Tuesday, July 22, 2014

WAN AZIZAH MENCATAT SEJARAH

Sekali lagi, jika dizinkan Allah Dr. Wan Azizah akan mencatat sejarah sebagai Menteri Besar wanita pertama di Malaysia. Angin bertiup kencang menyatakan bahawa laluan untuk DS Dr. Wan Azizah menuju ke arah itu agak jelas. Dan sekiranya diukur dari segi ‘kebersihan’nya, maka tentulah tidak ada tokoh yang boleh menyangi DS Wan Azizah.

Masyarakat umum merasakan bahawa Dr. Wan Azizah adalah calon pilihan yang tepat menggantikan TS Khalid Ibrahim yang juga merupakan seorang tokoh yang tidak kurang ‘bersihnya’.Kejayaannya menerajui Selangor selama enam tahun merupakan kejayaan besar TS Khalid yang terpaksa menghadapi berbagai-bagai cabaran dan dugaan di negerinya. Dan disebabkan oleh ‘kekacauan’ yang ‘diada-adakan’ di Selangor oleh pihak tertentu yang menyebabkan pihak kepimpinan Pakatan Rakyat merasakan bahawa perlu ada perubahan dari segi kepimpinan dan strategi.

Maknanya TS Khalid ditukar bukan disebabkan beliau tidak berjaya memajukan Selangor tetapi disebabkan oleh berbagai ‘gangguan’ yang ditimbulkan oleh ‘pengganggunya’. Ada yang merasakan bahawa sememangnya TS Khalid merupakan seorang ahli korporat yang tidak ada tolak bandingnya di negara ini tetapi menampakkan juga bahawa TS Khalid semacam tidak ‘sampai hati’ untuk ‘bertarung’ dengan ‘political animal’ yang begitu ramai dalam ‘kandang’  di Selangor.

Selama enam tahun TS Khalid mempertahankan Selangor dari berbagai ‘serangan’ pihak pembangkang. Semacam semuanya ‘tak kena’ di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat. Dari isu ‘kepala lembu’ sampailah kepada isu ‘rampasan bible’, telah ‘mewarnai’ pentadbiran TS Khalid yang cukup ‘memeningkan’. Rakyat Selangor pastinya bersimpati dengan ‘kesengsaraan’ yang dihadapi oleh TS Khalid. Dan tindakan Pakatan Rakyat menggantikan TS Khalid dengan ‘orang baru’ adalah sebagai satu usaha untuk ‘menemukan buku dengan ruas’ ataupun ada juga yang mengatakan sebagai langkah untuk ‘menemukan Rabu dengan Khamis’.

Tugas yang akan dipikul oleh DS Wan Azizah menerajui Selangor tidak mudah. Tetapi rakyat Selangor yakin bahawa tugas sedemikian mampu dilakukan oleh beliau. Apatah lagi ‘skrip’ yang telah tersedia berada ditangannya. ‘Sepak terajang’ pembangkang sudah dapat dihidu oleh Pakatan Rakyat selama enam tahun di bawah pimpinan TS Khalid Ibrahim. Dan pihak pembangkang pastinya sudah ‘letih’ ketika ‘berpencak dengan TS Khalid. Dan rakyat tentunya akan memerhatkan sejauh mana ‘kehebatan’ pihak pembangkang ketika berhadapan ‘wirawati’ baru di Selangor.

Dan kesediaan DS Wan Azizah menerima dan menggalas tugas berat ini menunjukkan bahawa beliau terasa ‘mampu’ untuk ‘menewaskan’ sebarang cabaran dan dugaan yang mendatang.

Aku berada di majlis pelancaran Reformasi 2 yang diadakan di Stadium Kajang pada malam 22 Mac 2014 dan aku lihat dan dengar YB Lim Kit Siang menyatakan ‘ramalan’ itu. YB Lim Kit Siang telah menyebut dan ‘meramalkan’ yang Dr. Wan Azizah berkemungkinan menjadi Perdama Menteri wanita pertama. Sebelum ini belum pernah lagi aku dengar kenyataan yang sedemikian oleh seorang yang setaraf dengan YB Lim Kit Siang.

Aku selalu melihat tentang persamaan kemunculan Corazon Cory Aquino dengan kemunculan Dr. Wan Azizah. Dan sekiranya dilihat tentang sejarah kemunculan Corazón Cory Aquino di Filipina maka sejarah politik Dr. Wan Azizah adalah lebih kurang sama. Malah aku difahamkan ketika itu mereka sering berhubungan antara satu sama lain pada ketika DS Dr. Wan Azizah mula-mula menerima ‘malapetaka’ ketika DS Anwar Ibrahim difitnah pada tahun 1998. Mereka seolah-olah menerima nasib yang sama. Dan tidak mustahil jejak langkah Corazón Cory Aquino itu juga akan merupakan langkah-langkah yang akan diatur oleh DS Wan Azizah ekoran daripada Langkah Kajang.

Dr. Wan Azizah pernah diuji dengan berbagai cabaran hidup sebelum ini. Dengan izin Allah hamir kesemua kesukaran yang dihadapinya dapat dilaluinya dengan tabah. Membesarkan anak yang masih kecil ketika suami dipenjarakan adalah merupakan cabaran yang bukan kecil disamping menjadi wakil parlimen Permatang Pauh. Kesemuanya dapat dilalui dengan tabah berpasakan perjuangan yang ikhlas berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.

Sehubungan dengan ura-ura yang mengaitkan Dr. Wan Azizah yang akan menjadi MB Selangor, ada juga hamba Allah yang semacam baru keluar dari ‘tempurung’ menyatakan bahawa wanita tidak layak memegang jawatan sebagai peneraju kerajaan disebabkan ‘masalah’ yang sentiasa dihadapi oleh seseorang wanita.

Sebenarnya semenajk awal Kurun ke 20 telah muncul ramai tokoh-tokoh wanita yang memegang peranan penting dalam kerajaan. Misalnya bermula 17.12.1017 sehingga 9.301918, Evheniya Bohdanivna Bosch, telah menjadi pemangku ketua kerajaan Ukraine. Dan selepas itu terdapat puluhan ataupun mungkin ratusan ketua negara yang besar dan kecil yang diterajui oleh wanita, termasuklah Margaret Thatcher, Begum Khaleda Zia,Bangladesh, Indira Gandhi, India  dan banyak lagi.

Dan tidak menghairankan sekiranya Dr wan Azizah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan TS Khalid.

abuhassanadam
22 Julai 2014

No comments:

Post a Comment