada masyarakt bahawa sesiapa sahaja
tokoh akademik yang tidak selari dan sependapat dengan pihak kerajaan akan
‘digugurkan’ dari jawatan. Bermakna juga bahawa professor yang tinggal dan
masih berkhidmat di university Malaya khususnya dan di university lain amnya
adalah terdiri dari mereka yang semestinya menyokong kerajaan walaupun secara
‘membabi buta’. Sekiranya ingkar maka nasib mereka adalah sama dengan nasib
Prof Ridzuan. Mungkin begitu anggapan masyarakat kini.
Mengikut Dato’ Saifuddin
Abdullah yang juga telah meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan
Universiti Malaya (UM) bahawa
Dr Redzuan diminta berbuat demikian kerana kajian
yang dilakukan tidak disukai Kementerian Pendidikan. Selanjutnya beliau
menyatakan bahawa, "Beberapa bulan lepas, naib canselor UM itu ditemui
oleh beberapa pegawai Kementerian Pendidikan yang menasihatkan agar Redzuan
meletakkan jawatan," kata beliau kepada Malaysiakini.
Ini boleh dianggap sebagai satu malapetaka besar yang menimpa bidang
kenintelektualan negara, yang membolehkan seluruh keluarga university
terpanggil untuk menyatakan sesuatu mengenai tindakan yang telah dilakukan oleh
pegawai kementerian pendidikan bekenaan. Amat tidak wajar pegawai berkenaan
melakukan tindakan sedemikian yang pada pendapat ramai telah melakukan ‘saya
yang menurut perintah’ secara membabi buta. Apakah pegawai berkenaan tidak
langsung memikirkan kesan dan akibat daripada tindakannya itu? Dan yang lebih
penting lagi bahawa tidakkah piak yang mengarahkan pegawai berkenaan juga
memikirkan lebih juah tentang tindakan yang dilakukan itu.
Yang menyedihkan kita lagi ialah pihak tertentu
telah menunjukkan ‘kehebatan’ pada tempat yang salah. Sepatutnya phak
Kementerian Pelajaran menunjukkan kehebatan mereka meletakkan University Malaya
di tempat yang ke 10 teratas sebagai university terbaik di rantau Asia yang
boleh setanding dengan University Tokyo atau National University of Singapore
atau University of Hong Kong. Sepatutnya begitu. Apatah lagi apabila
mengenangkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendapat peruntukan
sebanyak RM 38.7 billion pada tahun 2013
dan pada tahun 2014 telah memperolehi peruntukan sebanyak RM 54 billion. Itu
sudah merupakan peruntukan yang cukup besar sedangkan hasilnya tidak ada sebuah
university pun di negara ini yang dapat meletakkan diri di tempat 100 teratas
ranking university di Asia. Tentulah amat malang sekali. University Kebangsaan
Malaysia yang menduduki tangga ke 87 pada tahun lepas telah ‘terjatuh’ entah di
mana sehingga tidak tercatat dalam senarai penarafan unviversity itu. Ini
merupakan malapetaka yang menimpa bidang pendidikan negara.
Kini timbul pula satu malapetaka lagi ciptaan
sendiri.Rakyat tentu akan bertanya. Siapakah yang bersalah dalam hal ini. Pihak
University atau pihak kerajaan. Dan ekoran daripada peristiwa pemberhentian
(pemecatan) Prof Ridzuan itu jelas menampakkan bahawa kita menunjukkan
‘kehebatan’ kita di tempat yang salah.
Keadaan di Malaysia kini sudah seakan-akan
menjadi keadaan yang berlaku apabila Singapura dilanggar todak dan kaitannya dengan
kisah pembunuhan Hang Nadim. Seolah-olah negara kita akan ‘membunuh’ siapa
sahaja yang dianggap pintar dan berkata benar dan akan memuja ‘tokoh-tokoh’
yang boleh bertindak ‘ganas’ memecah masuk Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ataupun
‘tokoh-tokoh’ yang boleh memijak kepala lembu di hadapan bangunan kerajaan di
Selangor. Mungkinkah begitu pilihan pemerintah yang ada sekarang.
Aku setuju dengan kenyataan
Saudara Azmi Sharom selaku Presiden Universiti Malaya's Academic Staff Union (PKAUM)
apabila beliau menyatakan bahawa,’It is wholly "unacceptable" if
Umcedel director Redzuan Othman was asked to leave his post because of
interference from the Education Ministry……If Prof Redzuan were to be removed,
it has to be purely on academic reasons. Any other reason, especially if it
comes from outside the university, is an unacceptable intervention,….This
indicates that the government has no idea what makes a good university, it has
no respect for academic autonomy and freedom."
Dan sekiranya dilihat
kenyataan YB Lim Kit Siang pula menampakkan satu kenyataan yang agak keras
apabila beliau mempersoalkan, "What has Muhyiddin to show in more than a year as the
powerful Education Minister gobbling up the former Ministry of Higher
Education, in the field of tertiary education apart from the latest disgraceful
episode of interference with and violation of academic freedom resulting in the
resignations of Redzuan and Saifuddin from the University of Malaya?"
Tidak mampu aku mengulas
kenyataan YB Lim Kit Siang itu kerana aku takut mati tersepit antara dua ‘ekor
gajah’ yang sedang bertempur. Sebagai seekor ‘pelanduk’ aku taku mati
terhimpit. Cuma aku dapat paparkan keadaan di Korea dan Jepun sekiranya berlaku
keadaan ‘malapetaka’ sebegini. Pihak yang bertanggungjawab akan meletakkan
jawatan ataupun membunuh diri.
Tidak berapa lama dulu kita
telah mendengar kisah ferry karam yang menyebabkan begitu ramai kanak-kanak
sekolah di Korea tidak dapat diselamatkan. Ekoran daripada peristiwa itu
Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won telah mengumumkan peletakan
jawatan sebagai Perdana Menteri. Kenyataan beliau berkaitan dengan peletakan
jawatan itu amat menarik sekali.
"As I saw grieving families
suffering with the pain of losing their loved ones and the sadness and
resentment of the public, I thought I should take all responsibility as prime
minister….I offer my apology for having been unable to prevent this accident
from happening and unable to properly respond to it afterwards…I believed I, as
the prime minister, certainly had to take responsibility and resign."
Kerana bersikap sedemikian rupalah
agaknya bangsa Korea dan Jepun begitu maju dalam apa juag tindakan yang mereka
lakukan. Bukan sahaja dalam lapangan pendidikan tetapi dalam lapangan bola
sepak juga. Kini kedua-dua negara ini telah menyertai pertandingan bola sepak
dunia sedangkan pada tahun-tahun 1970an dulu, kedua-dua negara ini pernah
ditewaskan oleh Malaysia.
Rakyat Malaysia harus berfikir dan
bukan bertindak membabi buta…
abuhassanadam
1 Julai 2014
No comments:
Post a Comment