SIAPA NAK GANTI ANWAR
Kini riuh rendah diperkatakan tentang DSAI perlu diganti dengan tokoh yang lebih muda dan berwibawa disebabkan ‘dosa’nya yang tidak dapat ‘menumbangkan’ kerajaan PN pimpinan TS Muhyiddin Yassin. Kononnya DSAI yang mesti dipersalahkan kerana tidak dapat merealisasikan impian sedemikian.
Tidak pula mereka menuding jari tentang siapakah yang lebih bersalah dan ‘berdosa’ yang menyebabkan keadaan dalam negara ini menjadi begitu huru-hara. Tidak ada siapa yang menyentuh tentang kemunculan kemelut politik dalam negara kini adalah berpunca daripada Tun Mahathir yang cuba berdolak dalik yang tidak mahu menyerahkan tampuk pemerintahan negara ini kepada DSAI walaupun telah dipersetujui sebelum itu. Kini apabila timbul keadaan sebegini maka jari hanya menuding kearah DSAI dengan tidak langsung menyalahkan Tun Mahathir yang menimbulkan ‘angkara’ sedemikian.
Kempimpinan DAP dan Amanah juga terpengaruh dengan ‘cakap-cakap’ dan dakyah yang dilemparkan oleh ‘musush-musuh’ politik Pakatan Harapan yang kelihatan begitu bersungguh-sungguh meletakkan kesalahan kepada DSAI, yang sepenuh bertanggung jawab terhadap kemelut itu. Mungkin ada salah dan silapnya DSAI dalam hal sedemikian namun untuk meletakkan kesalahan itu sepenuhnya kepada kepimpinan beliau tentulah tidak adil juga. Di sinilah letaknya kebijaksanaan pendokong atau kepimpinan parti dalam Pakatan Harapan.
Mungkin perlu difikirkan tentang peralihan kepimpinan dalam Pakatan Harapan. Mungkin sudah sampai masanya ‘orang lama’ perlu menyerahkan ‘baton’ kepada golongan yang lebih muda untuk memimpin. Betul. Patah tumbuh hilang berganti. Itulah yang sedang digembar-gemburkan oleh musuh politik Pakatan Harapan, ia itu hendak mengenepikan kepimpinan Anwar Ibrahim.
Kepimpinan parti dalam Pakatan Harapan perlu juga memikirkan semasak-masaknya siapakah yang akan menggantikan DSAI. Tentulah ada juga yang merasakan bahawa sudah sampai masanya peralihan kuasa demikian. Sudah disebutkan juga tokoh-tokoh yang boleh dan mampu mengambil alih kepimpinan orang lama. Nama-nama seperti Rafizi Ramli dan Nurul Izzah sudah dijaja buat sekian lama seolah-olah rakyat terbanyak di Malaysia begitu yakin dengan kepimpinan tokoh muda itu. Persoalannya ialah apakah tokoh-tokoh muda sedemikian bersedia untuk memikul tugas seberat sebagaimana yang dipikul oleh tokoh-tokoh veteran yang ada sekarang.
Kadang-kadang kelihatan bahawa kita terlalu gopoh untuk membuat sesuatu keputusan. Pendokong Pakatan Harapan harus memikirkan secara mendalam sebelum merasakan sesuatu perubahan perlu dilakukan. Mereka harus sedar bahawa dakyah politik sedang berkeliaran mempengaruhi pemikiran pendokong Pakatan Harapan agar mengenepikan kepimpinan DSAI kerana golongan itu memikirkan bahawa DSAI sahaja yang merupakan batu penghalang yang menghalang ‘kelicinan’ pentadbiran mereka untuk ‘mengekspoitasi’ kepentingan ekonomi demi kepentingan golongan yang rakus.
Kelihatan tidak hentinya ‘usaha’ untuk menyekat kemaraan DSAI dalam usahanya untuk membawa kemajuan dan menyekat penyelewengan dalam negara. Digembar-gemburkan seolah-olah matlamat perjuangan Anwar Ibrahim adalah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Betul ada usaha kea rah itu, namun perjuangan Anwar Ibrahim semenjak zaman berzaman adalah untuk memajukan rakyat dan menghapuskan rasuah dan penyelewengan disamping usaha-usaha lain yang boleh mengenengahkan negara Malaysia ini setanding dengan negara-negara lain.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin vetran YB Lim Kit Siang itu tepat,ia itu kepimpinan dalam DAP khususnya dan Aamanah (agaknya) tidak berhasrat untuk menggantikan kepimpinan DSAI. Cuma yang diperlukan ialah anjakan dan cara Pakatan Harapan diselenggarakan. Mungkin ada ‘acuan’ yang sesuai yang boleh dipraktikkan menjelang PRU ke 15.
abuhassanadam
21 Disember 2020
No comments:
Post a Comment