SEMANGAT JUANG TUN MAHATHIR HARUS DIHAYATI OLEH
ANAK MUDA MALAYSIA
Ketua Pemuda Bersatu Syed
Saddiq Abdul Rahman sudah kira cukup beruntung kerana sentiasa dapat ‘bergesel
bahu’ dengan Tun Mahathir seorang pejuang yang tidak mengerti penat dan lelah
disamping tidak mudah merasa ‘tewas’ dalam perjuangan.
Agak lama sudah aku mengikuti
perkembangan dan perjuangan Tun Mahathir. Maksud aku perjuangan beliau dalam
lapangan politik. Semenjak tahun 1982 aku mula menulis mengenai Dr Mahathir
melalui akhbar-akhbar dan majalah-majalah di Malaysia. Terus terang aku katakan
bahawa aku begitu bersemangat ketika menghasilkan karya-karya yang membabitkan
Dr. Mahathir. Dan selepas Saudara Anwar Ibrahim ‘dijemput’ oleh Tun Mahthir
menyertai perjuangannya dalam UMNO, maka semakin bersemangat pejuang-pejuang
muda di negara ini yang amat mengimpikan sebuah bagnsa dan negara yang
betul-betul bermarwah.
Tuhan menguji bangsa Malaysia
pada tahun 1999. Tak usah dipanjang-lebarkan kisah demikian. Mungkin ada
hikmahnya yang terselindung.
Kini ibarat kata peribahasa
Melayu, ‘ biduk lalu kiambang bertaut’. Ibarat diufuk timur sudah terpancar
cahaya gemilang yang mungkn akan menerangi alam Malaysia tidak berapa lama
lagi. Mungkin. Sekiranya diizinkan Tuhan akan diketemukan semula dua tokoh
besar negara (mungkin tokoh besar dunia juga) ia itu Dr Mahathir Mohamed dan
Saudara Anwar Ibrahim. Dan akan berulang
lagi sejarah lama, sejarah perjuangan bangsa Malaysia yang setiap detik dan
ketika mengharapkan bangsa yang kerdil ini dapat sama-sama menguasai dunia.
Ramai anak muda tahun 1970an (warga
emas kini) sentiasa menunggu-nunggu dan mendoakan agar kemablinya zaman
kegemilangan yang dinanti-natikan ini untuk memenuhi ‘ the conscience of the
majority’ (semangat juang dan slogan yang sentiasa dilaung-laungkan). ‘Warga
emas’ kini hanya menunggu masa dan ketika untuk tanpil semula ‘berpencak dan
‘bersepak terajang’ bersama pahlawan dan pejuang seperti Dr Mahathir dan
Saudara Anwar. Walaupun sudah lanjut usia, namun semangat juang masih membara.
Anak muda kini terutama yang
berada di pusat-pusat pengajian tinggi kini hendaknya jangan dilepaskan peluang
keemasan ini dimana saudara-saudara dapat mencipta sejarah perjuangan,
sebagaimana yang ditempuh oleh anak-anak muda zaman tahun 1970an. Anak-anak
muda kini mungkin sentiasa mendengar dan menghayati zaman kegemilangan tahun
1970an dimana anak-anak muda bangun berjuang tanpa takut dan gentar demi untuk
membangunkan negara tercinta dibawah pimpinan Saudara Anwar Ibrahim.
Kini zaman kegemilangan yang
mirip dengan zaman kegemilangan tahun 1970an sudah muncul kembali. Yang anihnya
penunjuk jalanya ialah Tun Mahathir. Dunia pastinya kagum dengan apa yang
dilakukan oleh Tun Mahathir kini. Walaupun dalam usia yang sedemikian, Tun
Mahathir telah menunjukkan semangat juang yang bukan kepalang, tanpa
tandingannya. Corak kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir harus
dicontohi dan dihayati oleh anak-anak muda kini. Tidak harus ada anak-anak muda
kini yang terikut-ikut dengan setengah pihak yang mempersendakan kepimpinan
yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir. Sepatutnya anak muda harus berganding bahu
bersama-sama dalam perjuangan yang ditunjukkan oleh Tun Mahathir.
Sebenarnya pada zamannya Tun
Mahathir setaraf dengan Lee Kuan Yew, Suharto, Margaret Thatcher. Malah Tun Mahathir juga mahu disamakan oleh
setengah pihak dengan Mandela dari Africa Selatan. Pernah ketika menjadi
Perdana Menteri beliau telah berani menentang Margaret Thatcher apabila
kerajaan Britain itu cuba menaikkan yuran yang agak tinggi kepada pelajar
Malaysia. Dan tentangan beliau adalah dalam bentuk ‘Buy British last’ ia itu
dengan seolah-olah memulaukan barangan dari Britain untuk diimport ke Malaysia.
Dr Mahathir ketika zaman memerintah Malaysia telah diberikan penghormatan yang begitu
tinggi ketika berucap di Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Rupa-rupanya perjuangan Tun
Mahathir untuk menyelamatkan bangsa Malaysia tidak terhenti disebabkan usinya.
Sehingga kini seolah-olah membayangkan bahawa perjuangannya masih belum
selesai. Semangat juangnya begitu kental yang menyebabkan pengikutnya tidak
ragu-ragu dengan apa yang diperjuangkannya. Inilah yang sepatutnya dicontohi
dan diikuti oleh anak muda kita. Anak muda harus menjadi pejuang dan orang
perjuangan dan bukan menjadi ‘orang upahan’ untuk bertempik sorak dengan tidak
ketentuan semata-mata untuk mendapat ‘dedak’ yang tidak seberapa.
Perjuangan anak muda zaman
dulu berpasakkan slogan ‘pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara’. Dan anak muda kini seharusnya mencari
identiti yang sesuai dengan anak muda zaman kini. Dalam hal inilah dikatakan
bahawa semangat juang Dr mahathir harus dicontohi dan dihayai oleh anak muda.
Ayuh anak muda. Bina bangsa
mu. Bangsa Malaysia tercinta.
abuhassanadam
7 April
2018