Monday, December 15, 2025

 

ORANG MELAYU LAMBAT MEMBUAT KEPUTUSAN PENDIDIKAN

Seingatan dalam pemikiran aku yang cetek ini, orang Melayu yang berada di kampung-kampung (sememangnya orang Melayu tinggal di kampung pada zaman penjajahan British) kebiasaaanya tidak pandai membuat keputusan khususnya yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka. Mereka  semacam tidak berani membuat keputusan, mengambil sesuatu langkah demi untuk memajukan anak-anak mereka. Lantas kebanyakan anak Melayu tidak ke sekolah dan 'jadilah mereka seperti ibu bapa mereka bekerja di kampung'.

Awal tahun-tahun 1950an pihak British telah mula mendirikan sekolah-sekolah (sekolah orang putih) untuk anak-anak Melayu di kampung dengan bermulanya Specil Malay Class untuk anak-anak Melayu. Dalam daerah Kuala Kangsar ada tiga buah sekolah yang ditubuhkan mengikut sistem sebegini ia itu di Cliford School, Kuala Kangsar, Government English School Padang Assam dan Government English School Kota Lama Kanan.

Yang ingin aku bincangkan dalam episod ini ialah tentang sikap orang Melayu di kampung terhadap penubuhan sekolah Inggeris. Tidak mudah orang Melayu menerima kehadiran sekolah Inggeris. Berbagai bagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan terhadap kehadiran sekolah Inggeris. Tidak kurang maki hamun yang dilemparkan terhadap ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah Inggeris. Ini termasuklah cacian dan herdikan yang diterima oleh 'oarng tua' aku yang menyekolahkan aku dan adik perempuan aku di sekolah Inggeris.

Atas sikap yang sedemian rupa maka ibu bapa Melayu yang tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris terus ketinggalan. Alasan yang digunakan oleh kampung untuk tidak mengantar anak mereka di sekolah Inggeris ialah takut anak-anak mereka 'memeluk agama Kristian'. Itulah rupa propaganda yang dcanangkan oleh orang Melayu yang menyebabkan tdak ramai anak-anak kampung yang belajar di sekolah Inggeris pada ketika itu,

Bagi ibu bapa yang sedar tentang perkembangan pendidikan Inggeris telah menghantar anak-anak mereka di sekolah Inggeris. Kesanya ramailah anak-anak Melayu kampung yang berjaya mendapat pendidikan tinggi dan mendapat jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan. Keadaan sedemikian baru disedari oleh ibu bapa di kampung dan mereka mula menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris. Namun tindakan mereka sudah agak terlambat.

Pertengahan tahun-tahun 60an, kerajaaan Malaysia sudah mula menitikberatkan pendidikan Sains di sekolah-sekolah. Ramai juga anak-anak Melayu pada ketiaka itu digalakan merebut peluang dalam aliran sains, namun atas berbagai masalah yang dihadapi tidak ramai anak Melayu yang ketinggalan dalam lapangan ini, atas beberapa sebab.

Dalam tulisan yang ringkas ini aku cuba menjelaskan bahawa orang Melayu sentiasa ketinggalan dalam merebut peluang pelajaran.Maksud nya orang Melayu di kampung lambat merebut peluang pelajaran sebagaimana yang diperolehi oleh kaum bukan Melayu yang berada di bandar. Mereka cepat sedar dan sentiasa peka dengan perkembangan di bandar dan lantas mencapai peluang sedemikian.

Diharapkan orang Melayu sedar tentang keadaan sebegini. Orang Melayu seharusnya sedar dan perlu berubah sesuai dengan perkembangan zaman AI yang diusahakan oleh kerajaan kini.

Abuhassanadam

16 Disember 2025

No comments:

Post a Comment