APA KATA TS OMAR MOHD HASHIM MENGENAI KEBOCORAN KERTAS SOALAN UPSR
Tentulah agak keterlaluan sekiranya dikatakan
bahawa keadaan kebocoran kertas soalan peperiksaan UPSR ini adalah antara beberapa
siri malapetaka negara yang termasuk kehilangan
pesawat MH 370 dan terhempasnya pesawat MH 17. Walaupun kebocoran dalam kertas
ujian UPSR tidak mengorbankan nyawa namun ia telah ‘mengorbankan’ banyak
perkara., terutama yang berkaitan dengan psaikologi kanak-kanak dan ibu bapa
yang mana anak mereka terlibat dalam ‘malapetaka’ ini. Bukan sahaja kepada
mereka yang terlibat tetapi yang tidak terlibat dengan malapetaka ini juga
turut merasakan ‘bahang’nya. Sekurang-kurangnya amat simpati dengan anak-anak
kecil yang terpaksa ‘berusaha’ semula untuk mendapatkan markah cemerlang akibat
pepepriksaan yang tertunda.
Tidak boleh dibayangkan ‘hancur dan luluh’nya perasaan
anak-anak ini yang sudah sekian lama bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang
amat penting bagi mereka itu. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita yang
menggemparkan ini dan bukan sahaja anak-anak yang berdukacita, tetapi yang juga
berdukacita ekoran daripada keadaan ‘malapetaka’ ini ialah ibu bapa yang
berkemungkinan sudah bersedia untuk ‘mengembirakan’ anak-anak mereka dengan
janji-janji yang berbagai-bagai. Bagi ibu bapa yang berada sudah ada kedengaran
cerita-cerita bahawa mereka terpaksa menangguhkan percutian sebagaimana yang
telah dijanjikan oleh mereka kepada anak-anak. Ramai juga yang telah
membatalkan penerbangan dan tempahan hotel untuk musim cuti sekolah semata-mata
kerana kebocoran kertas soalan dalam UPSR. Alangkah kecewa golongan yang
sebegini.
Sememangnya banyak rancangan yang tergendala
disebabkan kebocoran soalan peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris ini. Mungkin
pihak yang bertanggungjawab tidak pernah memikirkan hal yang sebegini yang
dihadapi oleh anak-anak dan ibu bapa yang mengambil pepepriksaan, walau
peperiksaan peringkat mana sekalipun.
Aku sempat berbual dengan Tan Seri Omar bin Mohd
Hashim, yang merupakan bekasa Pengarah Lembagai Peperiksaan suatu ketika dahulu
mengenai isu kebocoran kertas soalan yang sedang hangat diperkatakan. Dalam
blog aku yang lepas telah aku ceritakan tentang pengalaman aku bersama-sama
dengan beberapa orang tokoh peperiksaan ketika berkhidmat di Lembaga
Peperiksaan pada penghujung tahun-tahun 1970an dan awal 1980an di bawah
pimpinan TS Omar bin Mohd Hashim.
Sebagaimana biasa, beliau tidak pernah
menyalahkan mana-mana pihak yang
menyebabkan berlakunya kebocoran ini. Sememangnya dari dulu lagi seingat aku
beliau lebih cenderung kepada menyelesaikan masalah dan hampir tidak berlaku
dimana beliau menyalahkan seseorang yang menyebabkan sesuatu itu berlaku.
Dengan demikian hampir tidak wujud langusng suasana tegang antara pengarah dan
pegawai ketika kami bertugas di Lembaga peperiksaan di bawah pimpinannya.
Ada dua perkara yang menarik perhatian aku dalam
membincangkan isu kebocoran kertas soalan ini.
·
Beliau
menyarankan agar para pegawai selalu membuat pemantauan dan lawatan ke kawasan-kawasan
pendalaman dan ceruk-ceruk kampung untuk meninjau sekolah-sekolah yang berada
di kawasan pedalaman. Dengan membuat lawatan sedemikian dapatlah para pegawai
memahami ‘aliran’ kertas soalan itu sebelum sampai ke sekolah-sekolah. Dapatlah
sesorang pegawai pegawai itu memahami bagaimana soalan itu disimpan dan
bagaimana rupa tempat penyimpanannya demi untuk menjaga kerahsiaan kertas
soalan tersebut. Beliau merasa yakin bahawa proses pemantauan ini ada dilakukan
kini dan mungkin dijalankan dengan lebih kerap lagi supaya risiko kertas soalan
mengalami kebocoran tidak berlaku.
·
TS Omar mengakui
bahawa kehadiran media baru seperti handphone yang canggih pasti akan
menyusahkan dan merumitkan lagi Lembaga Peperiksaan dalam menjaga kerahsiaan
soalan-soalan peperiksaan berbanding dengan zaman yang kami lalui dahulu di
mana peralatan canggih sebegini belum lagi wujud. Dengan demikian agak
menyenangkan kerja yang dijalankan. Taraf dan integriti kerahsiaan yang perlu
ada pada seseoran pegawai peperiksaan perlulah dalam keadaan luar biasa
sekiranya hendak mengelakkan agar kebocoran soalan tidak berlaku.
Yang menyedihkan aku mengapa peristiwa sebegini
berlaku ketika ini ia itu ketika persepsi masyarakat terhadap pendidikan negara
berada pada tahap yang amat rendah, walaupun pihak kerajaan sentiasa mengatakan
bahawa tahap pendidikan di negara kita berada pada tahap yang tinggi dan
bertaraf dunia!!. Mungkin pandangan yang sebegini tidak begitu tepat dimata
pihak berwajib. Namun begitulah keadaannya pada pandangan mata masyarakat umum.
