TAKUT PANAS TAK SAMPAI KE PETANG......
Sejujurnya dapat aku katakan bahawa sepanjang 'pencarian' aku di negara ini tidak terdapat seseorang yang boleh mnenanandingi kelibat Saudara Anwar Ibrahim. Maknanya tidak ada siapa yang boleh menandingi kehebatan beliau. Semenjak dari zaman persekolahan , zaman mudanya dan sehinggalah beliau menjadi seorang dewasa yang memimpin negara kita Malaysia.
Aku mencari dan terus mencari seseorang yang boleh menggantikan Saudara Anwar Ibrahim. Maksud ku yang boleh menyamakan kehebatan beliau. Tidak ada dan tidak berjumpa. Dengann sebab itulah agaknya anak-anak muda kini tidak mengenali Anwar Ibrahim sebenarnya. Mungkin mereka mengenali Anwar Ibrahim ketika beliau menghadapi tuduhan yang 'tidak masuk akal' yang diketengahkann oleh kepimpinan negara terdahulu.
Anak muda kini tidak pernah terjumpa 'manusia' seperti Anwar Ibrhaim. Lantas disebabkan mereka tidak pernah 'terjumpa' dengan Anwar Ibrahim maka tidak timbul perasaan hormat terhadap beliau. Aku berkata demikian kerana kerap kali 'terjumpa' anak muda yang tidak menunjukkan rasa hormat kepada beliau disebabkan anak muda kini tidak tahu tentang sumbangan Anwar Ibrahim kepada negara. Apa tidaknya. Bagi anak muda yang lahir pada tahun 2000, mereka tidak berpeluang melihat bagaimana kegiatan Reformasi yang berlaku.Mereka tidak tahun tentanag perjuangan 'abang-abang' mereka 'mengharungi' kegiatan reformasi.
Anak muda di Malaysia kini perlu diketengahkan perjuangan reformasi yang dilancarkan oleh anak muda (kini sudah ramai yang tidak berada di dunia) pada ketika itu. Mereka tidak merasakan perjuangan pahit getir menentang pemerintahan yang agak kejam pada ketika itu. Anak muda yang mengelarkan diri anak muda tidak tahu tentang perjuangan anak muda pada awal tahun-tahun 1990an dan awal 20an.
Kadang-kadang kita merasa hairan tentang bagaimana orang muda (atau pun pemimpin muda kini) tidak menunjukkan rasa hormat kepada Saudara Anwar Ibrahim berbanding dengan layanan yang diberikan oleh anak muda zaman reformasi. Satu peristiwa 'sedih' yang berlaku di parlimen dimana berlaku pertikaman lidah antara Saudara Anwar (sebagai Perdana Menteri) dengan salah seorang pembangkang. Kelihatan wakil pembangkang yang mana telah 'mempamerkan' satu keadaan yang agak jelek dimana si pembangkang tidak langsung menunjukkan rasa hormatnya kepada Perdana Menteri. Apakah sudah begitu menurun taraf seorang wakil rakyat yang langsung tidak menunjukkan rasa hormatnya kepada Perdana Menteri. Apakah sikap sedemikian dibenarkan yang tidak langsung menampakan rasa hormat kepada 'orang tua' yang juga Perdana Menteri.
Berdasarkan kepada keadaan yangg sedemikianlah, kita amat bimbang dengan apakah yang akn terjadi kepada negara ini apabila melihat keadaan sikap anak muda yang sudah agak jauh menyimpang daripada keadaan yang sepatutnya. Kita bimbang dengan keadaan anak muda yang sudah 'mampu' merangka pentadbiran negara akan datang khususnya dalam PRU ke 16.
Persoalan yang berada di hadapan kita ialah mengenai hala tuju yang hendak dibawa oleh golongan anak muda yang boleh menentukan masa depan negara pada masa akan datang. Keputusan PRU15 telah menampakkan kepada kita hala tuju yang hendak dibawa oleh para pengundi muda di sebelah Pantai Timur. Apakah kita merelakan perubahan yang hendak dilakukan berwajah demikian. Dan apakah masyarakat di Sabah dan Sarawak begitu yakin dengan perubahan-perubahan yang bakal dilaahirkan disana sesuai dengan keputusan pilihanraya yang diadakan baru-baru ini.
TAKUT PANAS TAK SAMPAI KE PETANG......
No comments:
Post a Comment