Saturday, September 27, 2014

AZMIN MESTI BERTINDAK SECARA ‘OFFENSIVE’ – MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH

Sudah agak lama pembangkang (BN) di Selangor ‘menganggu’ pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Semenjak tahun 2008, pihak pembangkang (BN) tidak henti-henti menganggu-gugat apa saja rancangan yang dijalankan pleh Pakatan Rakyat untuk memajukan rakyat Selangor. Seolah-olah begitu banyak masa terbuang menangani kerenah yang dicetuskan oleh pihak-pihak tertentu yang matlamatnya mengagagalkan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Malangnya diperhatikan bahawa sepanjang pentadbirannya, TS Khalid Ibrahim banyak mengambil sikap berdiam diri ataupun bersikap ‘defensive’ menangani kerenah-kerenah yang ditimbulkan oleh pihak-pihak berkenaan.

Mungkin dengan kemunculan kepimpinan baru di bawah YAB Azmin Ali, suasana di Selangor akan berubah wajah. Mungkin hati kecil Saudara Azmin akan mengatakan bahawa, ‘enough is enough’ kepada pihak yang cuba mengganggu-gugat pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor. Mungkin YAB Saudara Azmin akan berpegang kepada peribahasa Melayu,’ membujur lalu melintang patah’ kerana beliau yakin bahawa sekiranya beliau takut ‘bermain ombak takkan lah beliau berani berumah di tepi pantai’. Aku amat mengenali siapa Azmin sebenar. ‘Kata akan dikotakannya’.

Maknanya rakyat Selangor akan menempuh zaman yang penuh cabaran untuk menempa kegemilangan. Mungkin pada peringkat awal pentadbirannya, rakyat Selangor masih mengamalkan sikap tunggu dan lihat tentang arah tuju dan ‘lintuk-lingguk’ pentadbirannya sebelum membuat sebarang kesimpulan. Yang jelasnya bahawa pada permulaan pentadbirannya sudah menampakkan sokongan yang padu daripada parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PKR,DAP dan PAS) mengenai pelantikan barisan exsconya. Dan yang paling terserlah ialah kejayaan beliau mendapatkan persetujuan DYMM Sultan Selangor mengenai barisan exconya.

Masih ramai kini yang mempersoalkan tentang mengapa TS Khalid perlu ditukar dan digantikan dengan orang lain sedangkan beliau telah memberikan perkhidmatan yang tidak banyak cacat celanya kepada rakyat negeri Selangor. Aku tidak akan menyentuh isu ini kerana aku merasakan bahawa pasti ada perkara ‘yang tidak kena’ yang dilakukan oleh TS Khalid Ibrahim yang memerlukan pihak PKR ‘terpaksa’ membuat perubahan. Dan yang pasti juga bahawa setiap keputusan yang diambil oleh PKR adalah keputusan ‘consensus’. Maknanya bukan keputusan DS Anwar Ibrahim seorang ataupun keputusan DS Wan Azizah. Bukan. Barisan kepimpinan merasakan bahawa  pentadbiran TS Khalid Ibrahim di Selangor belum dapat lagi memenuhi hasrat PKR untuk memajukan Selangor walaupun sudah sepenggal menerajui negeri itu.

Tugas yang akan dipikul oleh YAB Saudara Azmin adalah berat. Amat berat. Beliau terpaksa membuktikan kepada rakyat, khususnya kepada Pakatan Rakyat bahawa corak pentadbiranya adalah lain daripada yang lain. Saudara Azmin terpaksa membuktikan bahawa Pakatan Rakyat adalah jauh lebih hebat daripada Barisan Nasional dalam mentadbirkan sesebuah negeri. Apatah lagi negeri yang ditadbirakn adalah negeri Selangor, negeri yang serba serbi maju dalam segala aspek. Selepas setahun pentadbirannya nanti, diharapkan rakyat Selangor akan ‘membuka mata’ dan memberikan ‘markah’ kepada pentadbiran Pakatan Rakyat. Sekiranga rakyat Selangor memberikan markah kecemerlangan kepada pentadbiran Saudara Azmin (Pakatan Rakyat) maka tidak ada sebab yang rakyat seluruh negara akan memberikan undian mereka untuk Pakatan Rakyat mentadbirkan seluruh Malaysia yang berpusat di Putrajaya.

Persoalannya ialah apakah Saudara Azmin sudah bersedia untuk menghadapi cabaran yang mendatang ini?

Mengenali Azmin, aku yakin yang beliau akan melakukannya. Tambahan pula apabila melihatkan barisan exco yang baru dilantik yang pastinya sudah bersedia untuk memikul tugas yang amat berat ini. Dan setiap Exco yang dilantik seharus sudah bersedia dengan ‘blueprint’ masing-masing tentang rancangan yang hendak dilakukan. Aku amat yakin bahawa Saudara Azmin tidak akan menunggu bulan hadapan untuk para exconya meneyerahkan ‘blueprint’ berkenaan. Dan pastinya juga tidak ada istilah ‘honeymoon’ bagi Saudara Azmin dalam melaksanakan tugas yang amat berat ini. Dan orang putih kata,’ it’s the body that wags the tail’. Mungkin Saudara Azmin akan berpegang kepada falsafah ini.

Dalam usaha untuk melaksanakan pentadbiran di Selangor yang bermatlamat menjadikan Selangor sebuah negeri maju dalam ertikata sebenarnya pasti akan ada halangan-halangan atau gangguan-ganggunan sepertimana yang dialami oleh TS Khalid Ibrahim. Rakyat Selangor yakin bahawa sekiranya ada juga gangguan sedemikian, tentulah tidak sebagaimana yang berlaku pada zaman pentadbiran TS Khalid Ibrahim. Pasti. Ini disebabkan Saudara Azmin amat yakin bahawa sekiranya ada gangguan sedemikian akan menerima tentangan yang sama kuat atau lebih kuat daripada gangguan yang datang.

Bak kata peribahasa Melayu, ‘ Membujur lalu melintang patah’.

abuhassanadam
27 September 2014





1 comment:

  1. To Azmin Ali
    Tahniah, BUT
    kena tegas dan terus majukan selangor untuk rakyat bukan sibuk macam kegagalan pas di perak dulu. Rakyat memerjatikan anda. Stop of Personal agenda only. People of Selangor first!
    DAP di Penang tidak pernah mengganggu kuliah agama di masjid biar pun pemimpinnya bukan islam. Sekolah2 agama diberi peruntukkan yg baik. inilah konsep penjajah british yg tidak menggangu Islam yg banyak dianuti melayu khususnya. UMNO selalu mengganggu tidak benarkan kuliah agama kerana khuatir kebenaran akan muncul.
    Ayuh Azmin buktikan kehebatan anda untuk rakyat selangor, tok sah dok sibuk cakap banyak saja, stop talking do your job for the people or you may collapse!

    ReplyDelete