Begitulah persepsi masyarakat Malaysia kini.
Persepsi masyarakat Malaysia terhadap kajian yang
dibuat oleh PISA
(Program
for International Student Assessment ) belum begitu dapat dilupakan oleh
masyarakat Malaysia. PISA adalah
ujian untuk menguji kebolehan pelajar-pelajar yang berumur sekitar 15 dan 16
tahun dikalangan negara-negara OECD (Organization for Economic Coperation and
Development) dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Pembacaan.
Laporan itu jelas
menunjukkan bahawa negara kita Malaysia berada pada kedudukan yang hampir
tercorot berbanding dengan negara-negara Asia lain seperti China (Shanghai),
Hong Kong, Singapore, Japan, Korea Selatan yang telah menunjukkan keadaan yang
begitu maju dari segi pencapaian mereka dalam mata pelajaran Matematik, Sains
dan Pembacaan. Malah telah dikatakan bahawa pencapaian pelajar-pelajar di
negara-negara Asia berkenaan adalah tiga tahun terkehadapan berbanding dengan
negara-negara lain yang mundur termasuklah Malaysia. Maknanya negara kita terkebelakang
lima tahun berbanding dengan negara-negara yang menduduki tempat yang ke 20
teratas.
Ditambah dengan keadaan
malapetaka yang menimpa kita kini tentu sekali akan terus ‘menghantui’
pemikiran rakyat Malaysia yang merasakan bahawa pendidikan di negara kita
adalah amat terkebelakang. Alasan yang mungkin diketengahkan ialah persoalan
kegagalan kita dalam pengurusan peperiksaan pula. Ini tentunya berkait rapat
dengan kredibiliti peperiksaan pula dan berkait rapat juga dengan prestasi
negara kita. Mungkin akan timbul juga tohmah yang mengaitkan tentang lemahnya pengurusan
peperiksaan kita menyebabkan begitu senangnya mendapatkan keputusan cemerlang
dalam peperiksaan UPSR atau PMR dan SPM.
Bagaimanakah agaknya kita
mahu mentafsirkan keadaan laporan PISA ini dengan pencapaian ‘cemerlang’ yang
telah kita capai dalam peperiksaan-peperiksaan awam yang kita adakan? Apakah
kita masih lagi mahu ‘syok’ sendiri dan masih mahu menganggap diri kita sebagai
‘jaguh kampung’ untuk menjadi ‘bahan ketawa’ negara-negara lain.
Tentulah ‘pahit’ dan ‘perit’
untuk kita ‘telan’ keadaan ini. Namun itulah hakikatnya. Sekiranya kita katakan
kita berjaya dengan cemerlang tentulah dipersoalkan pula kecemerlangan dari
segi apa? Apakah ukuran yang kita gunakan. Dan kononnya kita mahu
‘bersepak-terajang’ di arena antarabangsa dan kita mahu anak-anak kita
berpandangan secara global. Tetapi apakah kita sudah siap sedia menghadapi
keadaan sedemikian?
Ekoran daripada malapetaka
‘kebocoran soalan Sains dan English’ dalam UPSR membawa kesan sampingan yang
lebih jauh. Akan ada golongan tertentu di negara ini sudah hilang keyakinan
kepada sistem pendidikan kebangsaan di negara ini. Walaupun tidak ramai bilangannya namun boleh
juga menjejaskan keyakinan orang lain untuk turut sama mengikuti jejak langkah
mereka.
Bagi
Rakyat
Malaysia yang sedemikian, yang amat peka tentang perkembangan pendidikan semasa
kini di Malaysia tentulah sedar bahawa mereka perlu menghantar anak mereka ke
sekolah swasta untuk mengikuti sistem IGCSE dan meninggalkan persekolahan KBSM
(Kurikulum Baru Sekolah Menengah) yang diajar di sekolah-sekolah kerajaan.
Mungkin mereka merasakan bahawa aliran kebangsaan di sekolah-sekolah kerajaan
tidak akan menjamin masa hadapan anak mereka. Mungkin sudah ada antara masyarakat
kita yang berpandangan sedemikian rupa.
Kejadian
kebocoran matapelajaran Sains dan English dalam peperiksaan UPSR ini perlu
dilihat secara positif oleh kerajaan. Tidak perlu pihak tertentu menyalahkan
orang lain yang menyebabkan keadaan terjadi sedemikian. Tidak perlu menuding
jari kepada sesiapa, kerana jikalau satu jari telunjuk menunjuk kepada orang
lain, maka empat jari lagi akan mengarahkan kepada diri sendiri.
Sistem
pengendalian peperiksaan awam perlu dilihat dan dikaji semula. Para petugas
yang bertuhgas di Lembaga Peperiksaan perlu dinilai kredibiliti mereka. Dan
yang agak penting juga difikirkan semula ialah tentang persoalan percetakan
kertas soalan peperiksaan yang melibatkan pekerja yang ramai. Perlu juga
difikirkan makanisme agar prinsip kerahsiaan dapat diterapkan kepada setiap
pekerja yang bertugas atau yang terlibat secara langsung dan tidak langsung
dengan penyediaan kertas soalan peperiksaan.
Kita
mengharapkan kebocoran sebegini adalah bagi kali terakhir dan tidak akan ada
kebocoran pada kertas peperiksaan SPM yang akan datang. Insyallah…
abuhassanadam
13
September 2014
No comments:
Post a Comment